ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
BAGAN SERAI - Seorang remaja orang kurang upaya (OKU) ditemui lemas di dalam parit di Kampung Parit Haji Taib, di sini setelah dipercayai diserang sawan ketika sedang berjalan di tepi parit itu dalam kejadian antara jam 9 hingga 9.30 pagi, semalam.
Bapa mangsa, Anuar Ramli, 47, berkata, dia dimaklumkan anaknya, Muhammad Syafiq, 16, keluar dari rumah untuk bersiar-siar di tepi parit berdekatan rumahnya.
Menurutnya, mangsa yang bersekolah pendidikan khas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matang Buluh, di sini tidak ke sekolah pada hari kejadian berikutan diserang sawan sebanyak dua kali pada malam, kelmarin.
"Isteri Zurita Md Zin, 42, beritahu, Muhammad Syafiq keluar rumah selepas bangun tidur dan berjalan di tepi parit, namun setelah lebih 15 minit dia tidak pulang, isteri bersama jiran segera mencarinya.
"Hampir 15 minit mencari, jirannya, Tajuddin Muhyidin, 47, ternampak selipar milik Muhammad Syafiq terapung di permukaan parit yang terletak berdekatan rumahnya dan segera terjun ke dalam parit itu untuk mencari Muhammad Syafiq.
"Akhirnya, jiran saya berjaya menemui Muhammad Syafiq dan segera membawanya ke tebing parit," katanya semasa ditemui media di pekarangan Bilik Forensik Hospital Parit Buntar, di sini semalam.
Sementara itu, Tajuddin ketika ditemui berkata, ketika menemui Muhammad Syafiq di dalam parit itu, didapati dia sudah tidak bernafas.
"Keadaan tubuhnya juga kejang, dipercayai akibat penyakit sawan," katanya.
Dalam pada itu, Anuar turut menyatakan kesedihan di atas kehilangan anak kedua daripada empat beradik itu dan memberitahu arwah baharu menerima kunjungan delegasi daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak(Maipk) yang hadir ke rumahnya untuk menyalurkan bantuan petang kelmarin.
Menurutnya, dia sekeluarga tidak pernah menyangka kejadian sebegini berlaku memandangkan arwah tidak menunjukkan kelakuan pelik sebelum in.
"Kami sekeluarga reda dengan pemergian arwah dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Tinggi, Jalan Banjar di sini," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Menurutnya, laporan diterima daripada Hospital Parit Buntar mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat lemas.