BTC USD 82,838.8 Gold USD 4,171.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ODASB -> Basic Investment -> Metal Investment -> Chart Study

salam otai2 sekalian...kalo kes camni plak, abu bergaji 2800,ade hutang kad kredit rm5k,keta n personal loan..masih ader ruang lagi x untuk od

PL 770
kereta 614
CC 5k (sbulan brape?)
pendapatan = belanja+hutang atau pendapatan kurang dari belanja+utang??

sebelum mula bertanya..saya harap (diulang - saya harap...)selaklah muka 1 tu dan refer kes anda dengan kes contoh tu. Kes contoh tu dibuat dengan majoriti dari kita berada dalam situasi kewangan begitu...

kes 1 - en murad (pendapatan > perbelanjaan, nak rempit OD)
kes 2 - en mahmud (pendapatan = perbelanjaan, nak selesaikan utang keliling pinggang
kes 3 - en Hamid (baru masuk kerja! - cadangan utk mengelak kena penyakit hutang abang kakak seperti kita ni)

jadi..bandingkan dahulu....kalau tak boleh nampak jalan penyelesaian, baru la letak detail serba sedikit disini....case study tu,kalau anda bijak sifir 1x1, tinggal tukar nombornya sahaja kepada nombor dan angka-angka kewangan peribadi anda :)cgrock

tapi no problem punye....sila-sila, tanya lah..kami boleh memberi idea yg ada (bernas atau tidak, timbang-timbang yg empunya nombor tu lah hehe)
 
Sufian adi - sila rujuk kepada kes En Mahmud kita - kes anda sebijik je macam dia tu....sila ambil step by step dia dan buat tiap tiap bulan.

tapi sebaiknya - pergilah mengaji ilmu OD ni dengan cikgu-cikgu OD di thread kelas OD. Mereka sangat sporting dan ramah juga!
 
Sama - sama kita sedekahkan Al-Fathihah utk Ustaz Asri Ibrahim, yang meninggal dunia pada 13/8/09.
Al-Fatihah
 
Hot!

Kadar pengangguran domestik kemungkinan meningkat kepada 4.5 peratus menjelang akhir tahun daripada 3.7 peratus pada tahun lepas, kata timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri.

"Bagi kita, ini merupakan satu angka yang tinggi dan kita tidak pernah mencecah angka yang tinggi sebelum ini.

"Pada waktu yang sama, kita sedang berusaha mengurangkan kadar pengangguran ini," kata Datuk Mukhriz Mahathir kepada pemberita selepas melancarkan Cabaran "Internship" Negara ketiga di Petaling Jaya hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, kebanyakan kilang yang dahulunya telah memberhentikan pekerja, sekarang ini mula mengambil semula pekerja lama kerana menerima banyak pesanan dari pelanggan.

Sehingga 7 Julai lalu, Mukhriz berkata perangkaan yang dikumpul oleh
Kementerian Sumber Manusia menunjukkan angka terkumpul 38,732 pekerja telah diberhentikan berikutan keadaan krisis ekonomi sekarang ini.

Daripada angka itu, katanya, 29,712 orang diberhentikan manakala 9,020 menerima pemberhentian sukarela.

Selain itu, 40,662 pekerja menerima potongan gaji dan 4,112 pekerja
diberhentikan sementara.

Sebelum itu, semasa berucap, Mukhriz berkata walau pun langkah mengecilkan bilangan pekerja semasa kemelesetan ekonomi sekarang ini tidak seburuk semasa krisis kewangan Asia 1997/98 apabila 84,000 pekerja kehilangan pekerjaan masing-masing, ia masih agak rendah di rantau ini tetapi ia masih membimbangkan.

"Kita perlu melakukan sesuatu dengan menggunakan tindakan kreatif bagi meminimumkan kesan krisis sekarang ini," katanya.

Katanya, kementeriannya melalui Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) akan bekerjasama dengan Jobmarket Sdn Bhd dan Basis Holdings sdn Bhd bagi menyediakan latihan kepada graduan dan siswazah yang ingin menjadi usahawan selepas tamat pengajian masing-masing.

Program itu dilaksanakan dengan kerjasama Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia, Universiti Teknolohi Mara dan Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Bank).

Beliau berkata peserta skim ini diwajibkan menghadiri Latihan Asas
Keusahawanan bagi melayakkan mereka mendapat kemudahan pinjaman melalui Tabung Usahawan Siswazah (TUS) di bawah pengendalian SME Bank.

TUS menyediakan pembiayaan 90 peratus bagi pinjaman kurang dari RM100,000 dan sehingga 95 peratus bagi pinjaman melebihi RM100,000 daripada jumlah keseluruhan kos projek untuk membiayai modal kerja atau harta tetap atau kedua-duanya, katanya.

Sementara itu, 5.0 peratus hingga 10 peratus lagi perlu disediakan oleh peminjam dan jumlah pinjaman TUS yang dibenarkan adalah antara RM20,000 hingga RM250,000.

Mulai tahun ini, INSKEN juga berhasrat untuk melaksanakan program Latihan Asas Keusahawanan Siswazah ini berdasarkan beberapa kelompok perniagaan yang telah dikenal pasti mempunyai potensi yang benar untuk diketengahkan. BERNAMA

sebab tu penting ada simpanan utk hari mendung :)cgrock
tak kira kerja makan gaji / usahawan kerja sendiri / fx trader atau sape saje...

"menyimpan semasa ada..berdikit masa sempit!":">
 
Renungan dari Kisah Nabi Yusuf:

Suatu hari, raja berkata, “Aku bermimpi tujuh ekor sapi betina yang gemuk, dimakan oleh tujuh ekor sapi betina yang kurus; dan tujuh tangkai yang hijau, dan tujuh tangkai lain yang kering. Wahai para pembesar, terangkanlah padaku tentang arti mimpiku.”

Setelah bertemu Yusuf, ia bertanya,”Wahai Yusuf orang yang benar, terangkanlah kepada kami tentang tujuh ekor sapi betina yang gemuk, yang dimakan oleh tujuh ekor sapi betina yang kurus, dan tujuh tangkai yang hijau, dan tujuh tangkai lain yang kering, supaya aku kembali kepada mereka (raja dan para pembesar mesir tadi) agar mereka mengetahuinya.”

Yusuf berkata, “Kamu bercocok tanam tujuh tahun sebagaimana biasa; maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan pada tangkainya, kecuali sedikit daripadanya untuk kamu makan. Kemudian setelah itu, akan datang tujuh tahun yang amat sulit menghabiskan apa yang kamu sediakan itu kecuali sedikit yang kamu simpan. Kemudian sesudah itu akan datang tahun yang padanya manusia diberi hujan, dan dimasa itu mereka memeras buah-buahan.
”


Kesimpulan :
Menabunglah dari sekarang...seperti pesanan Bro Bujal iaitu
sebab tu penting ada simpanan utk hari mendung
 
haha,
kita dah masuk kes no.3 - tak lah berat sangat - dan boleh jadi panduan utk yg baru masuk ke alam pekerjaan. Saya harap kawan kawan boleh kasi idea dan cadangan kepada si Hamid, supaya tak tergelincir ke dalam kancah hutang.

Kes En Hamid
baru mula bekerja - jr engineer katanya
umur - 23-24 (baru keluar U tempatan)
Gaji yg ditawarkan - Rm2500
awek - masih mencari (walaupun dia kata single but not available )

jadi bagaimana yg sebaiknya utk siHamid baru bekerja - utk tidak jatuh ke lembah utang yg tak pernah habis abis.... lets list down our own experience for him guys/gals....yes you can(macam Bob the builder lah plak)

satu je dari aku kalo orang masuk keja..cuba amalkan..dapat duit gaji pergilah menyimpan dulu...jgn belanja dulu..sbb kalo belanja dulu ko akan nampak duit jadi ckit..alih2 ko tak akan menyimpan sbb ko rasa kalo ko nak menyimpan..duit ko d tangan akan jadi ckit... :)
 
sebab tu penting ada simpanan utk hari mendung :)cgrock
tak kira kerja makan gaji / usahawan kerja sendiri / fx trader atau sape saje...

"menyimpan semasa ada..berdikit masa sempit!":">

Alamak, ana termasuk dalam golongan 9010 tu .. Insya Allah, 24hb keluarlah ...

Yang penting, setiap tabungan kita adalah untuk hari hujan .. Paling minimum simpanan yang harus diketepikan adalah 10% dari pendapatan kasar (sebelum cukai/EPF), kalau ada lebih lagi bagus ... kalau nak simpan sampai 50% tu saya rasa extreme sangat. Kalau nak dikira mereka yang bergaji kasar katakan RM3000, gaji bersih dalam lingkungan RM2600. Ditolak perbelanjaan wajib seperti makan, orang tua, minyak motor, duit api, air, sewa bilik, insurans peribadi dan sebagainya berkemungkinan adalah lebih RM500-RM600. Kalau tak percaya, kamu buatlah pengiraan perbelanjaan..

Jangan terlalu ketat mengawal perbelanjaan sebaliknya belanja dengan berhemah. Saya hanya makan gaji tanpa ada wang sampingan :-? , alhamdulillah, dengan kawalan kewangan yang betul, kita masih lagi boleh berbelanja, bercuti dgn keluarga, memberikan pendidikan tambahan, pelaburan bertambah dan sebagainya.

Apa yang saya lihat kebanyakan muda-mudi terutamanya yang baru graduate mengamalkan kehidupan yang di luar kemampuan. Ianya amat menakutkan sekiranya dilihat dari laporan bank negara tidak lama dulu yang mengatakan mereka ini dikelilingi hutang kad kredit. Golongan ini adalah no.2 paling ramai muflis (no.1 adalah 2nd hand car dealer).

Saya membaca mengenai pendapatan yang ditulis oleh beberapa forummers, di situlah saya 11 tahun yang lepas. Kamu semua amat beruntung kerana tools yang ada sekarang, tidak dihebahkan zaman saya dulu. Kita sebenarnya bermula dari 0-0 pada tahap ini.

Renung-renungkan dan Selamat Beramal ...:)paid

Tahniah sahabatku Bujal..
 
Salam

Pesan saya kepada En Hamid,

1. Agar menahan nafsu muda dari membeli kereta. Gunakan sahaja kemudahaan awam yang ada atau gunakan ajer motosikal yang digunakan di U dahulu. Kalau dah tak boleh sangat beli jer yang didlm kemampuan kewangan En Hamid. (Yelah mana tahan tengok kawan2 seU menayang kereta...biarkan ajer lagak mereka..pasti mereka perik kewangannya).

2. Kumpulkan dana dalam ASB..bila rasa dah cukup dan sihat untuk dijadikan cagaran OD..Lakukan. Disini baru gunakan konsep 'Duit Org Lain"..dan tambahkan pendapatan pasif..(hartanah, emas dan sbgnya)...Janganler pulak masuk skim cepat kaya atau yang pelik2..

3. Jangan memboros dan lagak dengan Kad Kredit...joly sana swipe sini..(Skrg sapa2 pun boleh dapat kad kredit..). Wajib ader satu untuk kecemasan dan dijadikan konsep "duit org lain"..sebab ader masa merewang 21hari..

4. Andai katalah...Emak dah suruh kawin dengan pilihan hati emak..gunakan duit OD untuk dibuat hantaran..Jangan pulak buat Personal Loan (PL)..susah nanti...(belanja kawin sekrang pun kasor juga)..

Jadikan iktibar dari Otai-otai didalam thread nie sebagai pengajaran dan sempadan..

'Kalaulah dahulu, den dah tahu mengenai Financial Tool yang boleh dimanipulate seperti skrg...kan ker senang..eheheh..Insyaallah yang lepas biarkan berlalu..dan yang akan datang harus diperbaiki dan diperbaiki lagi..Kita harus sentiasa belajar dan belajar sehingga nafas terakhir.

terima kasih
bye n salam
:)cgrock
 
Last edited:
Alamak, ana termasuk dalam golongan 9010 tu .. Insya Allah, 24hb keluarlah ...

Yang penting, setiap tabungan kita adalah untuk hari hujan .. Paling minimum simpanan yang harus diketepikan adalah 10% dari pendapatan kasar (sebelum cukai/EPF), kalau ada lebih lagi bagus ... kalau nak simpan sampai 50% tu saya rasa extreme sangat. Kalau nak dikira mereka yang bergaji kasar katakan RM3000, gaji bersih dalam lingkungan RM2600. Ditolak perbelanjaan wajib seperti makan, orang tua, minyak motor, duit api, air, sewa bilik, insurans peribadi dan sebagainya berkemungkinan adalah lebih RM500-RM600. Kalau tak percaya, kamu buatlah pengiraan perbelanjaan..

Jangan terlalu ketat mengawal perbelanjaan sebaliknya belanja dengan berhemah. Saya hanya makan gaji tanpa ada wang sampingan :-? , alhamdulillah, dengan kawalan kewangan yang betul, kita masih lagi boleh berbelanja, bercuti dgn keluarga, memberikan pendidikan tambahan, pelaburan bertambah dan sebagainya.

Apa yang saya lihat kebanyakan muda-mudi terutamanya yang baru graduate mengamalkan kehidupan yang di luar kemampuan. Ianya amat menakutkan sekiranya dilihat dari laporan bank negara tidak lama dulu yang mengatakan mereka ini dikelilingi hutang kad kredit. Golongan ini adalah no.2 paling ramai muflis (no.1 adalah 2nd hand car dealer).

Saya membaca mengenai pendapatan yang ditulis oleh beberapa forummers, di situlah saya 11 tahun yang lepas. Kamu semua amat beruntung kerana tools yang ada sekarang, tidak dihebahkan zaman saya dulu. Kita sebenarnya bermula dari 0-0 pada tahap ini.

Renung-renungkan dan Selamat Beramal ...:)paid

Tahniah sahabatku Bujal..

hehe, kalau dulu thn 2002 (tahun den masuk alam kerja) - dah tau tool OD ni....skarang ni MUNGKIN kereta free,rumah free semuaaa pakai OPM....
den ni kiro nasib baik je dapat cikgu-cikgu tua dikeliling den yg tanpa disuruh, mengajar den+ nasihat nasihat supaya menyimpan masa ada....(err...mak den ialah role model menabung yg paling den kagum....suri rumah je, kerja jadi babysitter...amalan menabung dia hehe..perghhhhh, malu anak anak...)

so, kpd yg baru mengenal alam kerja, baru pegang duit sendiri...ambil lah kisah kisah di dalam ni sebagai teladan dan panduan....

dan sampai sampaikan pesan pesan ni kepada kawan kawan yer...tak de rugi orang kita sama sama senang....lebih mudah kita membantu yg memerlukan nanti.

Perbincangan thread diteruskan!:)cgrock
 
Back
Top
Log in Register