BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Optimis MAS pulih 2018

Ms Senorita

Active Member
Messages
1,640
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,640
Reaction score
326
Points
41
SEPANG 10 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Malaysia Airlines Berhad (MAB) akan kembali pulih pada kedudukan yang cukup baik, sekali gus menjadikan Malaysia Airlines sebagai syarikat penerbangan terkemuka di dunia.

Perdana Menteri berkata, keyakinan itu berikutan MAB dijangka mula mengutip keuntungan pada tahun hadapan dan tahun-tahun berikutnya.

“Saya dimaklumkan semasa bersembang dengan Bellew (Ketua Pegawai Eksekutif MAB, Peter Bellew) bahawa beliau menjangkakan MAB kembali mencatat untung tahun depan.

“Dan alhamdulillah, pelan (pemulihan semula MAB) telah membuahkan hasil di mana peringkat pertama kita tumpu kepada menstabilkan kewangan Malaysia Airlines dan itu telah dicapai,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Malaysia Aviation Group (MAG) yang turut dihadiri Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; timbalannya, Datuk Abdul Aziz Kaprawi; Pengerusi MAB, Tan Sri Md. Nor Yusof dan Peter Bellew di Kompleks Kejuruteraan Malaysia Airlines di sini, hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, tumpuan kini diberikan kepada fasa kedua penstrukturan MAB melibatkan pertambahan laluan baharu termasuk 11 laluan ke China.

Jelas beliau, fasa kedua itu juga menyaksikan aspek produk susut nilai seperti makanan dalam pesawat, hiburan dan kualiti pesawatnya.

Menerusi langkah tersebut, Perdana Menteri menjelaskan, Malaysia Airlines mampu memperoleh semula penarafan lima bintang Skytrax menjelang 2018.

“Saya diberitahu, apabila kita (Khazanah Nasional Berhad) buat keputusan untuk menyusun semula Malaysia Airlines, kita terpaksa mengurangkan seramai 6,000 kakitangannya. Arahan saya, ia mesti dilakukan dengan penuh berperikemanusiaan.

“Kini saya diberitahu seramai 78 peratus (kakitangan Malaysia Airlines) telah mendaftar untuk mendapatkan peluang pekerjaan. Daripada jumlah itu, 98 peratus berjaya mendapatkan pekerjaan.

“Ini menunjukkan bahawa apa yang kita hasratkan telah pun tercapai,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri melancarkan logo dan penyiaran lagu Negaraku dalam pesawat Malaysia Airlines B737-800.

Pesawat B737 adalah pesawat pertama daripada beberapa buah pesawat yang akan mengibarkan bendera Malaysia bagi penerbangan kurang daripada tujuh jam seperti ke Shanghai dan Perth.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/optimis-mas-pulih-2018-1.501398#ixzz4mUtlVcY8
© Utusan Melayu (M) Bhd[/FONT]
 

Attachments

  • 119.7 KB Views: 21
Last edited:
Pembohong je Najib tu. Manifesto BN untuk PRU akan datanglah tu.
 
Back
Top
Log in Register