ahmad81
Active Member
- Messages
- 1,594
- Joined
- Feb 26, 2006
- Messages
- 1,594
- Reaction score
- 2
- Points
- 25
18 terbunuh hari pertama Ops Sikap XI
Oleh Mohd Azis Ngah
KUALA LUMPUR: Dalam tempoh 24 jam selepas Ops Sikap XI dilancarkan kelmarin, 18 orang terkorban akibat nahas jalan raya di seluruh negara.
Jumlah kematian hari pertama Ops Sikap XI itu meningkat tiga kes berbanding hari pertama Ops Sikap X. Selain itu, jumlah kemalangan juga meningkat 36 kes.
Penunggang dan pembonceng motosikal masih mencatatkan kadar kemalangan paling tinggi iaitu kira-kira 60 peratus.
Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner II Nooryah Mohd Anvar, berkata berdasarkan maklumat ketika operasi, masih ramai pemandu yang tidak mengendahkan undang-undang serta kempen keselamatan.
Malah, beliau terkejut ada saman dikeluarkan terhadap pemandu yang memecut 159 kilometer sejam ketika Ops Perangkap Had Laju di kilometer 289 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban, malam kelmarin.
“Saya berada di sana ketika saman dikeluarkan terhadap pemandu itu. Mereka seolah-olah tidak sayangkan nyawa.
“Kerajaan sudah buat pelbagai tindakan, kempen dan langkah mengurangkan kadar kemalangan, kita cuma minta pemandu lebih berhemah dan patuh peraturan, itu saja,” katanya di Plaza Tol Mines Selatan Lebuh Raya Sungai Besi, semalam.
Sebelum itu, Nooryah merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya ‘Pandu Cermat Sampai Selamat’ di Lebuh raya Besraya dan menyampaikan bungkusan makanan dan risalah kempen keselamatan kepada pengguna.
Nooryah berkata, kerajaan sentiasa mencari jalan mengurangkan kadar kemalangan termasuk mengenal pasti jalan yang kerap berlaku nahas.
“Kerajaan buat macam-macam, mana-mana jalan yang reka bentuknya berbahaya, sudah diubah suai, pasang lampu jalan, tambah papan tanda amaran dan kuatkuasakan undang-undang seperti melalui Ops Statik setiap kali musim perayaan.
“Kerja-kerja pembinaan di lebuh raya, jalan negeri dan Persekutuan sudah dihentikan semalam,” katanya.
Dalam Ops Sikap XI kelmarin, polis trafik mengeluarkan 8,508 saman termasuk 7,450 saman jenis POL.170 (yang ditandatangani pesalah trafik) dan 1,058 saman jenis POL.257 (yang tidak ditandatangani).
Sumber Berita.
* X sempat nk beraya.....