Simpanan Utk Anak-Anak
Sempena musim raya ni, anak-anak dpt banyak wang raya, sedangkan bapaknya banyak keluarkan duit raya .. (dah namanya bapak) ..
selalunya budak-budak ni boleh dpt dalam RM200-RM600 seorang setiap kali musim raya bergantung kepada kerajinan bapak bawak anak pi beraya rumah sedara mara .. makin banyak berjalan, makin lebat lah beg duit raya ...
ke mana pulak nak disimpan?
Bagi saya, saya menyediakan ASW2020 utk mereka (tabung duit raya)... abis ajer bulan syawal, duit mereka akan dimasukkan dlm ASW2020.. dulu masuk ASD tapi ada kekangan dari segi had saiz fund yang dibenarkan, saya tukar kepada simpanan biasa di bank.. bank pula memberikan return yang sangat sedikit.. kemudian pindah lagi duit mereka ke ASW2020..
Return tahunan amatlah berpatutan bagi kanak-kanak yang tidak tahu apa itu amanah saham, dividen dan bonus .. 6%-7% setahun amatlah bagus, tambahan pula ini adalah pelaburan jangka masa panjang 15-10 tahun dijamin selamat.. secara tak langsung, kita sudah menyediakan bekalan utk mereka di masa hadapan sekiranya mereka memerlukan wang utk menampung pengajian mereka ..
kepada bapak-bapak di luar sana, jangan dipakai duit anak-anak, nak menggantikannya susah ... kita diamanahkan utk jaga duit mereka, jagalah dengan sempurna utk kesenangan mereka di masa hadapan ....
Teringat masa kecil-kecil dulu .. Masa tu kami simpan duit kat pejabat pos, ada cop besar kat tepi tu setiap kali simpan.. berdentum bila kerani tu cop atas buku ..Ayah kasi duit 10-20 ringgit, simpan tiap bulan.. naik basikal ke pejabat pos utk simpan sendiri.. bangga masa tu .. Apabila melihat wang anak saya yang berusia 4 tahun, jumlahnya terlalu jauh lebih besar dari wang simpanan saya sewaktu berumur 12 tahun. Dulu kami diajar menyimpan wang, sekarang giliran kami pula mendidik anak-anak bagaimana cara menyimpan wang dengan lebih baik dan memberikan pulangan Impak Maksima...
Mari kita renungkan, berapa banyakkan wang anak kita yang bakal terkumpul 15 tahun dari sekarang?...