BTC USD 82,729.0 Gold USD 4,125.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Overheating! apa perlu buat?

Fiezpro84

Super Active Member
gem
Messages
5,410
Paid Membership
Joined
Jun 17, 2012
Messages
5,410
Reaction score
645
Points
151
image.jpg





Radiator adalah salah satu komponen penting dalam sistem sejukan enjin. Akan tetapi, ada lagi beberapa komponen lain yang terlibat sama dalam proses sejukan enjin seperti hos getah, penutup radiator, kepala tangki radiator, pam air dan kipas radiator.

Jika salah satu komponen yang dinyatakan tidak berada dalam kondisi yang baik, maka sistem keseluruhan tidak akan berjalan dengan baik. Perkara ini akan menaikkan suhu enjin dan mungkin akan mengakibatkan pelbagai perkara yang lebih serius berlaku.

Komponen penting dalam sistem sejukan cecair kenderaan:

1. Radiator
Tangki utama yang menyimpan cecair penyejuk. Periksa setiap kali sebelum memulakan perjalanan. Pastikan paras cecair cukup dan tidak berkarat.

2. Penutup tangki radiator
Pastikan anda menukar penutup tangki radiator anda. Rujuk kepada bengkel bertauliah bila ia perlu diganti.

3. Kipas enjin
Sentiasa pastikan kipas berfungsi dengan baik. Jika terdapat tanda-tanda kipas tidak berfungsi dengan baik, tukar motor kipas dan sebaik-baiknya dengan alat ganti tulen daripada pengilang.

4. Pam air
Pastikan anda kerap memeriksa sistem keseluruhan sistem sejukan semasa melakukan servis.

5. Hos getah
Hos-hos getah di sekitar enjin menghubung sistem sejukan cecair. Pastikan getah tidak membengkak atau keras. Kebocoran boleh terjadi jika hos getah terlalu lama. Manakala pada bahagian dalaman sistem, jika gasket terjejas, ia akan menyebabkan anda terpaksa sentiasa mengisi tangki radiator kereta.

Overheating ketika memandu, apa perlu buat?

1. Jika anda menyedari jarum suhu enjin naik, jangan tunggu sehingga ia mencecah pada garisan merah ‘H’ (hot). Berhentikan kereta anda di bahu jalan dan matikan enjin. Jauhkan daripada melalui kawasan trafik sibuk.

2. Buka hud enjin anda untuk biarkan enjin sejuk.

3. Jangan sesekali terus membuka penutup tangki radiator. Tekanan tinggi dalam tangki boleh menyebabkan air panas terpancut keluar.

4. Periksa tangki simpan (reservoir) radiator. Kebanyakan kereta moden menggunakan bekas plastik. Isikan air jika kosong.

5. Selepas enjin sejuk, buka penutup radiator dengan menggunakan kain secara perlahan-lahan. Isikan air ke dalam tangki radiator sehingga penuh. Periksa setiap hos untuk pastikan tiada kebocoran. Jika tidak terdapat kebocoran yang berlaku pada hos atau tangki, berkemungkinan besar anda mengalami masalah kipas yang tidak berfungsi, pam air, atau masalah kebocoran dalam bahagian enjin.

6. Hidupkan enjin dan periksa semula sama ada kipas berfungsi atau tidak. Sekiranya kipas tidak berfungsi, kereta masih boleh dipandu tetapi elakkan trafik sibuk.

Apa perlu buat jika terpaksa memandu kereta bermasalah overheating?

1. Tutup sistem pendingin hawa.

2. Sentiasa melihat meter suhu enjin.

3. Matikan enjin jika terlalu panas.

4. Pastikan melalui jalan yang tidak sibuk.

5. Segera bawa ke bengkel.
:)cgrock

Sumber
 
Satu perkongsian yg sangat berguna . ..
 
Sbb penutup radiator yg x sampai rm50, abis enjin kong kang...
Huhuhu....

Selalu2 la check penutup radiator tu...
 
klu dah nampak tanda2 karat lebih baik flush atau gi servis tangki.. takut tersumbat..
 
perkongsian yg baik......aku dah kena jarum dah tunjuk garisan hot maksima....
 
hose dan klip yg disambungkan pada radiator tue elok la ditukar 3 - 4 tahun sekali...bukan mahal pun..langkah berjga..
 
Teman nk bg tips supaya radiotar xde masalah,jgn guna air,guna 100% coolant, kalau proton kena guna proton punya coolant jgn beli brang murah rege rm10 gitu,kalau waja teman kena guna 2 btol suku,penuhkn kat tangki radiotar sama tangki plastik sekali,kesannya radiator kete anda seperti baru saje x buruk lgsung and karat sekuman pun xde, lpas tu nak maintain ganti coolant slpas guna 18-24 bulan,tips nie teman bljar dr seorg mekanik,tapi ramai mekanik xnak tunjuk coz depa akan rugi,ikut tips nie temqn jamin setkat 8 tahun radiotar kete anda xde masalah, coz teman pernah tgk keta pesona kwn baru 2 thn tapi radiotar dah mula karat dah mcm besi buruk coz guna air plus coolant
 
aku baru je kene huhuhu...
cuai sgt tak peka dengan jarum suhu enjin...
beringat sebelum kene...
dah kene duit rabak...
raya ni pun takde kete huwa....
 
Back
Top
Log in Register