BTC USD 63,881.5 Gold USD 4,477.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nyaris dihempap batu lima tan

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
ne_10.1.jpg

JKR menggunakan jengkaut bagi mengalihkan bongkah batu seberat lima tan yang menggelongsor dari atas bukit di Jalan Tun Sardon semalam.

BALIK PULAU - Seorang penunggang motosikal nyaris dihempap batu seberat lima tan yang menggelongsor jatuh dari bukit akibat tanah mendap semasa melalui Jalan Tun Sardon ke Paya Terubong, Balik Pulau di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 1 petang itu, simen konkrit penghadang yang dibina di lereng bukit berkenaan pecah akibat pergerakan tanah menyebabkan sebatang pokok tumbang ke jalan raya bersama bongkah batu tersebut.

Keadaan itu menyebabkan satu laluan terpaksa ditutup selama empat jam bagi mengalihkan bongkah batu itu oleh pekerja Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Saksi kejadian, Azhan Sulaiman, 45 berkata, ketika kejadian dia yang dalam perjalanan dari Balik Pulau ke pusat bandar terkejut apabila terdengar bunyi dentuman kuat sebelum melihat bongkah batu besar jatuh dari atas bukit.

Katanya, dia yang memberhentikan motosikal hanya mampu menjerit dan melambai-lambaikan tangan kepada seorang wanita yang menunggang motosikal dari arah bertentangan daripada dihempap batu berkenaan.


sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1022&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm
 
kalau kena kepala bocor mambang :D

mau berdentum bunyi ni
 
Ini besar crusher pun tak bleh hancur...kena kasi buat lubang dan masukkan ANFO (campuran Ammonium dan Diesel) pastu kasi letup..
 
nasib baik la x kena orang..kalau x, jadi roti canai dah..

teringat masa kat USM dulu..gi dating atas puncak bukit jalan ni..best tgk pemandangan laut dari atas bukit..:D
 
bahaya betul...kena mau penyek
 
bapak besar punye batu mati oo kalu kena...pjg umur mamat tuh...
 
kena guna c4..baru laa berguna c4 tu dari g letup org,baik letup batu besor ni..
 
pergh lori kat sblh pun kalah dr segi saiz. inikan plak moto. pjg umur org tu.
 
Back
Top
Log in Register