BTC USD 63,437.9 Gold USD 4,329.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Obor-obor biru tawan Gold Coast

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
246248-7a334db0-9d35-11e4-99b8-2c9175c8a0ad.jpg

Jellyfish-on-Gold-Coast.jpg



GOLD COAST 19 Jan. – Penduduk di sekitar pantai di wilayah Queensland, Australia digemparkan dengan kehadiran sekumpulan besar ubur-ubur berwarna biru menawan kawasan perairan peminat luncur air popular di Gold Coast, semalam.

Laman web Daily Mirror melaporkan, ribuan ubur-ubur itu dilihat memenuhi setiap sudut perairan di pantai Gold Coast yang menjadi syurga para peluncur air tersebut.

Seorang jurugambar dan ang*gota penyelamat pantai, Grahame Long tidak melepaskan peluang merakamkan beberapa imej ubur-ubur yang terapung di Narrowneck berdekatan Brisbane.

Kumpulan besar ubur-ubur itu terapung kira-kira 400 meter dari pesisir pantai.

Grahame Long berkata, dia pernah melihat kawanan ubur-ubur sebelum ini di kawasan itu, namun kali ini bilangannya lebih banyak.

“Kawanan ubur-ubur itu hanya berhimpun di satu kawasan sahaja,” ujarnya lagi.

Namun, kawanan ubur-ubur itu kini semakin menghilang dan mula bergerak dari kawasan tersebut ke Gold Coast Seaway.

Ubur-ubur itu dilaporkan bergerak ke perairan Gold Coast sepanjang perayaan Krismas kerana tiupan angin kuat dari timur laut dan sering kali dijumpai terpijak, mengganggu para perenang dan peluncur air yang acap kali di*sengat.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/ubur-ubur-tawan-gold-coast-1.49788#sthash.rfNzv6bQ.dpuf
 
Aku pernah kena sengat dgn obor2 ni, sakit gila wooo. Tapi dlm 5 minit je sakit, pastu dah ok
 
aku pernah kena libas ekor dia time mandi pantai dulu

ya Allah di punya pedih+gatal memang world

berbirat kat dada
 
perghhhhh obor obor....
sekali kena.. perghh.. berapi beb..
 
ni kalau ambik kasi dry tak leh masak ke. buat cam kat sabah nun..
 
aku pernah pi gosok gosok dgn kedua dua belah tgn aku kat badan obor obor tu, kekonon nye comey la sbb lembik putih ,alih alih haa tangan mcm kena cucuh api, sakit giler #:-S#:-S
 
Back
Top
Log in Register