BTC USD 60,548.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Olahraga

kenapa ek bos, saya tertinggal bas ni....huhuhu

bolt byk kali injured sebelum ni....dia x fit 100% skrang...

tgk badan dia pun nampak x fit...perut naik sikit....jadi bdn berat....

ni antara catatan yg perlahan dlm WC...pemenang catat 9.92...

no 2 perlahan lepas kim collins menang 10.00s tahun 2003

selalunya mesti dalam 9.8s
 
Last edited:
bolt byk kali injured sebelum ni....dia x fit 100% skrang...

tgk badan dia pun nampak x fit...perut naik sikit....jadi bdn berat....

ni antara catatan yg perlahan dlm WC...pemenang catat 9.92...

no 2 perlahan lepas kim collins menang 10.00s tahun 2003

selalunya mesti dalam 9.8s

Dah cedera
Perut naik sbb kurg jg pemakanan kot
 
McLeod hadiah kemenangan buat Bolt

omarmcle.transformed.jpg

OMAR Mcleod (kanan) meraikan kemenangannya dalam acara 110 meter lari berpagar pada Kejohanan Dunia IAAF di London, awal pagi tadi. - Foto EPA

LONDON: Omar McLeod mengembalikan semula senyuman buat kem pecut Jamaica apabila memenangi acara 110 meter lari berpagar pada Kejohanan Dunia IAAF awal pagi tadi sebelum menghadiahkan kemenangan itu kepada Usain Bolt.

Berikutan kekalahan mengejut Bolt dan Elaine Thompson dalam acara 100m, McLeod, antara pelari pilihan lain dari negara kepulauan Caribbean itu, tidak melakukan kesilapan untuk menambah mahkota dunia dan gelaran Olimpik dimenanginya tahun lalu.

Pelari berusia 23 tahun itu mendominasi perlumbaan, menang dengan catatan 13.04 saat (s), semeter mendahului juara bertahan Sergey Shubenkov, pelari Russia yang bertanding atas tiket 'atlet neutral dibenarkan' dengan negaranya masih diharamkan daripada terbabit dalam olahraga dunia.

"Dia masih legenda! Usain, abang, ini untuk awak!" kata McLeod yang meraikannya dengan berlari sekeliling trek sebelum memeluk ibunya di Stadium London.

Shubenkov, yang melakukan 13.14s, adalah pelari Russia yang menang pingat di London manakala pelari Hungary, Balazs Baji mengutip gangsa dengan catatan 13.28s.

Pemegang rekod dunia, Aries Merritt dari Amerika Syarikat, yang menang gelaran Olimpik di stadium yang sama lima tahun lalu, bermula dengan bagus tetapi gagal meneruskannya apabila sekadar menduduki tempat kelima dengan catatan 13.31s. - Reuters


http://www.bharian.com.my/sukan/olahraga/2017/08/309872/mcleod-hadiah-kemenangan-buat-bolt
 
Usain Bolt sah sertai 4x100 meter

usabol.transformed.jpg


LONDON: Usain Bolt akan berlari dalam saringan 4x100 meter (m) buat Jamaica Sabtu ini walaupun masih lesu selepas sekadar menang gangsa acara final 100m Kejohanan Dunia IAAF, hujung minggu lalu.


Bolt berkata, biasanya dia berlari dalam acara 200m individu tetapi memilih untuk tidak bersaing pada jarak berkenaan di London, yang juga kejohanan utama terakhir sebelum dia bersara dan pelari berusia 30 tahun itu mahu bersaing dalam acara berganti-ganti kali ini.

"Kita akan lihat, kami masih belum melakukan pertukaran baton bersama pelari lain, tetapi saya rasa kami sudah bersedia," kata pemenang pingat emas 11 kali Kejohanan Dunia itu mengenai peluangnya.

"Saya sudah bercakap dengan Julian Forte (pelari separuh akhir 100m) sedikit sebanyak. Saya tidak banyak bercakap dengan pelari muda, jadi apabila ia berkaitan dengan pertukaran baton, saya sentiasa teruja untuk berlari dalam acara berganti-ganti dan kita lihat apa yang sudah disediakan dan mahu dilakukan mereka."

Hanya Yohan Blake pelari berpengalaman lain dalam acara itu buat Jamaica yang pernah menang pingat di Kejohanan Dunia atau Olimpik.

"Secara fizikal saya OK, ada sedikit sakit tetapi tiada yang tidak boleh diubati dengan urutan, saya boleh lakukan," kata Bolt mengenai keadaan dirinya dua hari selepas menamatkan saingan di tangga ketiga walaupun menyamai catatan masa terpantas musim ini 9.95 saat dalam final 100m.

"Sedikit kecewa tetapi hidup memang seperti itu," kata pemenang lapan pingat emas Olimpik itu.

"Saya sudah melakukan yang terbaik seperti selalu, keluar ke sana dan memberikan sepenuhnya dan saya gembira berada di sini dan tidak sabar menantikan 4x100," kata pemegang rekod dunia 100m dan 200m yang membantu Jamaica menang empat gelaran terakhir 4x100 dunia. - Reuters


http://www.bharian.com.my/sukan/olahraga/2017/08/309863/usain-bolt-sah-sertai-4x100-meter
 
Keputusan Kejohanan Olahraga Dunia

omarmcleoa.transformed.jpg

OMAR Mcleod meraikan kemenangannya dalam aksi 110m lompat berpagar pada final Kejohanan Dunia IAAF di London. - Foto EPA

LONDON: Berikut keputusan final Kejohanan Dunia IAAF.

Lelaki

110m lompat berpagar

1. Omar McLeod (JAM) 13.04 saat

2. Sergey Shubenkov (Atlet bebas) 13.14

3. Balazs Baji (HUN) 13.28

4. Garfield Darien (FRA) 13.30

5. Aries Merritt (USA) 13.31

6. Shane Brathwaite (BAR) 13.32

7. Orlando Ortega (ESP) 13.37

8. Hansle Parchment (JAM) 13.37

Wanita

1500 meter

1. Faith Kipyegon (KEN) 4 minit 02.59 saat

2. Jennifer Simpson (USA) 4:02.76

3. Caster Semenya (RSA) 4:02.90

4. Laura Muir (GBR) 4:02.97

5. Sifa Hassan (NED) 4:03.34

6. Laura Weightman (GBR) 4:04.11

7. Angelika Cichocka (POL) 4:04.16

8. Rababe Arafi (MAR) 4:04.35

9. Meraf Bahta (SWE) 4:04.76

10. Malika Akkaoui (MAR) 4:05.87

Lompat kijang

1. Yulimar Rojas (VEN) 14.91 meter

2. Caterine Ibarguen (COL) 14.88

3. Olga Rypakova (KAZ) 14.77

4. Hanna Knyazyeva-Minenko (ISR) 14.42

5. Krisitn Gierisch (GER) 14.33

6. Anna Jagaciak (POL) 14.25

7. Ana Peleteiro (ESP) 14.23

8. Shaieka Ricketts (JAM) 14.13

Baling tukul besi

1. Anita Wlodarczyk (POL) 77.90 meter

2. Zheng Wang (CHN) 75.98

3. Malwina Kopron (POL) 74.76

4. Wenxiu Zhang (CHN) 74.53

5. Hanna Skydan (AZE) 73.38

6. Joanna Fiodorow (POL) 73.04

7. Sophie Hitchon (GBR) 72.32

8. Katerina Safrankova (CZE) 71.34

AFP

http://www.bharian.com.my/sukan/olahraga/2017/08/309857/keputusan-kejohanan-olahraga-dunia
 
Bolt cedera masa lari 4x100m final sbg pelari terakhir...
Britain juara, USA ke2 & Jepun ke 3..

Bolt terhenjut2 pegang kaki lepas lari 30m.

Nmpak jelas dia x fit dgn starting yg slow tapi masih nak masuk WC sbg Pentas terakhir sebelum bersara...
Tp berakhir dgn kecewa .

Kecederaan lama yg sering ulang2....ramai xtau bolt selalu cedera dlm latihan2 & kejohanan kecil..

Umur 31 masih Muda tapi Terpaksa bersara....

Gatlin umur 35 masih hebat & jarang injured mcm bolt .

Apa2pun usain bolt atlit pecut terhebat sepanjang zaman ..paling Byk menang Emas olimpik & WC.
Rekod dunia & olimpik Dlm 100m & 200m Akan kekal lama ..
 
Bolt cedera masa lari 4x100m final sbg pelari terakhir...
Britain juara, USA ke2 & Jepun ke 3..

Bolt terhenjut2 pegang kaki lepas lari 30m.

Nmpak jelas dia x fit dgn starting yg slow tapi masih nak masuk WC sbg Pentas terakhir sebelum bersara...
Tp berakhir dgn kecewa .

Kecederaan lama yg sering ulang2....ramai xtau bolt selalu cedera dlm latihan2 & kejohanan kecil..

Umur 31 masih Muda tapi Terpaksa bersara....

Gatlin umur 35 masih hebat & jarang injured mcm bolt .

Apa2pun usain bolt atlit pecut terhebat sepanjang zaman ..paling Byk menang Emas olimpik & WC.
Rekod dunia & olimpik Dlm 100m & 200m Akan kekal lama ..

Tak pernah tahu pun abam dia selalu cedera dlm latihan ringan
Kurang fit ke dia ni abam
 
Bolt akhiri karier dengan duka

ATHLETICS-WORLD-2017_45169901_cropped_1502589942.jpg

BRITAIN_IAAF_ATHLETICS_WORLD_CHAMPIONSHIPS_LONDON_2017_45170637_cropped_1502589944.jpg


KARIER gemilang Usain Bolt berakhir dengan kekecewaan apabila dia mengalami kekejangan otot sebagai pelari terakhir acara 4x100m yang dimenangi Britain pada Kejohanan Olahraga Dunia, awal pagi tadi.


Bolt menerima baton ketika Jamaica berada di kedudukan ketiga, namun bagi 50m terakhir pelari pecut tinggi lampai itu tiba-tiba memegang paha kirinya seterusnya berpusing secara somersault sekali gus mengejutkan 60,000 penonton di Stadium London.

Kuartet Britain, Chijindu Ujah, Adam Gemili, Daniel Talbot dan Nethaneel Mitchell-Blake meraih pingat emas dengan masa 37.47 saat manakala Amerika Syarikat yang diketuai Justin Gatlin sekadar memenangi perak 0.05 saat di belakang dan Jepun melakar kejutan apabila merangkul gangsa (38.04).

Doktor pasukan Jamaica, Dr Kevin Jones berkata, Bolt mengalami “kekejangan otot di hamstring kirinya.”

“Namun lebih banyak kekecewaan kerana kalah perlumbaan itu,” ujar Jones.

“Tiga minggu terakhir sukar buatnya. Kami mendoakan yang terbaik untuknya.”

Pelari kedua Jamaica, Julian Forte berkata: “Dia tidak memberitahu kami apa sebenarnya yang berlaku tapi daripada apa yang saya lihat, ia kelihatan seperti kejang otot atau seumpamanya.

“Dia asyik memohon maaf kepada kami tapi kami memberitahunya supaya tidak perlu meminta maaf - kecederaan sebahagian daripada sukan.”

Bolt terlepas peluang dalam usahanya mengekalkan kejuaraan 100m awal minggu ini, tewas kepada Gatlin dan pemenang pingat perak Christian Coleman, yang menjadi pelari terakhir AS awal pagi tadi.


https://www.hmetro.com.my/utama/2017/08/253080/bolt-akhiri-karier-dengan-duka
 
Back
Top
Log in Register