BTC USD 62,489.2 Gold USD 4,466.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

OKU tindas OKU

fzlik

Super Active Member
gem
Messages
8,198
Joined
Jun 7, 2010
Messages
8,198
Reaction score
856
Points
111
Sepucuk surat yang didakwa ditandatangani oleh Menteri Muda Pertanian Sarawak Datuk Mong Dagang yang mengarahkan bantuan kerajaan kepada seorang lelaki kurang upaya dihentikan atas tuduhan menyokong pembangkang telah menimbulkan kemarahan warga maya.

‘Surat’ berkenaan dimuat naik di Facebook. Ia dikatakan dari "Menteri Muda Pertanian (Penyelidikan dan Pemasaran), Sarawak" dengan tajuk: "Memberhentikan segala bantuan kerajaan - Encik Frusis Lebi dari Entualang Entawa, Sri Aman".

Surat yang dikatakan ditandatangani oleh Dagang (kiri) itu mengarahkan Penolong Pengarah Jabatan Pertanian Sri Aman supaya semua bentuk bantuan kerajaan untuk Frusis, yang dikenal pasti sebagai orang kurang upaya dalam surat itu, diberhentikan serta-merta.

"Ini adalah kerana beliau menentang dasar kerajaan dan menyokong secara terbuka calon pembangkang pada pilihan raya negeri 2011," petik surat itu.

"Selain itu, beliau juga menyediakan bilik operasi untuk calon pembangkang."

Johnnie B Goode, yang memuat naik salinan surat itu pada Jumaat lalu, menulis di Facebook:

"Arahan tidak berperikemanusiaan dan tanpa malu dari Menteri Muda Pertanian Mong Dagang dari parti pemerintah untuk menamatkan secepat mungkin elaun OKU Encik Frusis Lebi kerana beliau secara terbuka menyokong pembangkang."

Artikelnya itu kemudiannya dikongsi lebih 1,300 pembaca di Facebook dan menerima reaksi negatif dari warga maya yang ternyata berang dengan tindakan berkenaan jika ternyata benar.

“Tidak manis bagi seorang Menteri Muda bertindak demikian terhadap seorang kurang upaya. Amal dan kebajikan tidak patut dicampur dengan urusan politik,” komen Sunny Ng.

"Ini kerja seorang yang gila," komen Simon Ritikos pula.

‘Surat’ bertarikh 8 Disember tahun lalu itu turut memuatkan apa yang didakwa sebagai tandatangan Mong.

Ketika dihubungi oleh Malaysiakini, Mong yang juga ADUN Bukit Begunan enggan mengulas mengenai perkara itu.

"Saya akan mengeluarkan satu kenyataan pada masa yang tepat," katanya.

Beliau juga enggan mengesahkan atapun menafikan sama ada surat itu dikeluarkan oleh dirinya atau pejabatnya.

Pada pilihan raya negeri Sarawak tahun lalu, Mong mengalahkan tiga calon lain - PKR, SUPP dan Bebas - untuk mengekalkan kerusinya.

cea99a3af9154be4f9f46d75e66c0440.jpg​

http://www.malaysiakini.com/news/191003
 
Attachments

  • 74.8 KB Views: 180
Last edited:
Ketika dihubungi oleh Malaysiakini, Mong yang juga ADUN Bukit Begunan enggan mengulas mengenai perkara itu.

"Saya akan mengeluarkan satu kenyataan pada masa yang tepat," katanya.

Beliau juga enggan mengesahkan atapun menafikan sama ada surat itu dikeluarkan oleh dirinya atau pejabatnya.
Takkan dah goyang kot?
 
hahah nmpk sgt bg xikhlas
 
inilah moto sebenar BN "pencacai diutamakan rakyat dahulu disembelihkan"...:)cgrock:)cgrock
 
tu aku pelik sangat tu terutama rakyat sabah dan sarawak bukan indon dan philipine,merempat datang ke kl jadi jaga,sedangkan negeri kaya raya berbanding kelantan...berani nafi wahai pencacai ameno haram_jadah?
 
Aritu masa Nurul Izzah hampir nak kena serang, UMNO/BN ckp, lelaki tu cuma nak protect Nurul Izzah jer. Kali ni ape plak alasannya? 'Kami nak protect OKU jerk?' :-?
 
umno bee end nie makin sampah... harap humban dalam longkang najis next pru...
 
tak dak hati manusia nih.. pasal politik pun nak buat naya kat OKU..
 
Back
Top
Log in Register