BTC USD 82,589.2 Gold USD 4,118.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

org islam solat dan mengganggu org lain??

kenapa tuan? tuan terganggu ke? bagi ambe tak terganggu. bagi orang bukan Islam tak de dgr lak diorang terganggu.Jiran ambe ok je.

Bukan soal ganggu tak ganggu tuan sebab manusia ni berbeza2.... tapi ikut standard

Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri:

اعْتَكَفَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْمَسْجِدِ، فَسَمِعَهُمْ يَجْهَرُونَ بِالْقِرَاءَةِ، فَكَشَفَ السِّتْرَ، وَقَالَ: «أَلَا إِنَّ كُلَّكُمْ مُنَاجٍ رَبَّهُ، فَلَا يُؤْذِيَنَّ بَعْضُكُمْ بَعْضًا، وَلَا يَرْفَعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَعْضٍ فِي الْقِرَاءَةِ'

“Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).
 
kalau annoying pun cukuplah tt kata dalam hati tt je..x yah lah sampai nak bukak thread...
 
Aku setuju speaker ni untuk azan saja.

Kuliah, solat...halakan speaker ke dalam.

Sebab kalau hala ke luar, yang kat dalam tak dengar dengan jelas.




Pernah on the way nak ke masjid kena lalu taman permainan...jelas jer bunyi speaker masa on the way tu.

Masuk dalam masjid...tak jelas dah audio.





Bukan senang nak jaga masjid; JKK.

Nak tak nak, suka tak suka...kena jawab depan Tuhan esok bila masjid yang kita 'jaga', tak berfungsi etc.

Aku bukan nak bela penduduk sekeliling (yang rasa annoying tu) TAPI punca diorang meluat etc. akan dipertanggungjawabkan pada jkk depan Tuhan esok.

Tu belum citer bab tabung masjid yang ada kes simpan jer duit.




Tapi biasalah.

Kita bawak hadis pun orang tak nak dengar/ikut.

Contoh hadis imam jangan baca surah panjang² waktu solat fardhu.

Hadis yang gunungemas post kat atas tu pun ramai(jkk) tak nak ikut.

Dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri:

اعْتَكَفَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْمَسْجِدِ، فَسَمِعَهُمْ يَجْهَرُونَ بِالْقِرَاءَةِ، فَكَشَفَ السِّتْرَ، وَقَالَ: «أَلَا إِنَّ كُلَّكُمْ مُنَاجٍ رَبَّهُ، فَلَا يُؤْذِيَنَّ بَعْضُكُمْ بَعْضًا، وَلَا يَرْفَعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَعْضٍ فِي الْقِرَاءَةِ'

“Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).
Reply With Quote



Nak citer pasal Jkk ni...UAI sendiri bengang denganm diorang sampai bila².

Pengalaman dia sendiri kena naya(?) dengan jkk.
 
Last edited:
Bergantung kepada manusia, kalau Saya rmh memang sebelah masjid, azan Dan bacaan surah lagi Saya suka dengar, ianya menenangkan jiwa raga Dan kalbu.
 
no poblem la klu nk slowkan ke ape ke..yg bengap nye die leh ckp annoying...kurang hajar tol.
 
sbenarnya ada betul apa TT ckp tu...
mungkin masjid perlu perlahankan speaker (kecuali waktu azan sahaja)...

tapi aku dari kecil membesar rumah dekat masjid, aku tak pernah rasa annoying...
rasa seronok ada lah...kadang2 boleh dgr ceramah sambil tidur dalam bilik...
boleh dgr zikir sambil tidur dalam bilik..tak pernah rasa annoyying...

tapi mungkin sesetengah orang ada yg rasa terganggu...

so, pihak masjid mungkin boleh pertimbangkan sikit...mungkin TAK PERLU OFF SPEAKER tapi boleh perlahankan sdikit suara speaker tu...

ada betul nya apa TT cakap tu,, tapi mungkin ayat macam kurang ajar sikit..haha...tu yang orang duk marah TT tu.... lepas ni TT pi je masjid tu mintak supaya diorang perlahankan sikit,, tapi mintaklah dengan sopan supaya tak kene kecam mcm dalam CG ni..huhu
 
Bawak mengucap tt...

Tp aku phm maksud tt ni...tgk keadaanla tt..

kalo majoriti di sekeliling mesjid ni non muslim azan ke luar shj sudah cukup..

Tazkirah atau ceramah dlm mesjid je sudah..

Kdg2 surau atau masjid ni gotong royong pun psg ngaji ke luar..org nk nikah pun sama...

X perlula buat semua tu...

Ajk mesjid surau perlu pikir cane nk wujudkan environment mesra muslim & non muslim...

Dakwah bukan utk muslim shj...non muslim pun kite kena dakwah
 
Teringat dulu banyak thread pasal masjid dan speaker.

Ada yang emotional tak tentu pasal...kununnya sayang masjid, jangan persoal hak orang Islam etc.

Tapi dia solat pun tidak.

:">
 
Back
Top
Log in Register