ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Azman Ayob
MUAR - Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar berjaya merampas dadah, wang tunai dan kenderaan bernilai RM358,530 dalam Ops Tapis sejak awal tahun ini.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, jumlah tersebut meliputi pelbagai jenis dadah bernilai RM106,530, wang tunai (RM152,000) dan dua kenderaan (RM100,000) yang dirampas sehingga 24 Mac lalu.
"Dadah disyaki heroin merupakan rampasan tertinggi yang dianggarkan seberat 2,300 gram bernilai RM68,205 dan diikuti syabu kira-kira seberat 97.79 gram (RM24,447).
"Rampasan ketiga tertinggi ialah ganja dengan anggaran 5,100 gram (RM12,209), pil eramin 5 sebanyak 62 biji (RM1,550) dan dua biji pil ekstasi (RM120)," katanya kepada Sinar Harian.
Azman berkata, rampasan tersebut juga menerusi 281 tangkapan merangkumi pelbagai kesalahan di bawah seksyen berbeza termasuk 30 tangkapan membabitkan kesalahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Bagaimanapun 12 daripada 30 kes tersebut sudah kita dakwa di mahkamah sementara bakinya masih lagi dalam siasatan," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, masyarakat perlu menghayati serta menterjemahkan tema Sambutan Hari Polis, 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada' dalam usaha menjalinkan hubungan lebih erat dengan pihak berkuasa.
"Mereka perlu berterusan menyalurkan maklumat kepada polis kerana ia penting dalam mewujudkan suasana aman dan selamat," katanya.
Menurutnya, polis sentiasa proaktif mendekati masyarakat menerusi program Communiti Policing yang menjadikan pencegahan jenayah sebagai fokus utama program itu.