azraneus
Active+ Member
- Messages
- 3,371
- Joined
- Aug 10, 2006
- Messages
- 3,371
- Reaction score
- 252
- Points
- 46
IPOH – Seorang warga emas maut selepas rumah yang didiami musnah dalam kebakaran di Kampung Selat, Layang Layang Kiri, Parit 55 kilometer dekat sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohd Fakri Che Sulaiman, berkata mangsa Manaf Khalof, 84, yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) ditemui mati di dalam biliknya oleh pasukan bomba selepas kebakaran selesai dipadamkan.
“Kejadian jam 8.50 pagi ketika mangsa tinggal sendirian di rumah tersebut, manakala isteri dan anaknya keluar menjual kuih di pekan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohd Fakri berkata, kejadian disedari oleh jiran mangsa yang kemudian menghubungi pihak bomba.
Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat.
Katanya, siasatan awal kejadian dipercayai berpunca daripada litar pintas, bagaimanapun, pihak bomba masih menyiasat punca sebenar kejadian.Kerugian katanya, dianggarkan bernilai RM60,000.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba Parit, Penguasa Amir Ahmad, berkata pihaknya menerima panggilan kebakaran pada jam 9.10 pagi dan apabila sampai, rumah tersebut yang dibina dengan papan musnah 95 peratus.
Sebuah jentera dengan tujuh anggota bomba mengambil masa setengah jam untuk memadamkan kebakaran tersebut dan menemui mayat mangsa hanya sebahagian badannya terbakar di dalam bilik tidurnya dalam keadaan terbaring. – BERNAMA