BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ONSA Perkukuh Keselamatan Dalam Talian, Mudahkan Pelaporan Kandungan Memudaratkan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,712
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,712
Reaction score
97
Points
80
7bdf24383c5b1210b8030a363e6c2d796955d5c1f3fa5

25b06b885bf98b6b46707f1f2852086e6955d5ef1ec78

b21e1caf12a0a1e390f738c6f4262f406955d5766f5fc


Pengguna Internet di Malaysia dijangka melihat perubahan ketara dalam aspek keselamatan dalam talian susulan pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) yang berkuat kuasa mulai hari ini.

Berdasarkan soalan lazim (FAQ) ONSA yang dikeluarkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), di bawah ONSA, pengguna boleh mengharapkan platform mengambil langkah keselamatan yang lebih konsisten dan seimbang terhadap keselamatan dalam talian.

Hal ini termasuk maklumat dan garis panduan keselamatan yang lebih jelas, kaedah pelaporan kandungan memudaratkan yang lebih mudah, bantuan yang lebih responsif serta alat dan tetapan yang lebih baik untuk mengawal siapa yang boleh mencari, menghubungi atau berinteraksi dengan pengguna.

Menurut MCMC, bagi perkhidmatan yang berkemungkinan digunakan oleh kanak-kanak, perlindungan yang lebih kukuh dijangka dilaksanakan secara berperingkat.

“Ini mungkin merangkumi tetapan lalai (default setting) yang lebih selamat, perlindungan privasi yang lebih kukuh serta kawalan yang lebih baik terhadap interaksi,” menurut FAQ itu.

 
Back
Top
Log in Register