BTC USD 63,592.8 Gold USD 4,461.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nurin Jazlin

Status
Not open for further replies.
terkeluar air mata aku pasal kes nie..alfatihah..
 
terkeluar air mata aku pasal kes nie..alfatihah..

agak sibuk sbb baru kematian sedara 20hb lps....sedih & letih sket...
tp brita kompom adik nurin yg dlm beg tu benar2 meruntun hati jantan aku sehingga aku menangis ke hari ni....knp ya? aku x kenal kenal dorang pun....mgkn sbb aku juga ada putri comel mcm kluarga arwah....boleh aku bygkan camna rasanya kehilangan anak yg disayang....tp bahu kluarga arwah lbh berat memikul drpd mata aku yg memandang....
mlm tadi aku payah nak tido....ngeri bygkan arwah nurin yg dah la ada sakit, diseksa dgn pelbagai cara, bedah siasat plak perut kosong x diberi makan....sebulan tuh. sure adik nurin ketakutan, kesakitan yg amat & mengalami stroke ntah brapa kali sbb xde ubat....
kpd kluarga arwah...REDHAlah dgn rahmat Allah yg tersembunyi....
tingkatkan keimanan utk berjumpa dgn "bidadari" nurin di syurga kelak....
kpd polis....jgn bila rakyat biasa korang bleh nak dakwa sesuka ati tp bila VIP korang cover cam bagus...cukup2 la kenaikan gaji tuh....
kpd pemerintah....percaya la undang2 Allah tu bkn kuno malahan LEBIH SEMPURNA & LENGKAP....
kpd setan bertopengkan manusia....balasan Allah itu amat PERIT & PASTI...

takziah buat kluarga arwah ....

buat si comel nurin, penderitaanmu akan diblas Allah dgn berkali ganda kegembiraan yg kamu penah harapkan utk menyambut harijadimu yg x kesampaian....Al-Fatihah....

ps : sori gang....emosi sket :( :( :(
 
Al-fatihah buat arwah Nurin Jazlin.

Ketenangan wajahmu membawa ke Jannah..


amin.....
 
Kes bunuh Nurin: Lelaki 41 tahun disyaki terlibat ditahan

KUALA LUMPUR 26 Sept. - Polis menahan seorang lelaki berusia 41 tahun yang disyaki terlibat dalam pembunuhan dan penderaan seksual terhadap Nurin Jazlin Jazimin, 8, di Lebuh Ampang di sini hari ini.

Suspek itu, yang bekerja sebagai “orang tengah” di sebuah agensi pelancongan di bandar raya telah diajak oleh seorang rakannya ke sebuah kedai kopi di mana sepasukan polis menunggu untuk menahan lelaki itu.

Sumber polis berkata, serbuan itu dibuat selepas rakan suspek memberitahu polis bahawa suspek mungkin mempunyai kaitan dengan pembunuhan kejam Nurin.

Rakan suspek itu juga memberitahu polis bahawa lelaki yang disyaki itu mungkin terlibat dengan kes pencabulan dua kanak-kanak yang dilaporkan di Kampung Baru dengan menggunakan terung.

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/con...&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_07.htm
 
Terkini: Kes bunuh Nurin: Lelaki 41 tahun disyaki terlibat ditahan

----- Original Message -----
From: Nadia
To: shaumie ; shida ; Zai Engineering ; Sazlana ; Nor ; Normah AMAT ; [email protected] ; VPQ-Analysis ; Azlenda ; nurul agnes ; Zaidah ; Noryana ; fiza ; aida ; mai ; Lya ; Ruhadia
Sent: Thursday, September 27, 2007 09:58 AM
Subject: Terkini: Kes bunuh Nurin: Lelaki 41 tahun disyaki terlibat ditahan


:mad: :mad: ...Org JOHOR tuuuuuuu.....:mad: :mad: (tapi masih terlalu awal...siasatan baru bermula)

Subject: Terkini: Kes bunuh Nurin: Lelaki 41 tahun disyaki terlibat ditahan


KUALA LUMPUR 26 Sept. - Polis menahan seorang lelaki berusia 41 tahun yang disyaki terlibat dalam pembunuhan dan penderaan seksual terhadap Nurin Jazlin Jazimin, 8, di Lebuh Ampang di sini hari ini.

Suspek itu, yang bekerja sebagai “orang tengah” di sebuah agensi pelancongan di bandar raya telah diajak oleh seorang rakannya ke sebuah kedai kopi di mana sepasukan polis menunggu untuk menahan lelaki itu.

Sumber polis berkata, serbuan itu dibuat selepas rakan suspek memberitahu polis bahawa suspek mungkin mempunyai kaitan dengan pembunuhan kejam Nurin.

Rakan suspek itu juga memberitahu polis bahawa lelaki yang disyaki itu mungkin terlibat dengan kes pencabulan dua kanak-kanak yang dilaporkan di Kampung Baru dengan menggunakan terung.

Difahamkan sebelum penahanan itu, rakan suspek telah meyakinkan suspek bahawa beliau mempunyai satu rancangan perniagaan yang perlu dibincangkan di kedai kopi itu.

Kira-kira pukul 2 petang, suspek tiba di kedai kopi itu dengan rakannya telah sedia menunggu.

Menurut rakan suspek, mereka pada mulanya membincangkan tentang usaha sama perniagaan sebelum menukar topik kepada perkara-perkara peribadi.

“Pada masa ini, saya menghantar SMS kepada sepasukan anggota polis berpakaian biasa yang menunggu di luar kedai kopi itu untuk bertindak.

“Lelaki berkenaan kemudiannya meminta saya menemui rakan perniagaannya dan mula berjalan ke arah sebuah bangunan yang terletak di seberang jalan.

“Pada saat inilah, saya menghubungi polis,” katanya di sini hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, masih terlalu awal untuk polis mengulas mengenai penahanan suspek.

Difahamkan suspek itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk siasatan lanjut.

Pada 20 Ogos, Nurin Jazlin dilaporkan hilang oleh bapanya Jazimin Abdul Jalil, selepas keluar seorang diri untuk ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1 Wangsa Maju, di sini.

Di sebalik liputan meluas media dan usaha besar-besaran mencarinya, Nurin Jazlin tidak dapat dikesan.

Pada 17 September, mayat seorang kanak-kanak perempuan ditemui dalam sebuah beg sukan yang diletakkan di hadapan tangga sebuah rumah kedai di PJS 1/48, Petaling Jaya.

Hasil ujian DNA mendapati mayat itu adalah Nurin Jazlin dan bedah siasat mendapati mangsa juga didera secara seksual.

Suspek berkenaan, yang memakai baju kemeja lengan panjang berwarna biru dan berseluar hitam, membawa sebuah beg untuk bertemu dengan rakannya di kedai kopi itu.

Difahamkan lelaki itu yang berasal dari Segamat, telah bertunang dengan seorang penyambut tetamu di sebuah hotel di sini. - Bernama


--------------------------------------------------------------------------------
 
ntah la, byk ngat kes camnih yg membabitkan kanak2
risau aku mendengo nyer, dpt org camnih jgn kasik idup jer
lanyak sampai lembik, sampai dia tobat
dah la bdk tu tgh sakit

aku doakan semoga adik Nurin dijumpai dlm keadaan slmt
AMIN..



hmmmm................aku pun kesian sangat kat dia.....

eii....geram betul aku kat pembunuh tu tak de otak!!!!!!!!!!

otak hanjing..!!!!:mad: :mad: :mad: :mad:

aku mintak biar tuhan tunjukkan seksa dia kat public di dunia nie gak skang...!!!!


manusia jenis aper nie....

setahu aku teruk2 manusia pun ade yg jenis manusia A.B.C.......
:mad: :mad: :mad:
 
agak sibuk sbb baru kematian sedara 20hb lps....sedih & letih sket...
tp brita kompom adik nurin yg dlm beg tu benar2 meruntun hati jantan aku sehingga aku menangis ke hari ni....knp ya? aku x kenal kenal dorang pun....mgkn sbb aku juga ada putri comel mcm kluarga arwah....boleh aku bygkan camna rasanya kehilangan anak yg disayang....tp bahu kluarga arwah lbh berat memikul drpd mata aku yg memandang....
mlm tadi aku payah nak tido....ngeri bygkan arwah nurin yg dah la ada sakit, diseksa dgn pelbagai cara, bedah siasat plak perut kosong x diberi makan....sebulan tuh. sure adik nurin ketakutan, kesakitan yg amat & mengalami stroke ntah brapa kali sbb xde ubat....
kpd kluarga arwah...REDHAlah dgn rahmat Allah yg tersembunyi....
tingkatkan keimanan utk berjumpa dgn "bidadari" nurin di syurga kelak....
kpd polis....jgn bila rakyat biasa korang bleh nak dakwa sesuka ati tp bila VIP korang cover cam bagus...cukup2 la kenaikan gaji tuh....
kpd pemerintah....percaya la undang2 Allah tu bkn kuno malahan LEBIH SEMPURNA & LENGKAP....
kpd setan bertopengkan manusia....balasan Allah itu amat PERIT & PASTI...

takziah buat kluarga arwah ....

buat si comel nurin, penderitaanmu akan diblas Allah dgn berkali ganda kegembiraan yg kamu penah harapkan utk menyambut harijadimu yg x kesampaian....Al-Fatihah....

ps : sori gang....emosi sket :( :( :(


aku ske yg nie...
kpd pemerintah....percaya la undang2 Allah tu bkn kuno malahan LEBIH SEMPURNA & LENGKAP....
kita cume manusia yg punye akal yg terbatas,,wahai pemerintah dan yg memilih mereka,kembali kpd Allah..insyaallah hidup kt akn aman,,..
 
susah nk ckp tp tgk jugala pakaian org 2 kt m'sia skang smua nk tunjuk..bila yg tutup pandang slek pastu wat fitnah..skang tanggung lah bala Allah nk bg..ni br hint je dr Allah..Islam hadari?tudung tak kt bahu jer..
 
FBI bantu cari pembunuh

PDRM hantar rakaman CCTV suspek ke makmal di Amerika


KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapatkan bantuan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) bagi meningkatkan kualiti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang mengandungi imej suspek pembunuh Nurin Jazlin Jazimin, 8.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata pihaknya akan menghantar rakaman CCTV itu ke makmal FBI di AS, tidak lama lagi.

Difahamkan, inilah pertama kali PDRM mendapatkan bantuan teknikal daripada FBI bagi meningkatkan kualiti rakaman CCTV dalam kes pembunuhan.

"Gambar CCTV yang kita ada sekarang ini agak kabur. Jadi pegawai saya akan membawa rakaman itu ke sana (Amerika Syarikat) tidak lama lagi bagi mendapatkan bantuan teknikal FBI," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bungkusan kuih raya PDRM 2007 di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman di sini, semalam.

Musa berkata, seorang pakar FBI juga akan dihantar ke sini bagi membantu aspek teknikal siasatan kes pembunuhan itu.

Beliau berkata, sebelum ini pihaknya juga meminta kerjasama seorang pegawai FBI yang ditempatkan di Pejabat Kedutaan Amerika Syarikat di sini bagi membantu aspek teknikal siasatan kes itu.

"Saya tegaskan (kes Nurin) siasatan kita, kita hanya minta bantuan teknikal saja," katanya.

Musa bagaimanapun enggan mengulas sama ada imej dalam CCTV itu adalah seorang wanita atau tiga lelaki termasuk seorang dikatakan membawa beg sukan seperti yang digunakan untuk memuatkan mayat Nurin.

Polis sebelum ini mendedahkan kelibat seorang wanita berbadan kecil berusia lingkungan 20-an yang dirakam CCTV yang ditempatkan di sebuah bengkel kereta bersebelahan lokasi mayat Nurin ditemui di Taman Petaling Utama, pada 17 September lalu.

Wanita berkenaan dilihat menaiki kereta Kenari berwarna perak yang dipandu seorang lelaki.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris sebelum ini turut melaporkan CCTV itu merakamkan seorang penunggang motosikal yang dikatakan ada kaitan dengan beg sukan berkenaan.

Musa bagaimanapun enggan mengulas mengenai kemungkinan 'lelaki kucing' atau pencabul Kampung Baru yang melakukan penderaan seksual ke atas dua budak perempuan berusia lima dan enam tahun, mempunyai kaitan dengan kes Nurin.

"Kita masih berusaha sedaya upaya, Insya-Allah kita akan dapat tangkap suspek tidak lama lagi," katanya.

Musa berkata, beliau tidak boleh memaklumkan perkembangan siasatan kes Nurin kepada media setiap hari kerana tidak mahu siasatan terjejas.

Beliau turut mengingatkan media supaya tidak membuat pelbagai spekulasi mengenai kes berkenaan untuk mengelak timbul masalah apabila kes itu didengar di mahkamah.

Kelmarin, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, dilaporkan berkata polis mengenal pasti seorang suspek yang dipercayai terbabit dengan kes Nurin.

Beliau berkata, suspek dikenal pasti berdasarkan lakaran wajah hasil maklumat awam, termasuk daripada seorang pemilik rumah sewa di Petaling Jaya yang dikatakan menemui suspek, kira-kira dua minggu sebelum mayat Nurin ditemui.

----------------

mintak FBI tlg . mintak2 dpt la cari pembunuh tu dgn cepat .
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register