BTC USD 83,589.8 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ODASB -> Basic Investment -> Metal Investment -> Chart Study

seronok baca thread ni..karma utk TT dan semua cikgu2/rakan2 yang sudi berkongsi idea2 bernas.

salam guys ..nak tanya skit..

katakanlah skrg sy ada 27K...apa yang perlu saya buat utk menjana 27K tu menjadi sejumlah amaun..bukan nak jadi jutawan.tp nk jd financial free pada masa hadapan..

utk pengetahuan semua saya takde ape2 loan,kredit kad,hutang2,kiranya sekarang ni free dari sebarang hutang piutang..cume perbelanjaan harian je

btw utk info sy di brisbane aus dan akan pulang ke msia pd awal thn depan.

kt sini sy generate income dgn bekerja..so nett salary dalam 1.5K lepas tolak perbelanjaan..dan sejumlah dari gaji tu sy transfer ke akaun di msia..jumlah dia tak fix..ikut suke je nak transfer...

so harap2 kiranya cikgu2/rakan disini sudi memberikan idea bagaimana utk sy menjana 27K tu menjadi sejumlah amaun pada masa hadapan....

ini yg saya suka, jejaka suci... tiada hutang daa....
sebelum terlupa, I wish u wellcome back to Malaysia...

ini sama dgn kes En Murad yg terus dapat generate income, kerana tiada hutang... boleh rujuk page 1 bro...

jika sekarang RM27K atau hampir2 RM27K tu dapat dimasukkan dalam akaun ASB, januari 2010 sudah ada dividen + bonus utk tahun ini, menjelang tahun depan mungkin jumlah itu akan bertambah lagi, RM27K boleh dapat OD RHB RM25K, labur RM24K(OD) + RM27K(sijil) = RM51,000 x 8%(div) = RM4080 awal tahun berikutnya
 
tq bro bujal..ok ni sy elaborate sikit lg.
PL 13K tu sy dh masuk dlm asb & dh tukar dlm cert. sy guna cash RM1K, balance RM12K sy buat OD pas dh tukar ke cert.
ASB loan RM15K tu, alhamdulillah so far ada cukup duit nk byar monthly, <Rm200 per mth.

So, sy fikir nk guna OD tu tambahkan asb & byr personal loan.
Cuma nk tnya camner nak pusing2. Janji asb tambah, loan berkurang. :-?

ooo... camtu... baru terangg...
ASB loan RM15K - pelaburan untuk masa depan

PL RM13K - RM1K belanja kawan2, RM12K masih dlm ASB
sijilkan RM12K, bawa ke RHB utk 95% OD
OD RM11,400, keluarkan RM10K labur dlm ASB, RM1.4K back-up jika int OD naik atau div ASB turun
Jumlah ASB RM12K(sijil) + RM10K(OD) = RM22K
Int OD RM10K x 5.55% = RM555 (RM46.25 sebulan)

Bayaran bulanan ASB loan RM15K + PL RM13K + RM50(intOD)
Jumlah bayaran bulan ASB loan dan PL sudah fix, tak dapat elak...
OD boleh bayar int sahaja, jika bayaran tahun pertama membebankan, jika OK bayar principal sekali...
Tahun berikutnya, sebahagian dari pembayaran hasil dari div tahun sebelumnya...

Jumlah ASB: ASB loan RM15K + PL RM12K + OD RM10K = RM37K
Dividen 8% x RM37K = RM2960 (RM246.65 sebulan)
 
Terima kasih Cdan, banyak membantu dengan kiraan kiraan.(rajin benor demo mengira :D)

haaa...yg jejaka duduk di Australia tu....ni hanya cadangan saya sajalah (orang merantau orang beruntung!)
1. duduk kat Australia 1-2 tahun lagi. Kumpul wang disana, bawak balik ke Malaysia.Mengikut cakap cikgu tua saya, semasa saya muda muda dahulu...kumpul duit sampai 100K, n nanti ko tengok...duit tu lajuuuuu je dia beranak(itu yg saya praktik dulu dulu). Kenapa saya suruh duduk disana dulu?
a) sbab apa yg ko kerjakan disana = dengan apa yg ko kerja kan disini.

b) di sana ko dibayar gaji 2-3x ganda dari disini walaupun kerja disana cuma sapu sampah tepi jalan/jual mcdonald (kat sini kerja yg sama jugak kan)

c) Bina asas yg kukuh (kewangan) - lepas 1-2 tahun, insya Allah dah kukuh...lepas tu, pulanglah ke Malaysia dan bantu Malaysia pula. Takkan sama bumi orang dan bumi kita. mereka ada kanggaroo, kita ada durian dan tempoyak yop!....cuma, kumpul duit disana laksana mat bangla yg kumpul duit di malaysia, dan balik ke negara mereka jadi kaya.:D

p/s - yop, demo dah balik dari australia nanti...kalau dalam akaun asb tu dah ada 200k, yop buat bisnes jual goreng pisang tepi jalan pun hati tenang je...utang takde, back up kat belakang pun dah power.
- sementara kat australia tu - baik lah merasa pakai kereta power2x sbab murah (compare dengan duit dia lah...):D
 
Kisah si perantau..

Benar lah kata orang, orang merantau orang beruntung!

di negara kita - USD1 = RM3.6 ; 1GBP=RM6 ; 1Euro=RM5
kalau di Malaysia, kita kerja McDonald dibayar Rm4-6/jam..disana kita dibayar nombor yg sama....bezanya USD/GBP/Euro sahaja...

kalau rasa hidup diMalaysia susah nak cari makan, hutang keliling pinggang, mulalah berfikir utk merantau. Jangan takut utk merantau..kerana yg sukar ditempat orang cumalah 3 bulan awal sahaja...the rest is history.

kumpul lah dana utk diri sendiri barang 2-4 tahun dinegeri orang, dan pulanglah semula kenegara sendiri - bina kekayaan di tempat anda.

kenapa merantau ni beruntung? - kerana bila kita ditempat yg asing bagi kita...otak secara sendirinya akan melakukan tugas dia...mengatakan yg kita ni tak biasa tempat ni, kena buat yg terbaik utk diri kita utk kelangsungan hidup...camner nak survive etc....secara tak langsung..kita jadi kreatif, dan perlu kerja keras utk teruskan survival hidup. - sbab tu kita tengok mat bangla. mat indon kerja rajin disini + mereka dapat gaji yg besar nilainya dibanding dengan matawang dinegara mereka...dah nampak tak? boleh emulate dalam diri kita tak? BOLEH punya!..

ilmu,iman, akal, perlu utk kita merantau. Hang Tuah merantau dari tanah jawa ke Tanah Melayu selepas ada ilmu di dada!

p/s - ini yg saya nampak lah.Tapi ini tidak lah bermakna duduk n kerja di Malaysia ni tak beruntung! Yg penting,usaha dan kemahuan. Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. amacam, setuju?
 
Last edited:
Terima kasih semua

Rasa seronok bila kawan kawan sama sama tolong kawan kawan.

Ucapan saya utk yg memberi idea, TERIMA KASIH.
Utk yg berkongsi masalah, juga TERIMA KASIH!.

"How they get the great result/achievement in their life - via experience; where the experience come from? - Bad result/achievement!"
semua orang akan melalui menda ni utk mendapatkan kejayaan cemerlang, tak kira lah bad result dia tu betul betul bad sampai boleh mad....atau dia cepat sedar bad result dia dan buat lesson learnt(jadikan sempadan!):D

kita sama sama lah yer....kita teruskan usaha ini - bijak kewangan.

Nanti senang-senang, kalau ada kesempatan n ruang - kita boleh bukak kelas bijak wang + kelas fx skali. 2 dalam 1. tapi ni semua KALAU je tau...jgn la berharap....:))
 
Kes No.3 - En Hamid baru bekerja!

haha,
kita dah masuk kes no.3 - tak lah berat sangat - dan boleh jadi panduan utk yg baru masuk ke alam pekerjaan. Saya harap kawan kawan boleh kasi idea dan cadangan kepada si Hamid, supaya tak tergelincir ke dalam kancah hutang.

Kes En Hamid
baru mula bekerja - jr engineer katanya
umur - 23-24 (baru keluar U tempatan)
Gaji yg ditawarkan - Rm2500
awek - masih mencari (walaupun dia kata single but not available )

jadi bagaimana yg sebaiknya utk siHamid baru bekerja - utk tidak jatuh ke lembah utang yg tak pernah habis abis.... lets list down our own experience for him guys/gals....yes you can(macam Bob the builder lah plak)
 
Last edited:
haha,
kita dah masuk kes no.3 - tak lah berat sangat - dan boleh jadi panduan utk yg baru masuk ke alam pekerjaan. Saya harap kawan kawan boleh kasi idea dan cadangan kepada si Hamid, supaya tak tergelincir ke dalam kancah hutang.

Kes En Hamid
baru mula bekerja - jr engineer katanya
umur - 23-24 (baru keluar U tempatan)
Gaji yg ditawarkan - Rm2500
awek - masih mencari (walaupun dia kata single but not available:(( )

jadi bagaimana yg sebaiknya utk siHamid baru bekerja - utk tidak jatuh ke lembah utang yg tak pernah habis abis.... lets list down our own experience for him guys/gals....yes you can(macam Bob the builder lah plak:)))

ni pendapat peribadi saya.
1. sebaiknya utk yg hijau muda macam en Hamid - baru masuk bekerja - Simpan sebanyak yg boleh e.g - 20-50% daripada gaji bersih.
2. Mula merancang duit/perbelanjaan berdasarkan gaji yg tinggal selepas simpan kedalam akaun e.g ASB.
3. Tidak tinggal di rumah yg sewanya melampau sangat dan tidak lah teruk sangat condition rumah tu (alah..orang bujang dapat 1 bilik yg baik sewa dalam 150-180 sebulan cantik dahhhh)
4. Kalau nak ke tempat kerja boleh naik public transport - gunakan. Kalau nak kenderaan, motor adalah kenderaan yg baik juga (tak perlu kereta kalau tak begitu memerlukan!) - biasanya kereta ni utk yg baru bekerja - lebih kepada MAHU dari PERLU ! :">

5. Bila dah ada simpanan etc...kalau nak beli rumah, dipersilakan - sementara tak kawin lagi...boleh sewakan bilik bilik yg kosong kepada kawan kawan (cehh..kawan kawan yg bayar ansuran rumah) - kalau digabung dengan pinjaman flexible loan rumah..5-6 tahun dah selesai pinjaman....wahhhhh Hamid kita dah ada rumah sendiri di usia muda (itu pun kalau Hamid terbaca dan ambil iktibar apa yg ditulis didalam thread ni! :)))
6. Elakkan Rokok (membazir), elak lepak kedai mamak hari hari (boleh save RM10 sehari kalau tak lepak situ),elak dari lepak kat starback dan seangkatan dengannya....skali sbulan or skali setiap 2 minggu ok lah...nak juga bersosial dengan kawan kawan kan....
7. Rajin rajin bersenam di taman etc (mana lah tau tengah tengah joging jumpa si dia idaman hati...boleh mintak no phone...)
8. Sentiasa dekatkan diri dengan masjid / majlis ilmu etc...lebih manfaat dari duduk kat starbak.
9. belajar masak sendiri....ni boleh save banyak woooooo(makan kat luar - makan malam boleh jejak RM10 skali makan.
10. cari lah 1 aktiviti yg boleh jadi hobi korang dan masa yg sama...boleh ada pendapatan samping sampingan...ehemmmm buat hobi jual buah/jual burger kat tepi jalan juga meningkatkan peluang Hamid nak jumpa si idaman hati + dapat duit poket juga..(jual MLM produk susah nak cari awek sbab awek slalu lari kalau nampak korang hehe...)

item no.6 dan 8 ni memangggg lah payah nak dibuat oleh orang bujang lelaki terutamaya....
kawan kawan yg lain..boleh la kasi idea idea bernas lain keh.... nantikan pulak nanti kes kes nak merempit yg sememang nya di nanti nanti kan......
e.g - jual beli emas, jual beli rumah, jual beli tanah, dan sebagainya - dengan OD sebagai medium.

P/s -itu lah untungnya kalau kita berdikit dikit dahulu, bersenang senang kemudian.....semoga kita dikurnia tuhan kebijaksanaan - bukan utk jadi scammer, tapi hadir utk membantu walau sekelumit cuma..(walaupun kadang kadang bantuan dikenakan bayaran - demmmm we're in the world where there is nothing for free - even CG ni berapa agaknya owner dia bayar utk maintain up server all the time)
 
Last edited:
teruja..exited..dan amat teruja skali lg..semua cikgu2 di sini amat sporting dan tdk lokek ilmu...sya amat berbesar ht seandainya dpt bertemu mata dr kalangan anda(cikgu2 bujal38,cdan,marvelous n etc..) krn disedari ruangan ini begitu terhad untuk sya mngutarakan bgitu byk persoalan n pndangan dr cikgu2..di kala smgt sdg berkobar2 ini..sya tdk mh ia luntur d tgh jln tnpa tindakn apa2..krn itu sya prlukan pmbimbing utk mgatur langkh2 mnuju kjayaan ini...terima kasih..
 
salam otai2 sekalian...kalo kes camni plak, abu bergaji 2800,ade hutang kad kredit rm5k,keta n personal loan..masih ader ruang lagi x untuk od
 
salam otai2 sekalian...kalo kes camni plak, abu bergaji 2800,ade hutang kad kredit rm5k,keta n personal loan..masih ader ruang lagi x untuk od

jgn berahsia bro....bagi jer detail untuk loan kereta ngan PL tu nanti senang bro cdan nak kira ...nak bagi pendapat ker
 
Back
Top
Log in Register