kopirait
CG Top Poster Club

- Messages
- 49,284
- Joined
- Apr 18, 2010
- Messages
- 49,284
- Reaction score
- 5,428
- Points
- 486
Gombak: Polis menahan dua pekerja bengkel membaiki kenderaan warga Pakistan kerana memiliki komponen dan kenderaan curi, semalam.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, penahanan suspek berusia 30 dan 32 tahun itu susulan laporan polis diterima pada 21 Oktober tahun lalu oleh wanita berusia 51 tahun yang kehilangan kereta Perodua Kancil dipercayai dicuri di hadapan restoran di Bandar Baru Rawang.
Menurutnya, bertindak atas maklumat, pada 2 petang semalam, sepasukan polis dari Balai Polis Rawang pergi ke sebuah bengkel membaiki kenderaan di Rawang Putra, Rawang, di sini.
"Polis membuat pemeriksaan di dalam premis dengan disaksikan dua pekerja warganegara Pakistan sebelum menemui satu enjin kereta dan semakan mendapati enjin itu milik pengadu yang dilaporkan hilang di Rawang pada 21 Oktober tahun lalu.
"Turut dirampas, sebuah kereta Proton Waja yang dilaporkan hilang pada 30 Oktober tahun lalu di Saujana Utama, Sungai Buloh.
"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan suspek direman 14 hari bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Onar dua pekerja bengkel warga asing | Harian Metro
Gombak: Polis menahan dua pekerja bengkel membaiki kenderaan warga Pakistan kerana memiliki komponen dan kenderaan curi, semalam.