BTC USD 63,672.2 Gold USD 4,504.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Olahraga

masa kejohanan remaja dunia dia lari 100m dgn 47 langkah.... Masa di SUKMA lari 100m dgn 46 langkah ..dah setaraf dgn atlit2 Hebat dunia yg lari 10.0s .

Dgn ketinggian dia, 46 langkah tu mustahil sebenarnya .. Tapi dia boleh sbb kaki yg ringan. Hasil drp latihan yg sesuai.

Watson nyambek Dulu lari 50 langkah masa buat 10.30s..
Tinggi Lebih kurang sama dgn Khairul ...

Potensi masa Depan Khairul Lebih baik..
 
Last edited:
Bakat yang berpotensi besar..
Harap pihak2 tertentu jangan gula2kan dia org ni dgn glamer dan populariti yg berlebihan..
Rosak bakat tu nanti..
 
Tahniah Hafiz! Harap boleh btahan sampai sukan SEA bawak emas. Sukan Asia dan ke atas jauh lagi...tapi tak salah pasang impian.

Tak panas pulak thread ni, padahal rekod baru 100 meter tu...memang olahraga ni sukan yang dah tak hangat untuk rakyat Malaysia kot.

Dh lama sukan olahraga bab sprinter ni x naik sgt
 
tahniah juga buat ratu pecut
Noor Eewan Syafiqah (Perak)
yang memenangi pingat tiga pingat emas 100m, 200m dan 4X100m
 
Tengok kat berita Awani laju betul dia lari...tak slow down sampai lepas finishing...teknik macam Uncle Usain...

Tahniah pemegang rekod baru 100M,M272.Khairul Hafidz bin Jantan...:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 
Last edited:
Bolt tekad hatrik emas

05hmlari1_1470366725.jpg

Rio de Janeiro: Usain Bolt (gambar) berjanji akan mengecewakan pelari pecut Amerika Syarikat Justin Gatlin ketika dia bertekad membolot pingat emas ketiga berturut-turut di Sukan Olimpik Rio de Janeiro

Bolt diberikan pelepasan pemeriksaan perubatan pegawai Jamaica untuk beraksi di Rio selepas mengalami kecederaan hamstring ketika kempen kelayakan Sukan Olimpik dan Gatlin mensia-siakan peluang mengatasi bintang itu

Gatlin berkata, pemenang enam pingat emas Sukan Olimpik itu diberikan pelepasan perubatan untuk beraksi di Rio, tetapi Bolt kemudian membalas yang tuduhan itu akan hanya menaikkan semangatnya untuk mengatasi Gatlin di trek

“Saya rasa mereka tidak belajar sejak beberapa tahun lalu bahawa semakin banyak anda bercakap, semakin tinggi keinginan saya untuk menewaskan anda,” kata Bolt

“Saya tidak sabar untuk turun beraksi. Mereka pasti akan dapat berasakan amarah yang saya simpan selama ini.” lagi

Bolt yang kembali beraksi menerusi acara 200 meter di Diamond League di London bulan lalu, berkata, dia berasakan berada pada tahap terbaik menjelang acara pembukaan pada 13 Ogos berbanding di Kejohanan Dunia di Beijing tahun lalu

“Saya rasa lebih yakin dan lebih selesa sekarang. Saya tidak mahu meletakkan sasaran catatan masa kerana anda tidak tidak tahu apa yang akan berlaku ketika saingan sebenar

“Tetapi saya lebih bersedia. Jadi saya rasa catatan 9.6 saat mungkin boleh dilakukan,” katanya

Masa terpantas dunia dicatatkan Bolt menerusi acara 100m adalah 9.58 saat. Dia mencatatkan 9.79s untuk memenangi Kejohanan Dunia buat kali ketiga di Beijing tahun lalu

Bagi acara pecut 200m pula, Bolt berkata, dia serta jurulatihnya Glen Mills berpuas hati dengan persiapan selama ini selepas melakukan 19.89s di London

“Kami bekerja keras sejak saya berada di sini. Segala-galanya berjalan baik. Saya sangat bersedia dan gembira dengan persediaan kami selama ini,” katanya

“Cuma saya rasa berkarat sikit sebab sudah lama tidak berlari dalam acara 200 meter. Tapi sekarang saya cuba memahami semula segala-galanya dan kembali bekerja keras

“Yang penting selepas ini turun beraksi dan memberikan aksi terbaik,” katanya
 
perghh usain bole .. forever faster.. blom tentu lg bro..
 
Pelari dunia berapa langkah 100meter?

Ikut ketinggian ...
Standard pelari bawah 10s lari 46 Langkah ke bawah.
Contoh ato boldon menang Komanwel 1998 dgn 45 Langkah catat 9.87s
Maurice green menang olimpik 2000 lari 45 Langkah jugak ..
Tinggi hampir sama dgn ato boldon.

Nazmizan yg lebih tinggi sikit lari 46 Langkah catat 10.4s
Watson & Azmi Ibrahim Tinggi sama dgn Khairul tapi lari 50
Langkah catat 10.3s & 10.4s...

Khairul lari 46 Langkah ...10.18s. Walaupun rendah ... Mmg Superb.. Kaki yg cukup ringan.

Usain bolt Tinggi ...lari 40 Langkah je catat 9.58
Gatlin 42 Langkah ..
Diorg paling tinggi
 
Back
Top
Log in Register