BTC USD 75,879.3 Gold USD 4,332.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ops HRA 2026 : Lebih 2,000 Kesalahan Dirakam Melalui Dron - JPJ

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146
a3a36c67931751a2f9cbd9b4313fb6f569bc9cee2eb6a

9c5c3a0803769aedfe6f4d34da9eb7f169bc9d063a3f0


Sebanyak 2,384 kesalahan berjaya dirakam melalui penggunaan dron dalam tempoh tiga hari pelaksanaan Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2026 yang bermula 16 Mac lepas.

Pengarah Kanan Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata empat kesalahan utama yang dikenal pasti ialah memotong di garisan berkembar sebanyak 715 kes, tidak mematuhi lampu isyarat (627 kes), memotong di sebelah kiri atau memotong barisan (539 kes), serta menggunakan lorong kecemasan (503 kes).

Beliau berkata setiap kesalahan yang dirakam akan dijadikan bukti dan JPJ akan mengeluarkan notis temu siasat kepada pemilik kenderaan terlibat.

“Terdapat 200 kesalahan trafik dikesan dengan menggunakan teknologi dron dalam tempoh hanya 45 minit, sekali gus membuktikan keberkesanan penggunaan dron dalam operasi penguatkuasaan,” katanya kepada pemberita selepas Ops HRA 2026 di Akademi JPJ Wilayah Timur di sini malam tadi.

Muhammad Kifli berkata setakat ini JPJ mempunyai enam unit dron untuk kegunaan ibu pejabat dan perancangan sedang dibuat untuk memperluaskan penggunaannya dalam semua operasi akan datang.

Beliau berkata penggunaan dron bukan bertujuan mencari kesalahan pengguna jalan raya sebaliknya sebagai langkah proaktif untuk merakam dan mengenal pasti kesalahan yang menjadi punca kepada kemalangan.

"Pendekatan ini memberi fokus kepada aspek keselamatan dengan memastikan pengguna jalan raya lebih berdisiplin serta mematuhi undang-undang," katanya.

Beliau berkata pengguna yang menerima notis boleh membuat bayaran kompaun dalam tempoh 15 hari bagi menikmati diskaun 50 peratus, menjadikan jumlah bayaran RM150 selepas potongan.

"JPJ menegaskan bahawa penggunaan dron berkeupayaan tinggi, termasuk fungsi zoom hingga 200 kali, membolehkan nombor pendaftaran kenderaan dikenal pasti dengan jelas walaupun dari jarak jauh," katanya.

 
Back
Top
Log in Register