combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,173
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,173
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof (tengah) ketika mengadakan sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Penubuhan Pasukan Petugas Khas OPS Tiris 4.0 (Bersepadu) Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, hari ini. Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Ali (kiri) dan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Ceasar Mandela Malakun (kanan).
Penubuhan Pasukan Petugas Khas Ops Tiris 4.0 Bersepadu Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan antara lain akan memberi fokus utama kepada pelaksanaan aktiviti penguatkuasaan mengikut keperluan unik kedua-dua wilayah.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat penubuhan pasukan petugas khas berkenaan hari ini yang turut menyaksikan penyerahan rasmi mandat kepada Setiausaha Persekutuan Sabah bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah.
Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata kedua-dua pegawai kanan perkhidmatan awam itu akan menerajui pasukan petugas khas berkenaan, yang akan didokong oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah sebagai urus setia.
“Turut menjadi fokus utama yang dikenal pasti bagi pasukan petugas khas itu ialah cabaran operasi, iaitu mendepani modus operandi penyeludup di kawasan sempadan dan perairan.
“Peranan agensi persekutuan dan negeri termasuk Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah, Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah, Lembaga Pelabuhan Labuan dan agensi berkaitan akan diselaras bagi memastikan penguatkuasaan lebih efisien,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat itu di sini.
Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Dr Fuziah Salleh serta Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Caesar Mandela Malakun.
Fadillah berkata penubuhan pasukan petugas khas itu dibuat susulan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Penyelarasan Antara Agensi Penguatkuasaan bagi Membanteras Ketirisan dan Penyeludupan Kali Kedua pada 6 April serta Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 April.
Beliau berkata dalam mesyuarat berkenaan, kerajaan telah memutuskan penubuhan dua Pasukan Petugas Khas Ops Tiris 4.0 Bersepadu masing-masing bagi Sarawak, selain Sabah dan Labuan.
“Kedudukan Sabah dan Sarawak yang mempunyai sempadan darat dan sempadan perairan luas serta berhampiran dengan negara jiran Indonesia dan Filipina menjadi antara faktor dan risiko yang perlu ditangani.
Ops Tiris 4.0: Pasukan Petugas Khas Perkukuh Penguatkuasaan Di Sabah, Labuan - Fadillah
Sabah, Fadillah Yusof, pasukan, petugas khas, peng