BTC USD 80,443.2 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Drama ONE CENT THIEF (2022) (MALAY) (ASTRO)

RuthlessFairy

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,239
Paid Membership
Joined
May 15, 2009
Messages
30,239
Reaction score
879
Points
166
1665626564034.png



Tonton Drama One Cent Thief mula bersiaran pada 8 Oktober 2022, setiap hari Sabtu pukul 9:00 malam di saluran 104 Astro Ria. One Cent Thief, drama bersiri Astro Originals yang diinspirasikan daripada kisah benar yang menjadi tajuk utama 30 tahun lalu di Malaysia.

Drama jenayah siber, One Cent Thief memaparkan tentang seorang jurubank yang berjaya mencuri wang pelanggan tanpa dapat dikesan. One Cent Thief dibarisi pelakon popular Syafiq Kyle, Azira Shafinaz, Faizal Hussein, Sofia Jane, Amerul Affendi, Carmen Soo dan ramai lagi
Jumlah episod : 8
Mula siaran : 8 Oktober 2022
Waktu Siaran : Sabtu, pukul 9:00 malam
Siaran TV : Astro Ria 104
Penulis Skrip : Alfie Palermo
Pengarah : Ariff Zulkarnain
Produksi : Astro Shaw Sdn Bhd & Independent Pictures

PELAKON DRAMA ONE CENT THIEF/CAST

Syafiq Kyle sebagai Iman Syah
Azira Shafinaz sebagai Intan
Faizal Hussein sebagai Shah Kari
Sofia Jane
Fabian Loo
Amerul Affendi
Sathis Vara
Amir Nafis
Carmen Soo
Fadhli Masoot
Rubini Sambanthan

SINOPSIS DRAMA ONE CENT THIEF

Mengisahkan tentang Iman Shah, seorang pekerja bank yang terdesak untuk membiayai kos rawatan serta melangsaikan hutang bapanya kepada ceti haram. Dengan menggunakan kepintarannya, dia telah menggodam sistem Bintang Bank untuk mencuri satu sen dari setiap akaun pelanggan bank dan berjaya mendapatkan jumlah wang yang besar.


One Cent Thief diinspirasikan daripada peristiwa sebenar yang pernah menggemparkan Malaysia pada dekad 1990-an dan menampilkan kelainan berbanding naskhah lain kerana membawakan kisah rompakan bernilai 1 sen berbanding kisah yang menumpukan rompakan berlian, jongkong emas, mahupun jutaan wang tunai.

Ia merupakan hasil ciptaan serta ditulis oleh Alfie Palermo yang turut mencipta dan menulis siri Dukun Diva. Alfie berkata mengenai drama ini:

"Idea menghasilkan drama premium ini tercetus ekoran selepas membaca kes ‘pencuri satu sen’ dan ia memberi inspirasi untuk menggarap sebuah karya dengan jalan cerita baru dan segar. Menerusi One Cent Thief, saya cuba ketengahkan isu keselamatan data serta sistem perbankan, di mana betapa mudahnya digodam oleh penjenayah; di samping mengetengahkan isu konflik yang amat dekat dengan masyarakat iaitu ‘wang’ - adakah wang mampu menyelesaikan masalah dan menjanjikan kebahagiaan. Harapan saya agar siri ini sedikit sebanyak dapat membuka mata masyarakat pada isu-isu keselamatan data yang semakin meruncing kebelakangan ini. Pada masa sama, saya berharap penonton akan terhibur dan moga membawa manfaat untuk semua



1665626712266.png



1665626735533.png
 
Kesah benar dari kepintaran pekerja bank pada zaman 90an
tapi aman shah takmengaku kunun dia curik duit tu.
dia cakap dia just nak tunjuk pada atasan yang sistem security bank sangat lemah

pastu dia cakap dia jutawan dan kaya sbb dia ada bisnes cyber security kat US :rolleyes:
 
Kesah benar dari kepintaran pekerja bank pada zaman 90an
tak pintar pun bang...dia pecah amanah...dia kerja bank sebab tu ada access pada system bank...ni macam orang kerja kedai emas lepas tu curi rantai kedai tu...

kalau dia driver bas ke bomba ke...lepas tu hack system bank baru pintar...
 
tak pintar pun bang...dia pecah amanah...dia kerja bank sebab tu ada access pada system bank...ni macam orang kerja kedai emas lepas tu curi rantai kedai tu...

kalau dia driver bas ke bomba ke...lepas tu hack system bank baru pintar...
Pada zaman tak berapa digital, boleh lah kira pintar….hahahaha.
 
aku ada tgk crita ni 2 episod...best jugak..intro pekerja bank yg stress tu sama cm intro crita army of thieves...cuma yg ni curi duit 1 cent yg tu pakar bukak peti besi.
 
Back
Top
Log in Register