BTC USD 62,574.0 Gold USD 4,440.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai 'Orang pendek' ditemui di Sumatera

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
LONDON - Sepasukan empat pengembara Britain mendakwa melihat mawas hutan di Sumatera yang dikenali sebagai 'orang pendek' di Indonesia, lapor sebuah akhbar semalam.

Makhluk tersebut yang terkenal kerana saiz kecil itu dijumpai di tengah hutan tebal Taman Negara Kerinci di Pulau Sumatera baru-baru ini.

Mereka yang dibantu seorang penunjuk arah tempatan turut membawa pulang sampel sehelai rambut untuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Mawas itu dipercayai amat kuat kerana penduduk pernah melihatnya mengoyakkan kayu balak.

Tapak kaki mawas itu turut ditemui.

Saksi-saksi menggambarkan mawas itu yang ditemui di sekitar Tasik Gunung Tuju yang memiliki ketinggian 1.5 meter dan berjalan dengan menggunakan dua kaki.

'Orang pendek' yang sukar dijumpai itu dipercayai hidup berkongsi habitat bersama dengan haiwan liar termasuk harimau Sumatera, ular sawa dan buaya air masin.

Pasukan pengembara dari Pusat Zoologi Fotean yang berpusat di Devon, England itu menjalankan misi selama dua minggu di hutan tersebut. - Agensi

du_07.1.jpg

GAMBAR menunjukkan tapak kaki yang dipercayai spesies mawas di Taman Negara Kerinci, Sumatera.
 
adeh, kalo ada gambar lagi superb..
teringin nak tgk gambar...
 
bnda nie x leh dapat kat mane2 coz indo dah claim mawas milek dia..wakaka...seb baik cite mawas yg kat slot lagenda tv3 dlu indo x tau, lau x msti dia kte tu cite dia...:o
 
xpe kt malaysia ada bigfoot...leh lawan ngan org pendek nnt..:D:D:p
 
Mawas ke yakjud makjud nie bro? kuat nyer tenaga dier....area gempa bumi lak tu...hehehe
 
Spesies ni mana ada lagi kat Sumatera,
Pandai2 jer indo tu klaim,
dah pindah ke bagan pinang lama dahhhh.
dah lama dahhhh.
 
Back
Top
Log in Register