TT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
Manjung: “Seluruh ruang rumah kami dipenuhi air laut dan obor-obor, inilah yang kami hadapi sejak Ahad lalu akibat banjir berpunca dari air pasang besar,” kata Mohd Fahmi Khalid, 27, penduduk Kampung Sungai Batu, Pantai Remis, di sini.
Menurutnya, kira-kira 50 rumah penduduk di kawasan terbabit dinaiki air sehingga ke paras pinggang sejak beberapa hari lalu.
Fahmi berkata, kejadian banjir akibat air laut pasang besar yang mereka alami kali ini paling buruk dan penduduk berpendapat ia berpunca dari projek pembangunan perumahan di kawasan tepi laut berhampiran kampung mereka.
“Projek pembangunan itu bermula sejak 2011 di kawasan hutan paya bakau seluas kira-kira 80 hektar berhampiran rumah kami.
Foto
KANAK-KANAK mengambil kesempatan bermain air di Kampung Sungai Batu Pantai Remis.
“Bagi tujuan pembangunan itu, pihak pemaju menebang hutan pokok bakau yang menjadi benteng dari air laut melimpah masuk ke kawasan kampung selama ini,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Katanya, susulan itu, setiap kali air pasang terutama air pasang besar, penduduk kampung sentiasa dalam kebimbangan kerana risau rumah dimasuki air.
Menurutnya, keadaan menjadi semakin teruk apabila pihak pemaju bertindak membuka dan mendalamkan sungai yang digali di perumahan itu hingga menyebabkan air laut melimpah masuk ke kawasan kampung yang terletak tidak sampai satu kilometer dari laut.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Obor-obordalamrumah/Article/index_html#child