BTC USD 61,295.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Operasi Lalang 2 Bermula?

abahmu

Legendary Member
gem
Messages
17,951
Joined
Feb 21, 2007
Messages
17,951
Reaction score
126
Points
123
Operasi Lalang dari kacamata Sanusi Junid

Oleh Helme Hanafi
Khamis, 10 April 2008

“Dosa seperti bintang di langit, lebih bercahaya dari gelapnya malam,”.

SAYA tidak ingat dari drama Shakespeare yang manakah petikan itu di ambil, tetapi yang ingin disampaikan adalah satu kesilapan diingati lebih dari seribu budi yang ditabur. Setidak-tidaknya bila mengenang legasi Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sepanjang 22 tahun Dr Mahathir memerintah negara, ada ribuan kebaikan yang dilakukannya. Namun yang dipilih untuk dikenang hari ini adalah beberapa kekhilafannya (pada sesetengah pihak) dan salah satunya adalah Operasi Lalang.

Operasi Lalang versi Wikipedia

WIKIPEDIA menjelaskan Operasi Lalang atau Weeding Operation; dilancarkan pada 27 Oktober 1987 oleh polis Malaysia / Kementerian Dalam Negeri bagi menangkap mereka yang mengeruhkan suasana politik 1987.Nasib baik hujan lebat semasa perhimpunan

Dalam Operasi Lalang ini, 106 ahli politik terutama parti pembangkang ditahan di bawah ISA dan pembatalan dua akhabar harian berlesen, The Star dan Sin Chew Jit Poh serta dua akhbar mingguan, The Sunday Star dan Watan.

Ada banyak versi mengapa ianya berlaku, dan versi popular adalah berkaitan dengan isu-isu sensitif yang dimainkan oleh surat khabar Cina dan dibalas dengan surat khabar Melayu antaranya adalah kenyataan orang besar MCA waktu itu, Lee Kim Sai yang mengatakan 'Melayu pun pendatang'. Hak keistimewaan Bumiputera dipertikaikan semula.

Menurut Wikipedia, Anwar Ibrahim selaku Menteri Pendidikan ketika itu mahu melancarkan perhimpunan rasaksa (500,000) di Kuala Lumpur bagi menyambut ulang tahun UMNO ke-41.

Dato Zaman Khan selaku Pengarah Keselamatan Dalam Negeri tidak senang dengan perhimpunan yang dirancang oleh UMNO itu.

Siaran waktu pagi, Dato Zaman Khan mengumumkan di radio akan kejadian 'huru-hara' di Jalan Chow Kit di mana Prebet Adam dari Kem Tentera Ulu Kinta telah membunuih dua orang Cina dengan senjata rifle M16.

Berikutan itu, perhimpunan raksasa telah dibatalkan Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Menteri Dalam Negeri.

Operasi Lalang versi Sanusi

ITU versi Wikipedia, namun ketika menemui Tan Sri Sanusi Junid baru-baru ini, KLpos.com diberkan versi lain, dan kata Sanusi, Operasi Lalang ialah operasi polis untuk menahan kita (UMNO) dari mengadakan rapat raksasa di Stadium Merdeka.

“Waktu itu orang ramai hendak datang dari seluruh negara sehingga ada yang kata akan mencecah satu juta orang,” katanya.

Menurutnya, beliau memang mahukan rapat raksasa tersebut diadakan. Tetapi, “Polis datang untuk menahan kita (UMNO) dari mengadakan rapat raksasa itu. Ada pegawai polis waktu itu yang saya kenal, kata kepada saya, kalau awak buat juga, polis tidak setuju, polis akan tangkap awak,”

“Saya pun hendak ditangkap, kerana apa? Kerana saya pengerusi yang pergi kempen satu Malaysia untuk diadakan rapat raksasa. Saya hendak rapat raksasa, tapi bila polis suruh batalkan, saya batalkan.”

“Tiba-tiba polis tengok, bukan saya saja hendak buat rapat raksasa, tapi ada pihak lain pun hendak sama, dan mereka hendak buat kacau, jadi waktu itu polis tangkap.

“Semasa itu polis yang buat keputusan untuk menjaga keamanan negara. Mungkin ada seorang dua yang tersilap tangkap, kemudiannya dilepaskan.

Kenapa mahu rapat raksasa?

“Itu bukan kerja kita. Dan satu soalan yang kita kena tanya juga, kenapa waktu itu kita hendak buat rapat raksasa? Kerana waktu itu kita hendak menjaga kepentingan UMNO, untuk menjaga kekuatan orang Melayu. Bagi membuktikan Melayu itu bersatu.

Perhimpunn di Stadium TPCA sebelum Operasi Lalang

“Apa perlu rapat itu kerana sebelum itu ada usaha untuk memindahkan kuasa orang yang hendak minta kerakyatan daripada Menteri Dalam Negeri (ketika itu Dr Mahathir Mohamad) kepada Mahkamah.

“Kerana sekarang ini Menteri Dalam Negeri yang memutuskan orang ini jadi rakyat, orang ini tidak jadi rakyat. Itu hak dalam perlembagaan. Menteri Dalam Negeri yang melaksanakan.” Katanya.

Dan pada Sanusi, beliau perlu menjelaskan semua ini, termasuk mengenai Operasi Lalang kerana, “Jadi kalau saya tidak jawab, tidak ada orang lain mahu jawab,”.

Pengajaran dari Operasi Lalang

OPERASI Lalang ini menimbulkan kontroversi kerana mereka yang 'bersalah' terlepas. Sebaliknya pemimpin pembangkang yang berada di tepi 'arus' telah ditangkap dan dipenjarakan di Kem Tahan Kamunting Taiping selama 2 tahun atau lebih.

Dari 106 yang ditahan, 40 orang terpaksa merengkok di Kem Tahanan di Kamunting selama dua tahun, dan kebanyakkan mereka adalah pemimpin pembangkang.

Saya (penulis) kira di sinilah punca mengapa Operasi Lalang yang dilaksanakan atas tujuan keselamatan, yang baik, tetapi dianggap satu operasi politik, yang buruk, untuk melemahkan pembangkang.

Sebuah ketidakadilan. Yang dibenarkan berlaku, biarpun puluhan tahun lalu, akan terus dikenang sebagai ketidakadilan. Dan Dr Mahathir, Perdana Menteri dan juga Menteri Dalam Negeri sewaktu Operasi Lalang diadakan, adalah individu yang menandatangani perintah tahanan, perlu menanggungnya, bersendirian atau berkumpulan.

Semoga Abdullah, dan mereka yang berkuasa, belajar dari titik hitam ini.


p/s kezaliman yg x pernah terampun....
 
Operasi di Baling jauh lebih kejam, zalim, berjiwa haiwan dari Operasi Lalang.... TDM terlalu byk dosanya dengan org Islam dan Melayu di Malaysia. Kebaikkan yang dilakukan tidak akan dapat menghapus dosa2 yang dia telah lakukan.
 
Operasi di Baling jauh lebih kejam, zalim, berjiwa haiwan dari Operasi Lalang.... TDM terlalu byk dosanya dengan org Islam dan Melayu di Malaysia. Kebaikkan yang dilakukan tidak akan dapat menghapus dosa2 yang dia telah lakukan.



.........Operasi apa tuh...

..CIte a skit..nak juga tahu....


:D :D :D
 
setuju...!


tapi...aku rasa
operasi di MEMALi lagi ..tak terampun..kan


org kampong bayar dgn nyawa ...
 
Last edited:
salam

Operasi di Baling jauh lebih kejam, zalim, berjiwa haiwan dari Operasi Lalang.... TDM terlalu byk dosanya dengan org Islam dan Melayu di Malaysia. Kebaikkan yang dilakukan tidak akan dapat menghapus dosa2 yang dia telah lakukan.

salam besar lg ka dosa Tun dari keampunan Allah s.w.t
klau dia dah insaf dan taubat. xterampun ka dosa dia 2
fikir dulu sebelum buat kenyataan.
 
setuju...!


tapi...aku rasa
operasi di MEMALi lagi ..tak terampun..kan


org kampong bayar dgn nyawa ...

tapi masa tu PRU BE END/UMNO menang lebih besar :-? :-? :-?
 
Operasi di Baling jauh lebih kejam, zalim, berjiwa haiwan dari Operasi Lalang.... TDM terlalu byk dosanya dengan org Islam dan Melayu di Malaysia. Kebaikkan yang dilakukan tidak akan dapat menghapus dosa2 yang dia telah lakukan.

DALAM OPS LALANG YANG TERLEPAS NAJIB AND HISHAMMUDIN...KALAU TAK SILAP DEPA CABUT PI LUAR NEGARA SEKEJAP. PREBET ADAM LAK JADI 'KAMBING HITAM' DIA NGAMUK BUKAN PASAL KES INI CUMA KEBETULAN. ADIK PREBET ADAM 1 BATCH NGAN AKU MASA SEKOLAH MENENGAH KAT PENANG.

SO AKU TAU LER SERBA SEDIKIT. DIA PLAN LAMA SEBELUM TU CUMA MASA DIA BERTINDAK TU TAK KENA SO DIA DIKAMBING HITAMKAN. ADIK DIA KATA ORG ATAS TENTERA TAU DIA NAK NGAMUK SO NIAT DIA TU DIPERMUDAHKAN.

DAPAT SENJATA AND NAIK MOTOR DARI PENANG KE KL TANPA SEKATAN POLIS. LESEN BESAR. LOJIK KER NAIK MOTOR BAWA M16 DARI PENANG SAMPAI KL TARAK SAPA PUN NAMPAK AND CALL POLIS


:(scam :(scam :(scam
 
salam besar lg ka dosa Tun dari keampunan Allah s.w.t
klau dia dah insaf dan taubat. xterampun ka dosa dia 2
fikir dulu sebelum buat kenyataan.

Dosa melanggar larangan-Nya boleh bertaubat/insaf, moga diampunkan-Nya, tp dosa ngan orang hanya org yg teraniaya jer yg boleh maafkan,.. mudah-mudahan dimaafkan..aminn..
p/s sebelum tido tu maafkan la sesiapa saja kenalan/saudara kita...amalkan laa...bak kata Dr. Fadhilah Kamsah
peace
 
Back
Top
Log in Register