periamuda
Super Active Member
- Messages
- 5,907
- Joined
- May 30, 2009
- Messages
- 5,907
- Reaction score
- 66
- Points
- 70
NajibRazak.com
BIOGRAFI
Tidak keterlaluan sekiranya saya katakan bahawa saya telah dilahirkan ke dalam politik. Kedua-dua ayah dan bapa saudara saya pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia. Apabila ayah saya meninggal dunia pada tahun 1976, secara tidak disangka saya terus terlibat dalam arena politik secara langsung.
Lima minggu selepas ayah saya, Tun Abdul Razak, meninggal dunia, saya dipilih untuk bertanding di Parlimen Pekan yang ditinggalkan Allahyarham ayah saya. Umur saya ketika itu hanya 22 tahun dan saya telah mencatat sejarah sebagai Ahli Parlimen paling muda dalam sejarah Malaysia. Hampir empat dekad kemudian, setelah memimpin dan berkhidmat dalam pelbagai bidang, saya kini berada di mana ayah saya pernah berada.
Saya dilahirkan pada tanggal 23 Julai 1953 di Kuala Lipis, Pahang. Dalam tahun pertama saya sebagai Ahli Parlimen, saya turut dilantik sebagai Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos (saya juga kemudiannya berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Pendidikan dan Timbalan Menteri Kewangan).
https://www.najibrazak.com/bm/about/
Orang tak peduli macam mana ko bermula..yang orang nak tengok macam mana ko mengakhiri karier politik ko. Ada paham jibby?
