BTC USD 60,958.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Operasi bas dipindahkan ke JB Sentral

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

JB Sentral​

JOHOR BAHRU - Operasi bas awam di Jalan Wong Ah Fook, di pusat bandar raya telah dipindahkan ke JB Sentral di Jalan Jim Quee mulai 18 Mei lepas.

Datuk Bandar Johor Baharu, Datuk Abdul Rahman Mohamed Dewam berkata, pemindahan berkenaan dilakukan berikutan pelaksanaan projek menaik taraf Sungai Segget di kawasan Jalan Wong Ah Fook.

"Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB) sudah mengeluarkan makluman awal kepada enam syarikat pengendali pengangkutan awam.

"Kita juga sudah meminta mereka mematuhi arahan yang dikeluarkan," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sehubungan itu, MBJB meminta orang awam mengambil maklum mengenai pemindahan operasi bas terbabit bagi mengelakkan sebarang kesulitan. - Bernama
 
lama x turun JB, dulu blajo kat Skudai...last skali awal 90an...
agak2 blh sesat ke ....
 
Back
Top
Log in Register