Pengguna Malaysia Hilang RM100,000 Setiap Hari Sebab Penipuan Atas-Talian

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,831
Reaction score
3,793
Points
236
Pengguna Malaysia Hilang RM100,000 Setiap Hari Di Sebabkan Penipuan Atas-Talian, FB & Mudah Antara Platform Paling Banyak Di Laporkan;

Melalui perkongsian Polis Diraja Malaysia di laman sosial, ia dilihat sekitar RM100,000 kehilangan setiap hari oleh pengguna Malaysia disebabkan oleh penipuan atas-talian. Ia dilihat dengan peningkatan pembelian secara atas-talian dan letusan platform edagang, beberapa pihak tidak bertanggungjawab turut mengambil peluang untuk menipu mangsa.

Ia diperkatakan kes penipuan atas-talian ini meningkat sekitar 70% berbanding tahun lepas. Secara purata, setiap kes yang dilaporkan dilihat mencapai nilai penipuan sekitar RM6,200.

Antara barangan yang ditipu paling banyak adalah untuk telefon pintar dan juga aksesori kenderaan – yang kebiasaannya bernilai ratusan ke ribuan ringgit.

Antara platform yang popular dari segi penipuan ini adalah Facebook (dengan nilai penipuan mencapai RM14.5 juta, 2319 kes), Mudah.my (nilai penipuan RM3.67 juta, 1110 kes), Instagram (RMM5.47 juta, 1087 kes), WhatsApp (RM5.685 juta, 539 kes) dan Shopee (RM836k, 224 kes).

Platform sosial lain yang turut digunakan penipu siber ini adalah termasuk Carousell, Lazada, WeChat, dan juga Telegram.

Antara modus yang digunakan adalah termasuk meminta pengguna membayar separuh, dan meminta membayar bakinya selepas menerima barangan. Apa pun, selepas bayaran pendahuluan dilakukan, pihak berkenaan tidak lagi dapat dihubungi, dan hilang begitu sahaja).

Pengguna dinasihatkan sentiasa berhati-hati, dan mengambil langkah berjaga-jaga – termasuk memastikan membeli dari pihak yang sah sebelum melakukan transaksi.

 
Top
Log in Register