EA Overlay Technique Beta Version
Salam rakan2 traders.
EA Overlay Technique dah run OK, cuma tak berapa siap di beberapa bahagian. Kena fine tune lagi tu. Layer paling tinggi pun takat 9 layer sahaja. Bro Maidin nak tambah sampai 30 layer.
Cuma fungsi2 asas spt yg diminta oleh Bro Maidin dah boleh run.
Fungsi2 yg lain saya akan tambah bila ada kelapangan modify EA ni.
Hari ni dapat sejam dua saya belek2 coding EA tu sampai boleh run.
Mengenai feedback rakan2 nak tambah feature EA dalam thread ni, saya cuba selitkan sedikit demi sedikit, sebabnya saya buat coding EA ni waktu malam sahaja dalam sejam dua. Waktu siang saya buat keje kerani kat opis...

Cara2 nak guna:
1. TF - mana2 pun boleh
2. Attach EA ni kat chart EURUSD sahaja, chart GBPUSD akan autotrade.
3. Setting Net_GAP=-100 pips (ini utk buka layer baru bila sampai tahap -100 pips. Boleh ubah ikut suka.)
4. setting GU_Lots=0.2 (spt yg Bro Maidin minta. Boleh ubah ikut suka.)
5. stting EU_Lots=0.3 (spt yg Bro Maidin minta. Boleh ubah ikut suka)
Setting yg lain2 tu, kira dah ok, tp boleh cuba ubah2 kalo nak cuba, tapi saya rasa fungsi tak berapa ok lagi utk setting yg lain2. Tak sempat nak verify.
Lepas tu boleh aktifkan EA tu, layer pertama akan terus buka trade, layer kedua dan seterusnya akan buka setelah layer sebelumnya sampai ketahap -100 pips (Net_GAP value).
Kalo dah untung kena tutup manual, auto close tak sempat verify lagi.
Untuk keselamatan, EA ni boleh run atas DEMO akaun sahaja. Saya akan berikan EA untuk akaun real setelah pasti EA ni boleh diguna pakai. Jadi rakan2 tolong verify untuk saya dan feedback dalam thread ni. Risiko tanggung masing2..

Macam mana nak dapat EA ni?
Hantarkan satu email (tulis apa2 message pun ok) kepada:
[email protected]
Email ni akan autorespond bersama EA attachment.
Kalau ader apa2 soalan/cadangan, boleh YM saya.
Dalam gambar kat bawah, disebelah kiri atas chart EURUSD, ader tertulis "Layer1: 4", bermaksud layer1 sekarang ada 4 pips.