BTC USD 62,722.1 Gold USD 4,312.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Optimis sumbangan kasar cecah RM800 juta

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
TAKAFUL Ikhlas Bhd yakin sumbangan kasar bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2015 akan meningkat dengan meraih RM800 juta berbanding RM772 juta bagi 2014.

Peningkatan itu dipacu pelbagai program kesedaran baru dilancarkan pada suku terakhirnya.

Dengan nada optimis, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ab Latiff Abu Bakar berkata sasaran tahun penuh itu mampu dicapai kerana syarikat itu sudah memperoleh sumbangan kasar RM400 juta bagi tempoh enam bulan pertama bagi tahun kewangan 2015.

"Kami menerima sokongan padu agensi dan menerusi kempen kesedaran baru ini, kami jangkakan lebih banyak persetujuan menjelang akhir tahun depan," katanya kepada wartawan selepas melancarkan Kempen Promosi Bergerak syarikat itu di Kuala Lumpur, hari ini.

Sepanjang bulan ini, ejen serta kakitangannya akan mengendalikan beberapa siri pameran bergerak menggunakan kenderaan pelbagai guna di sekitar Lembah Klang.

"Kempen agresif ini membolehkan pelanggan yang berpotensi menemui kami dalam suasana lebih santai selain memperkukuhkan lagi penjenamaan syarikat.

"Selain prospek kawasan bandar, kami turut menyasarkan kalangan bukan Muslim," katanya.

Golongan bukan Muslim itu mewakili 10 peratus daripada 2.0 juta pemegang polisi berdaftar syarikat berkenaan.

Ab Latiff berkata, lebih banyak kempen promosi akan dilaksanakan bagi tempoh Januari hingga Mac depan dan menjangkakan kalangan bulan Islam merangkumi satu perempat daripada pelanggannya menjelang akhir Mac 2015. - Bernama
 
Back
Top
Log in Register