BTC USD 86,159.2 Gold USD 4,318.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Org penipu

Betul tu. tapi kalo tt nie dah beli 1 minggu takde jgk dlm sistem itu bkn poslaju yg lmbat itu seller yg LAMBAT :D

aku penah pakai pos laju anta barang ke kelantan brg tu sampai seminggu lepas tu..hampas pos laju..cerita dia camni, resit yg letak kat barang tu cicir..sebelum ni pkai pos laju ok je xpenah camni..nasib baik kat kotak tu memang ada siap2 aku tulis pkai marker pen nama/alamat/no telefon penerima dan penghantar..so, lepas 3, 4 ari camtu staff diorang call dari pos besar KL suruh scan & email resit yg untuk customer copy(yg ada tracking no tu) kat diorg..nseb baik resit tu masih simpan..kalo x memang naya la..hampas pos laju :))
 
salam hari ini aku nak cerita jugak kes aku kena scam dengan salah sorang member cg jgk. aku akan cuba ceritakan dengan lengkap tanpa dedahkan id dia (kalau cari mesti jumpa). Aku rasa geram gila dekat dia dan aku tak nak orang lain jadi mangsa macam aku ni.

1 mac 2014...
seperti biasa aku login cg dan klik portal, ada macam2 thread isu semasa dan lain2 dan tiba2 aku terpandang satu thread yang menarik di ruangan jual beli computer/gadget. Aku terus hantar PM kepada seller tersebut untuk mendapatkan kepastian barang tersebut masih ada atau tak sekaligus bertanya best price, selepas mendapat reply aku setuju dengan harga dan meminta no handphone seller untuk memudahkan komunikasi. apa yang buat aku yakin untuk berurusan dengan dia adalah pertama dia baru sahaja upgrade Fulltime supporter(RM350 untuk upgrade ke yg ini) kedua member cg lama lagi dari aku iaitu tahun 2010 ketiga ada trader rating positive dua ketul. Selepas harga dipersetujui aku meminta no akaun cimb untuk transfer bayaran RM350).


2 mac 2014... tepat pukul 11:24 pagi aku selesai membuat pembayaran terus ke cimb beliau. dan memaklumkan serta menghantar bukti bergambar kepada beliau(dah jadi kebiasaan). seller tersebut meminta nama dan alamat untuk pos dan aku pun bagi. masa ni aku langsung tak rasa curiga ke hape ke, sebab seller berjanji isnin pagi(3 Mac) dia akan pos. Aku lega selesai urusan pembayaran.

3 Mac 2014( bermula detik pahit ) aku menunggu dan menunggu tracking no yang dijanjikan seller sampai pukul 10:25 pagi langsung tiada mesej ku terima. Aku terus menanyakan status barang dah pos ke belum dan mendapat reply pantas menyatakan belum pos lagi dan dia akan pos kejap lagi. Aku tunggu tunggu dan terus menunggu, pukul 11 pagi takde 12 tgahari takde 1, 2 , 3, 4 petang takde dan pukul 4:53 Petang seller mesej menyatakan telah pos barang tapi salinan pos yang ada track no tertinggal dekat pejabat dia, aku confirmkan sekali lagi samada beliau dah pos ke barang tersebut dan dia dengan yakin cakap dah pos. Aku dengan selambe cakap 'takpela track no esok pun, janji barang dah pos. Seller pun janji nak bagi track no pos esok.


4 Mac 2014 (bau hancing semerbak k0na koncing)

aku tunggu pagi tu no track yang dijanjikan. masa ni memang rasa hancing dah ni slow2, kenapa? aku mesej dia pukul 11:45 pagi tiada respon, pukul 2:46 petang mesej lagi juga tiada respon, dan lastly pukul 5:21 ada Pm dia dekat cg kot2 dia tak perasan handphone ada mesej, tak reply jugak.. dan pada pukul 7malam aku menerima mesej beliau meminta maaf konon tak dapat bagi track no sebab tak masuk ofis, pastu janji nak refund duit malam tu jgk dan meminta no account aku. aku tunggu malam tu sampai pukul 2 pagi tak masuk2 duit tak refund jgk....

5 Mac 2014 ( nak report polis)

aku mesej pukul 7:19 pagi tanya status nak refund tak reply...then pukul 8:34 pagi aku mesej warning dia kalau tak terima duit aku sebelum pukul 6 petang aku akan report polis dan lain2 lagi aku akan buat. 10 minit lepas tu baru mamat tu reply janji tenghari nak refund. Aku tanya pesal tak boleh sekarang? dia cakap kena pergi bank, so aku terima alasan dia. pukul 12:02 tenghari aku mesej 'Tengahari dah ni bro'. Dia senyap tak reply.. pastu dekat pukul 1 camtu aku PM dia kalau tak terima duit sehingga pukul 2 atau 3 aku report polis. Baru dia nak reply dan refund duit aku...tapi tak penuh... RM300 dan janji balance rm50 lagi nak transfer kejap lagi. Aku tunggu2 sampai malam kejap dia tu tak jugak dapat balance. jadi lebih kurang pukul 8.30 malam aku warning dia sekali lagi dan pukul 8.42 malam dia balas reply aku dengan kata2 angkuh aku dah transfer balance dan cakap " takde kerja aku nak scam ko" . tengok permainan budak ni, memang lahabau punya orang.

6 Mac, 7 Mac, 8 Mac, 9 Mac

sampai sekarang aku tak terima barang yang dikatakan telah di pos pada 3 Mac, no tracking pun tak dapat2, seller tu siap open balik jualan cakap aku tak jadi beli, persoalannya kalau dah pos boleh ke open balik jualan camtu sedangkan barang takde dengan dia? cuma nasib baik dapat refund lah tu pun setelah ugut dan berkasar dan desak baru nak refund tu pun lambat2, mula2 berlembut buat lambat je reply pun tak mesej... begitulah pengalaman aku yang pertama di CG ni dan aku harap yang terakhir. harap orang lain tak terkena. dan jangan tanya aku sapa, kalau korang cari mesti jumpa, dah banyak klu tu cuma dia dah refund aku tak nak dedahkan direct id dia..
 
Penipu banyak tull. Susah nak berjual beli online.
 
Back
Top
Log in Register