BTC USD 81,240.9 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Olahraga

Bolt illuminati signs

Usain-Bolt-displays-a-number-of-occult-hand-gestures-539713.jpg

8f2c1a6b163321204db57698018d1866--all-seeing-eye-usain-bolt.jpg

247190a954931bd4d233814b558a0054.jpg

aboltgoatman1.gif

Usain Bolt & Roman (Lightening Bolt) God Vulcan
 
Tak pernah tahu pun abam dia selalu cedera dlm latihan ringan
Kurang fit ke dia ni abam

Biasalah kitaran atlit....tiba masanya Akan jatuh jugak...x selalu dpt berada di Atas...
Tapi bolt atlit yg paling hebat sebab Dia pilih kejohanan untuk berada di kemuncak ...
Olimpik , WC Semua sapu habis....walaupun di Antara tu Dia Byk masalah injury & jatuh pretasi tp tumpu utk terbaik di kejohanan besar je... Mcm Lin Dan ..

Olimpik lepas pun Dah nmpak catatan masa makn merosot sbb bergelut pulih drp injury tapi sempat pulih sebelum olimpik rio....

WC Kali ni bolt x sempat fit 100% tp nak lari jugak sbb buat farewell..
 
Last edited:
taib_1553385683.jpg

Lebur rekod Khairul


PELARI pecut negara, Russel Alexander Nasir Taib melakar rekod baharu kebangsaan dalam acara 200 meter apabila mencatat masa 20.77 saat sekali gus meraih pingat perak pada Kejohanan Trek Klasik Queensland di Brisbane, Australia, semalam.

Atlet olahraga negara yang berpangkalan di Australia itu memadam rekod milik sensasi pecut negara, Khairul Hafiz Jantan 20.90s yang dicatat pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2017 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Ketika itu, Khairul memecahkan rekod yang bertahan selama 49 tahun milik pelari legenda, Tan Sri Dr M Jegathesan 20.92s yang dilakukan pada 1968.

Russel terlepas emas selepas tewas kepada Kei Takase dari Jepun yang melakukan catatan 20.75s.

Ketua jurulatih olahraga kebangsaan, Zainal Abas yang mengesahkan rekod itu mengakui gembira dengan perkembangan itu terutama dalam laluan Russel untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

“Sememangnya ia satu perkembangan yang amat baik buat Russel. Malah dalam beberapa kejohanan sebelum ini juga dia sudah menunjukkan peningkatan dalam acara 200m.

“Saya percaya pada masa akan datang Russel mampu untuk memperbaiki lagi rekodnya itu. Yang penting sekarang untuknya adalah untuk terus berusaha layak ke Sukan Olimpik Tokyo,” katanya ketika dihubungi.

Januari lalu pelari berusia 21 tahun itu hanya kurang 0.04s saja untuk menyamai rekod milik Khairul ketika memenangi saingan final 200m Kejohanan Olahraga Shield Series di Pusat Olahraga dan Sukan Queensland.


https://www.hmetro.com.my/arena/2019/03/437085/lebur-rekod-khairul
 
ruserr_31157795_1553468452.jpg

'20.77 saat tak cukup lagi'


RUSSEL Alexander Nasir Taib berharap kejayaan melakar rekod baharu kebangsaan dalam acara 200 meter (m) kelmarin tidak hanya terhenti di situ saja.

Sebaliknya, pelari pecut negara yang berpangkalan di Australia itu berkata, dia akan terus berusaha untuk memecahkan rekodnya itu di kejohanan yang bakal disertainya selepas ini.

Antara kejohanan yang ingin disertainya ialah temasya Sukan SEA Filipina hujung tahun ini dan Kejohanan Olahraga Asia di Doha, bulan depan.

“Saya harap dapat terpilih untuk beraksi dalam acara 200m kerana ia adalah acara kegemaran saya.

“Ketika ini fokus utama saya adalah untuk terus memperbaiki catatan masa dalam acara 200m sebanyak yang mungkin,” katanya.

Kelmarin, Russel melakar rekod baru kebangsaan dalam acara 200m apabila mencatat masa 20.77 saat (s), sekali gus meraih pingat perak di Kejohanan Trek Klasik Queensland di Brisbane, Australia.

Dia memadam rekod milik sensasi pecut negara, Khairul Hafiz Jantan 20.90s yang dicatatkan pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Russel berkata, dia akan beraksi pada Grand Prix (GP) Malaysia yang akan berlangsung selama dua hari bermula Sabtu ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Saya akan beraksi dalam acara 100 dan 200m,” katanya.


https://www.hmetro.com.my/arena/2019/03/437373/2077-saat-tak-cukup-lagi
 
Back
Top
Log in Register