Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,857
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,857
- Reaction score
- 290
- Points
- 146
Kredit: JPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur mengeluarkan 2,398 notis saman terhadap 939 kenderaan dalam Ops Perang Lebih Muatan yang dijalankan di sekitar ibu negara sejak 14 Okt lepas.
JPJ Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan 14 kenderaan turut disita atas pelbagai kesalahan termasuk membawa muatan berlebihan, melanggar syarat Keperluan Tahap Perkhidmatan, Lesen Kenderaan Motor tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, tiada Lesen Memandu CDL dan Vokasional, serta kesalahan teknikal.
“Daripada kenderaan yang disita itu, enam pemandu merupakan warga asing dari Indonesia dan India, manakala lapan pemandu ialah warga tempatan.
“Tindakan penguatkuasaan telah diambil dengan saman dikeluarkan kepada pemandu dan pemilik kenderaan mengikut peruntukan Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD 2010) dan Akta Pengangkutan Jalan 1987,” menurut kenyataan berkenaan.
Kenyataan itu juga memaklumkan operasi hingga 31 Dis 2025 itu bertujuan memastikan keselamatan jalan raya sentiasa terpelihara serta memupuk pematuhan undang-undang dalam kalangan pengendali kenderaan barangan.
“Fokus utama diberikan kepada kawasan yang dikenal pasti sering melibatkan aktiviti kenderaan perdagangan membawa muatan berlebihan.
“Antara jenis muatan berisiko tinggi termasuklah batu, pasir, tanah, silika, arang batu, besi, sawit dan kayu balak. Kebanyakan kenderaan ini terlibat dalam sektor kuari, pelabuhan dan perindustrian berat,” menurut kenyataan itu.
Hingga kini, sebanyak 5,967 kenderaan telah diperiksa dan JPJ Kuala Lumpur menegaskan tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana pemandu, pemilik atau syarikat pengangkutan yang cuai dan mengabaikan keselamatan awam sehingga mengakibatkan kerosakan jalan raya atau kemalangan.
JPJ Kuala Lumpur menjelaskan pihaknya turut berdepan dengan cabaran sepanjang operasi, antaranya pemandu enggan bekerjasama dengan memberikan alasan kenderaan rosak, enggan menimbang kenderaan dan melengah-lengahkan arahan pegawai penguat kuasa.
Ops Perang Lebih Muatan: JPJ KL Keluarkan 2,398 Saman
JPJ, Ops Perang Lebih Muatan, kenderaan perdaganga