BTC USD 61,480.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

O&G kumpul jualan RM786j

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
SYARIKAT minyak dan gas (O&G) Malaysia mengumpul nilai jualan RM786 juta dalam Pameran dan Persidangan ASCOPE ke-10 2013 yang berlangsung sempena Vietnam Oil & Gas Corporation (PetroVietnam) di Vietnam.

Dalam kenyataan dikeluarkan, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) berkata, Matrade mengetuai 14 syarikat tempatan termasuk 10 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam satu misi khas bagi sektor O&G.

"Acara berlangsung lima hari itu mengadakan 96 padanan perniagaan," katanya.

Menurutnya, syarikat diberi peluang untuk menonjolkan keupayaan kepada tiga anak syarikat PetroVietnam: PetroVietnam Domestic Exploration and Production Operating Co Ltd (PVEP POC), PetroVietnam Gas Corporation (PV Gas) dan PetroVietnam Technical Services Corporation (PTSC).

Katanya, jualan kukuh dilaporkan untuk produk seperti penggerudi, modul pemampat gas, perlindungan katod dan zink pelindung, sementara lain-lain jualan penting kebanyakannya berkaitan segmen perkhidmatan seperti pembuatan, pembinaan, kejuruteraan dan perkhidmatan luar pantai.

Pameran itu memberikan kesan dalam membantu mempromosi syarikat O&G Malaysia di Vietnam yang juga menghasilkan keputusan penting termasuk prospek pembekalan kepada penggerudian PV, persediaan bidaan untuk tugasan dengan PVGas, mendapatkan kontrak penyenggaraan dan operasi stesen jana kuasa PV serta mengukuhkan lawatan susulan ke PTSC untuk kerja-kerja di masa depan.
 
Back
Top
Log in Register