BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

OIC derma RM1.05 bilion

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
lu_01.1.jpg

Hamdi Abdirgant, 20, bersama dua anaknya iaitu Bache, 3, (kiri) dan Fatuma, 4, di klinik Bulan Sabit Merah di Harfo, Puntland di Somalia, semalam. – REUTERS



ISTANBUL 18 Ogos – Negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) semalam menjanjikan sumbangan AS$350 juta (RM1.05 bilion) untuk mangsa kebuluran di Somalia dan jiran-jirannya di timur laut Afrika manakala Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meminta bantuan kewangan tambahan berjumlah AS$1.2 bilion (RM3.6 bilion).

Setiausaha Agung OIC, Ekmeleddin Ihsanoglu berkata, jumlah AS$350 juta itu tidak mencapai matlamat AS$500 juta (RM1.5 bilion) yang disasarkan oleh OIC.

Namun selepas mesyuarat tergempar di sini semalam, Ihsanoglu berkata, beliau masih berharap angka sasaran itu dapat dicapai menerusi sumbangan akan datang.

Peserta dalam mesyuarat itu bersetuju untuk mewujudkan satu ‘mekanisme jaminan makanan’ bagi mencegah krisis sedemikian daripada berulang pada masa depan, kata Pengerusi OIC, Menteri Luar Kazakhstan, Yerzhan Khazykhanov.

Dalam ucapan pembukaannya, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan menggesa negara-negara kaya di Barat dan dunia Islam menghulurkan bantuan kepada Somalia, kerana mereka turut bertanggungjawab terhadap krisis itu kerana selama ini tidak menghiraukan kemiskinan di negara tersebut.

“Islam mengajar kita, kita tidak tidur dengan perut kenyang sedangkan jiran kita kelaparan.

“Sekiranya kita telah menunaikan tanggungjawab kita, adakah negara saudara kita Somalia akan berada dalam situasinya sekarang?” kata Erdogan.

Di New York, ketua agensi kemanusiaan PBB, Valerie Amos yang baru pulang dari Somalia dan Kenya mengucapkan terima kasih kepada penderma yang sudah pun menyumbangkan sejumlah AS$1.3 bilion (RM3.9 bilion) tetapi katanya, PBB memerlukan hampir sekali ganda jumlah tersebut.

“Kami perlu menyalurkan lebih banyak bekalan makanan dan pemakanan, air, peralatan kebersihan dan rawatan perubatan kepada mereka yang amat memerlukannya.

“Kami menghadapi krisis kebuluran yang masih merebak di Somalia dan dengan tahap penderitaan yang begitu meluas, segala usaha perlu dilakukan dan diteruskan pada bulan-bulan akan datang,” kata Amos.

Atas sebab itu, PBB meminta bantuan tambahan AS$1.2 bilion (RM3.6 bilion) kerana banyak lagi nyawa yang perlu diselamatkan di timur laut Afrika, katanya. – Agensi
 
aku tak percaya langsung dengan PBB... Abis di songlap duit tu nanti.. celaka tol..
 
untung betul orang Turki ada PM mcm Erdogan,
jauh betul kalau nak dibandingkan dengan PM Malaysia.
u tolong i , i tolong u.
 
PBB gunakan duit tu bukan utk bantuan kemanusiaan tapi utk bantuan keganasan
 
hanto kot pbb... byk tol la kena bayo..
 
tidak sempurna iman jika tidur dalam kekenyangan
sedang jiran tetanggamu menangis kerana kelaparan....
 
ish ish apasal nak kena thru PBB? OIC x boleh setup team pastu pantau duit sendiri ker? PBB tuh dah la di dominate oleh kafir laknatullah .. tah2 separuh duit tuh hilang buat bayar operasi ketenteraan kat negara Islam .. tak paham aku dgn perangai pemimpin OIC nih ..
 
mengarut betul kalau bg kat pbb ni. adusss.. abes la duit tu nnt ni.
 
kalau nk derma baik derma makanan atau dlm bentuk barang terus..kalau duit ada kebarangkalian tak sampai kpd golongan sasaran..
 
Back
Top
Log in Register