BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Optimis terus cari harta karun

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg

Artifak berbentuk pingat yang ditemui di Pulau Nangka.
< 1 / 2 >
MELAKA - Meskipun disahkan dua artifak berbentuk pingat yang ditemui di Pulau Nangka pada 30 April lalu, bukan syiling emas, syarikat Smart Partnership International (M) Sdn Bhd tetap optimis untuk terus mencari harta karun di pulau itu.

Pengarahnya Mohammad Foad Khushairy Mohd Said berkata, bagaimanapun sehingga semalam, tiada apa-apa perkembangan terbaru atau sebarang penemuan harta karun di pulau itu yang kini usaha mencari sudah masuk empat bulan.

“Setakat ini, tiada apa-apa perkembangan dan yang ada hanyalah duit syiling yang ditemui pada 30 April lalu. Jika ada apa-apa perkembangan saya akan maklumkan dahulu pada Perbadanan Muzium Melaka (Perzim),” katanya ketika dihubungi, semalam.

Tambahnya, walaupun penemuan yang dilakukan oleh syarikatnya disahkan bukan syiling emas, usaha mencari tetap akan dijalankan dan masa atau peluang yang diberikan akan digunakan sebaik mungkin.

Dua hari lalu, Sinar Harian melaporkan dua artifak berbentuk pingat yang ditemui di Pulau Nangka, Melaka pada 30 April, dipercayai berasal daripada Kerajaan Majapahit dan bukannya syiling emas untuk tujuan perdagangan.

Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata, terdapat tulisan jampi serapah Jawa kuno tertulis pada azimat itu.

Kata Idris, azimat tersebut mungkin mempunyai kaitan dengan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dan Pulau Nangka itu sendiri.

Tambahnya, walaupun syarikat itu telah tamat perjanjian untuk mencari harta karun di pulau berkenaan pada 31 April lepas, syarikat tersebut masih dibenarkan meneruskan kerja-kerja pencarian buat sementara waktu.

Sebelum ini, Mohammad Foad pernah menafikan kononnya beliau sengaja meletakkan dua syiling ditemui di Pulau Nangka bagi tujuan meraih penyambungan kontrak yang sepatutnya berakhir 30 April lalu.

Menurutnya, syiling berkenaan ditemui ketika kerja-kerja penggerudian bongkah batu yang menjadi lokasi tumpuan pencarian.

Malah katanya, ketika ia ditemui turut disaksikan banyak pihak termasuk para media dan juga wakil Perzim.
 
dah tak boleh jumpa tu tak payah ler cari
 
wah, besarnya dwet syiling tu..
 
Back
Top
Log in Register