BTC USD 63,660.0 Gold USD 4,469.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Operasi Twitter tergendala

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
LONDON 1 Jan. - Operasi laman sosial Twitter tergendala selepas menerima terlalu banyak mesej sambutan Tahun Baru, semalam.

Di Jepun, pengguna Twitter menghantar kira-kira 16,197 mesej mengucapkan selamat Tahun Baru setiap saat.

Manakala di Britain, operasi Twitter tergendala pada pukul 3 petang waktu tempatan dan tidak dapat beroperasi lebih dari satu jam.

Kandungan mesej yang terlampau padat menyebabkan pengguna laman sosial tersebut tidak dapat mengemas kini status termasuk membaca mesej-mesej yang dihantar.

Pengguna yang cuba mengakses laman web terbabit menerima mesej mengatakan Twitter mengalami gangguan operasi.

Laman sosial tersebut kemudiannya kembali beroperasi seperti biasa namun masih mengalami beberapa gangguan berikutan penerimaan mesej dari seluruh dunia. - AGENSI
 
hahah .. mmg jam la sebab twitter bergantung pada tweet ..
 
hehe..server overload ke..facebook tk jam ke..
 
hehe..server overload ke..facebook tk jam ke..
aku rasa depa tak cukup kaya mcm fb lagi la. kot tu tak mampu nak upgrade.kekeke..
 
bukan sebab kaya tak kaya...dua2 semua fund berapa million ntah billion... mostly sebab language diorang gunakan untuk website diorang..

Ruby On Rails memang tak sesuai untuk scalability..
 
mmg gila gak semalam, aku nak tweet on time tak dapat, sejam lebih gak tak bleh masuk
 
Back
Top
Log in Register