BTC USD 84,066.8 Gold USD 4,135.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

OKT Mati Dalam Lokap

lyela tau dah mengadap pun kena jugak sebab memang bawah tanggungjawab dorang pun jaga okt lokap memang kena bagi statement jugak. Just keliru turn tula, tunggu koroner dulu ke terus panggil mengadap. Kalo tunggu result coroner sampai kot coroner kata semulajadi, serangan jantung ke, takdela pegi mengadap dalam keadaan prejudis. Kalo result coroner takde lagi, dah pegi mengadap sah2 la macam prejudis sebab taktau ujung pangkal sebab kematian lagi.
Kena siasatan jgk....memang leceh bang klau ada kes mcm nie....kt yg xtau apa pun kena panggil jgk sebab bertugas Ms kejadian....camtulah kisahnya....
 
Rasa gengster, kat dalam baru tau siapa gengster.

Harap bukan india la. Tetiba lawyer ramai nnt
 
kalau mati disebabkan penyakit mungkin ok sikit... tapi kalau ada kesan kesan pukulan memang masakla
 

Henti spekulasi, tahanan dalam lokap mati akibat strok​

18 Januari 2023 06:52pm

2061930.jpg


Laporan Sinar Harian.


JOHOR BAHRU - Punca kematian tahanan lelaki tempatan dalam lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, Larkin di sini pada Rabu lalu akibat diserang strok.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, perkara tersebut sudah disahkan pihak Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini yang menjalankan bedah siasat terhadap lelaki berkenaan.

"Jadi kita minta orang ramai menghentikan spekulasi berkenaan perkara ini. Setakat ini, siasatan masih dijalankan Unit Jabatan dan Siasatan Jenayah Dalam Tahanan (USJKT) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman.

"Siasatan kes ini akan mengambil masa kira-kira dua hingga tiga bulan. Kita akan beri kerjasama sepenuhnya bagi membantu siasatan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Op Selamat 19/2023 Kempen Rumah Selamat sempena Tahun Baharu Cina di pekarangan Pasar Borong Pandan di sini pada Rabu.

Hadir sama, Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse.

Pada Rabu lalu, tahanan lelaki berkenaan, 47, meninggal dunia dalam lokap di IPD Johor Bahru Selatan sementara menunggu untuk dituduh di mahkamah pada hari berkenaan.

Raub dilaporkan berkata, sebelum itu lelaki berkenaan mengadu sakit dan muntah-muntah pada jam 6.20 pagi Rabu sebelum orang kena tahan (OKT) berkenaan dibawa ke Klinik Kesihatan Larkin untuk menerima rawatan pada jam 7.45 pagi.

Bagaimanapun katanya, pegawai perubatan yang memberi rawatan kemudian telah mengesahkan kematian OKT pada jam 8.30 pagi dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, IPD Johor Bahru Selatan berjaya mengutip RM223,000 menerusi kempen bayar saman yang memberikan potongan 50 peratus dari Sabtu hingga Isnin.

Raub memberitahu, pada hari pertama kempen berkenaan pihaknya mengutip RM85,000 manakala pada hari kedua RM79,000 sementara hari ketiga pula RM59,000.


 
Back
Top
Log in Register