BTC USD 96,233.0 Gold USD 2,899.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hina agama: Sekelip mata diisytihar OKU, masalah mental

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
57,748
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
57,748
Reaction score
6,745
Points
881
Awards
1
Hina agama: Sekelip mata diisytihar OKU, masalah mental

AZMI YUSOFNovember 13, 2024

Dato' Ahmad Yahaya
KUALA LUMPUR: Dato’ Ahmad Saad@Yahaya (PN-Pokok Sena) menegaskan keperluan tindakan tegas terhadap penghinaan agama, khususnya apabila pihak yang bertanggungjawab dilindungi dengan pengisytiharan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) atau berhadapan masalah mental.

- Advertisement -
“Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada menteri mengenai deretan isu penghinaan terhadap agama Islam oleh setengah pihak yang kemudiannya mereka dengan sekelip mata akan diisytihar sebagai OKU dan mempunyai masalah mental.

“Isu-isu sebegini bukan kali pertama berlaku malah bukan agama Islam saja dihina secara terbuka bahkan juga raja-raja di negeri yang berdaulat turut dihina oleh setengah pihak.

“Persoalannya, apa reaksi di peringkat menteri yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal agama walaupun menteri boleh mengelak dengan jawapan bahawa isu ini di bawah pemantauan dan tindakan pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Apa tanggungjawab yang dipikul oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selaku agensi yang sepatutnya bertanggungjawab menjaga kesucian agama Islam daripada diperlekehkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya ketika sesi Perbahasan Belanjawan 2025 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Ahmad turut menyoal perkembangan geran RM20,000 kepada sekolah-sekolah agama rakyat serta bantuan RM150 juta bagi penyelenggaraan dan naik taraf prasarana institusi pendidikan Islam seperti pondok tahfiz dan sekolah agama rakyat.

“Apakah perkembangan terkini mengenai pemberian geran tersebut ketika ini, di samping itu, adalah mengenai bantuan geran RM150 juta untuk selenggara dan naik taraf prasarana institusi pendidikan Islam antaranya pondok tahfiz dan sekolah agama rakyat.

“Saya dimaklumkan bahawa penyaluran bantuan ini masih di bawah 50 peratus daripada peruntukan keseluruhan yang dinyatakan dalam belanjawan tahun ini.

“Jadi, mohon menteri menjelaskan angka sebenar peruntukan yang telah disalurkan beserta jumlah penerima daripada institusi-institusi yang ada mengikut negeri masing-masing,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 13/11/2024
 
Back
Top
Log in Register