BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Oppo Find N5 Melepasi Pengesahan SIRIM Di Malaysia

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
Oppo mempunyai rangkaian peranti boleh lipat tersendiri di bawah siri N yang memberi fokus terhadap prestasi dan sistem kamera. Sehingga kini Oppo telah menghasilkan beberapa model di bawahnya dan variasi terkini dijangka tiba tidak lama lagi.

Find-N5-A-950x534.png.webp


Ia berikutan terdapatnya peranti dengan nama Oppo Find N5 telah muncul dalam pangkalan data SIRIM di Malaysia. Ia juga menarik kerana berpotensi menjadi pengganti kepada Oppo Find N3, dan belum dilancarkan di mana-mana pasaran. Peranti ini didaftarkan oleh Jie Business dengan nombor model CPH2671 pada hari ini

Oppo-Find-N3-M-950x535.jpg.webp


Setiap produk yang dijual secara rasmi di Malaysia perlu didaftarkan dengan SIRIM terlebih dahulu. Justeru sudah semestinya peranti ini dijangka boleh tiba di Malaysia dalam masa terdekat. Setakat ini tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Oppo berhubung hal tersebut. Namun bagi anda yang berminat untuk membeli Oppo Find N3 pula harganya di Malaysia ialah RM 6,999 (16GB + 512GB).​
 
Oppo Find N5 Akan Tiba Pada Februari 2025

Penghujung tahun lalu kami berkongsi mengenai kewujudan telefon skrin boleh lipat Oppo Find N5 yang akan datang. Peranti itu ditemui muncul dalam pangkalan data SIRIM di Malaysia, dan kini Ketua Pegawai Eksekutif OnePlus, Pete Lau dilihat mendedahkan lebih banyak butiran mengenainya.

Oppo-Find-N5-A-edited.jpg.webp


Pete Lau menyatakan bahawa peranti Find N5 akan menjadi telefon boleh lipat paling nipis di dunia. Imej dikongsi menunjukkan Find N5 dalam keadaan terbuka akan lebih nipis daripada sebatang pensil yang mungkin berukuran sekitar 4mm dan di bawah 10mm dalam keadaan dilipat. Find N5 juga menggunakan binaan titanium untuk ketahanan yang lebih baik selain dijangka tampil dengan penarafan IPX8. Untuk rekod, peranti Find N3 sebelum ini tidak mempunyai penarafan kalis air.

Oppo-Find-N3-M-950x535.jpg.webp


Oppo Find N5 juga dikhabarkan mempunyai bateri berkapasiti 6,000mAh. Ia mungkin menyokong pengecasan pantas mencapai 100W serta nirwayar 50W. Apabila bercakap tentang perisian, ia dijangka menjalankan ColorOS 15 (berasaskan Android 15) dengan penekanan terhadap ciri kecerdasan buatan menarik. Cip Snapdragon 8 Elite dikatakan menguasai peranti sebagai nilai tambahan yang menarik.

Dalam kemaskini yang sama, Pete Lau turut mendedahkan bahawa telefon pintar baharu ini akan membuat kemunculan rasmi di China pada Februari yang akan datang.​
 
Pratempahan Oppo Find N5 Kini Di Buka Dengan Deposit Sebanyak RM100

Pra tempahan untuk Oppo Find N5 kini dibuka di Malaysia selepas peranti berkenaan diacah sejak seminggu lalu. Agak menarik pra tempahan boleh dibuat dengan hanya meletakkan deposit RM100. Bagi mereka yang berminat boleh berbuat demikian sehingga 27 Februari 2025 dengan pemberian hadiah bernilai RM2584.

FIND-N5-MALAYSIA-pre-order-A-950x950.png.webp


Sebanyak 200 pembeli terawal akan menikmati penghantaran percuma bersama rebat tunai eksklusif bernilai RM400 dan tawaran pembelian atas pembelian yang menarik. Antaranya seperti diskaun RM300 untuk Fins N5, diskaun RM200 untuk Oppo Watch X2 dan lanjutan jaminan tambahan Oppo Care. Tiada harga jualan rasmi peranti yang didedahkan setakat artikel ditulis.
 
Oppo Find N5 Akan Di Lancarkan Ke Pasaran Global Pada 20 Februari 2025

Oppo Find N5
akan dilancarkan sebagai peranti skrin boleh lipat mercu baharu. Ia juga menjadi model kemaskini untuk Find N3 dengan beberapa peningkatan menarik. Terkini Oppo mengesahkan pelancaran global Find N5 akan berlangsung di Singapura pada 20 Februari 2025. Pelancaran juga berlangsung serentak di China yang merupakan kali pertama belaku sejak siri tersebut diperkenalkan kepada umum.

OPPO-Find-N5-Launch-KV-950x534.jpg.webp


Oppo dilihat menggunakan rekaan malar hijau dengan gabungan elemen moden yang diperlukan kebanyakan pengguna pada model kali ini. Selain dipercayai boleh dilengkapi perkakasan dalaman berkuasa lain seperti cip pemprosesan terkini, bateri berkapasiti besar dan kamera serba boleh. Terdapat juga penarafan kalis air IPX6/X8/X9 yang sepatutnya menjadikan Find N5 antara telefon boleh lipat terawal yang menyokong ciri berkenaan setakat ini.​
 
Back
Top
Log in Register