TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,648
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,648
- Reaction score
- 38,262
- Points
- 2,836
PELARI pecut negara, Russel Alexander Nasir Taib
Russel teruja hadapi Doha
KUALA LUMPUR: Pelari pecut negara, Russel Alexander Nasir Taib sudah bersedia fizikal dan mental untuk mencabar jaguh rantau Asia di Kejohanan Olahraga Asia Doha, Qatar yang dijadual pada 21 hingga 24 April ini.
Russel mengakui tumpuannya ketika ini adalah untuk kembali segar sepenuhnya selepas bersaing dalam dua kejohanan besar iaitu Kejohanan Trek Klasik Queensland dan Kejohanan Olahraga Grand Prix Terbuka Malaysia, baru-baru ini.
"Saya bersyukur kerana dipilih mewakili Malaysia dalam acara ini (200 meter). Adalah satu keistimewaan buat saya apabila dapat bersaing dengan pelari terbaik Asia di Doha nanti.
"Sasaran saya adalah untuk melakukan yang terbaik pada hari kejohanan selain mempercayai program latihan yang diberikan," kata Russel yang memiliki kepantasan 20.77 saat (s) dalam acara 200 meter (m).
"Musim ini juga saya menemui rentak baharu dan larian yang konsisten. Untuk itu, saya harap dapat menghasilkan masa yang lebih baik agar dapat memperbaiki catatan terbaik dan juga rekod kebangsaan.”
Russel yang juga pemegang rekod kebangsaan acara 200m adalah antara sembilan atlet terbaik yang dipertaruhkan Malaysia untuk beraksi pada Kejohanan Olahraga Asia nanti.
https://www.bharian.com.my/sukan/olahraga/2019/04/552626/russel-teruja-hadapi-doha