bro bujal38, aku nak tanye sket soalan ..penat bace dari post 1..hehe..
yg OD 95,000 tu, 4.55% per annum tu interest.. so camne payment monthly ke? camne ngan amount 95k tu punye bayaran..principal + interest ke? berapa amount principal kene bayo setiap bulan ..
lagi satu,
kalau ade rumah yg blom abis bayo kat bank, bole buat OD ke..

)
mintak tolong sifoo2
saya tolong jawab sekadar yang termampu...
OD RM95,000
Int OD 4.55%p.a. (ini kadar faedah BLR 5.55 -1% = 4.55%, ada bank yg menawarkan BLR - 1.25%)
Monthly payment - bergantung kepada kemampuan - boleh bayar int sahaja, ttp principal tak susut le...
jika bayar int sahaja RM95,000 x 4.55% = RM4322.50 setahun = RM360.20833 (RM361.00)
Jumlah ASB RM100,000(sijil) + RM95,000 = RM195,000
Div + bon ASB RM195,000 x 8% = RM15,600 setahun
Keluarkan div + bon masuk dlm OD untuk bayar principal...
Boleh bayar principal + int setiap bulan mengikut kemampuan...
Boleh cagar rumah dan tanah untuk buat OD, sejauh yg saya tahu cuma boleh dapat 60% OD... syarat rumah dan tanah sudah langsai dibayar...
p/s: angka2 diatas cuma sebagai contoh pengiraan...
mungkin RM90,000 OD sahaja digunakan, RM5,000 sebagai back-up jika int OD naik atau div turun... harap maklum...