BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nurin Jazlin

Status
Not open for further replies.
ni yg terkini aku dpt......bacaaaaaa
Bunuh Nurin: 5 termasuk wanita diberkas
28-09-2007 02:53:04 PM
Oleh LOURDES CHARLES

SHAH ALAM: Lima, termasuk seorang wanita, diberkas bagi menyiasat kes pembunuhan kejam Nurin Jazlin Jazimin.


Seorang suspek wanita di dalam kereta polis sewaktu dibawa ke HKL pagi tadi. (foto The Star)

Satu pasukan polis dari Petaling Jaya dan Selangor menahan mereka, berusia antara 27 hingga 33, di beberapa lokasi di Seksyen 7 di sini menjelang tengah malam tadi.

Difahamkan seorang daripada mereka, lelaki dalam lingkungan 30-an, mempunyai rekod jenayah termasuk serangan seksual di sini dan beberapa negeri.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Christopher Wan Soo Kee berkata tangkapan itu dibuat berdasarkan maklumat orang ramai.

"Dua kereta dan lima telefon bimit turut dirampas daripada suspek," katanya, dengan menambah tangkapan itu bagi membantu siasatan berhubung penculikan dan pembunuhan Nurin Jazlin, 8.

Tangkapan lima orang itu satu perkembangan baru sejak mangsa dilaporkan hilang tidak jauh dari rumahnya di Wangsa Maju, Setapak pada 20 Ogos.

Polis bertungkus-lumus menyemak rekod-rekod jenayah yang melibatkan modus operandi sama bagi mengesan suspek.

Mayat Nurin ditemui di dalam beg sukan di sebuah kedai di Petaling Utama pada 17 Sept.

Bedah siasat mendapati mangsa telah mengalami penderaan seksual yang kejam.


Dua lagi suspek kes culik dan bunuh Nurin dibawa ke HKL, dipercayai untuk ujian DNA. (foto Bernama)

Sementara itu, agensi berita Bernama melaporkan kelima-lima suspek dibawa Hospital Kuala Lumpur 9.20 pagi tadi, dipercayai untuk menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Empat lelaki tiba dengan menaiki van putih, manakala wanita itu dibawa berasingan dengan sebuah kereta polis.

Semua lelaki memakai baju T berwarna merah jambu bertulis "Lokap Kuala Lumpur", manakala wanita itu, yang kelihatan mengandung, memakai baju kurung hitam dan bertudung putih serta tangannya tidak bergari, laporan itu dipetik.

Mereka kemudian dilaporkan keluar dari Jabatan Forensik HKL setelah dipercayai selesai menjalani ujian DNA sebelum dibawa oleh polis, dipercayai ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya untuk mendapatkan perintah tahanan reman
 
terkini..
Bunuh Nurin: 5 termasuk wanita diberkas
28-09-2007 02:53:04 PM
Oleh LOURDES CHARLES

SHAH ALAM: Lima, termasuk seorang wanita, diberkas bagi menyiasat kes pembunuhan kejam Nurin Jazlin Jazimin.


Seorang suspek wanita di dalam kereta polis sewaktu dibawa ke HKL pagi tadi. (foto The Star)

Satu pasukan polis dari Petaling Jaya dan Selangor menahan mereka, berusia antara 27 hingga 33, di beberapa lokasi di Seksyen 7 di sini menjelang tengah malam tadi.

Difahamkan seorang daripada mereka, lelaki dalam lingkungan 30-an, mempunyai rekod jenayah termasuk serangan seksual di sini dan beberapa negeri.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Christopher Wan Soo Kee berkata tangkapan itu dibuat berdasarkan maklumat orang ramai.

"Dua kereta dan lima telefon bimit turut dirampas daripada suspek," katanya, dengan menambah tangkapan itu bagi membantu siasatan berhubung penculikan dan pembunuhan Nurin Jazlin, 8.

Tangkapan lima orang itu satu perkembangan baru sejak mangsa dilaporkan hilang tidak jauh dari rumahnya di Wangsa Maju, Setapak pada 20 Ogos.

Polis bertungkus-lumus menyemak rekod-rekod jenayah yang melibatkan modus operandi sama bagi mengesan suspek.

Mayat Nurin ditemui di dalam beg sukan di sebuah kedai di Petaling Utama pada 17 Sept.

Bedah siasat mendapati mangsa telah mengalami penderaan seksual yang kejam.


Dua lagi suspek kes culik dan bunuh Nurin dibawa ke HKL, dipercayai untuk ujian DNA. (foto Bernama)

Sementara itu, agensi berita Bernama melaporkan kelima-lima suspek dibawa Hospital Kuala Lumpur 9.20 pagi tadi, dipercayai untuk menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Empat lelaki tiba dengan menaiki van putih, manakala wanita itu dibawa berasingan dengan sebuah kereta polis.

Semua lelaki memakai baju T berwarna merah jambu bertulis "Lokap Kuala Lumpur", manakala wanita itu, yang kelihatan mengandung, memakai baju kurung hitam dan bertudung putih serta tangannya tidak bergari, laporan itu dipetik.

Mereka kemudian dilaporkan keluar dari Jabatan Forensik HKL setelah dipercayai selesai menjalani ujian DNA sebelum dibawa oleh polis, dipercayai ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya untuk mendapatkan perintah tahanan reman.
 
di bln Ramadhan ni aku doakan PEMBUNUH SEBENAR adik nurin ditangkap...biar dia warm-up dulu menerima hukuman ciptaan manusia yg x seberapa nih sblm dihukum Allah diakhirat sok...
 
4 ditahan kes Nurin bebas

Suspek dilihat meninggalkan IPD Petaling Jaya bersama keluarga petang semalam

PETALING JAYA: Empat lelaki yang ditahan Khamis lalu bagi membantu siasatan kes penderaan seksual dan pembunuhan kejam Nurin Jazlin Jazimin, 8, semalam dibebaskan dengan jaminan polis.

Keempat-empat lelaki itu dibebaskan tiga hari lebih awal berbanding tempoh tahanan reman tujuh hari yang diperoleh polis daripada Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Jumaat lalu.

Menurut sumber, empat lelaki itu yang ditahan dalam tiga operasi ber asingan di Shah Alam, Khamis lalu, dibebaskan selepas polis berpuas hati dengan soal siasat terhadap mereka.

Mereka dilihat meninggalkan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, kira-kira jam 4.56 petang dan menaiki tiga kenderaan berasingan bersama keluarga masing-masing.

Empat lelaki berusia 27 hingga 33 tahun itu ditahan dalam Ops Sunti, dipercayai hasil pemantauan rapi polis terhadap beberapa khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada bapa mangsa, Jazimin Abd Jalil, 33, sejak kehilangan kanak-kanak itu 20 Ogos lalu.

Keempat-empat lelaki itu sebelum ini direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membolehkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dua hari selepas itu, polis menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 23 tahun di sebuah pasar raya di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan kerana dipercayai mengurung Nurin sepanjang 27 hari kehilangannya sebelum ditemui mati.

Dengan pembebasan empat lelaki itu, hanya tinggal seorang suspek iaitu wanita Indonesia terbabit, yang kini ditahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, ketika ditemui pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama Media Prima Berhad di Sri Pentas, Bandar Utama, petang semalam, berkata beliau belum dimaklumkan mengenai pembebasan terbabit.

"Dari mana anda (media) dapat sumber berita itu pun saya tidak tahu. Setakat ini, saya belum dimaklumkan mengenai pembebasan itu. Cuma, saya mintalah media tidak membuat sebarang spekulasi hingga mengganggu siasatan," katanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan polis terpaksa membebaskan empat lelaki terbabit kerana tidak mempunyai bukti kukuh untuk mendakwa mereka.
 
huhu maksudnya pencarian sebenar masih belum berakhir ke
 
Polis siasat media sensasikan berita Nurin

PETALING JAYA: Laporan polis dibuat terhadap akhbar-akhbar yang didapati mengganggu siasatan kes pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin.

Difahamkan, pegawai penyiasat yang membuat laporan polis itu mendakwa akhbar-akhbar berkenaan menerbitkan berita yang tidak dapat disahkan dan tanpa asas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC (II) Mazlan Mansor berkata pegawai penyiasat ASP Loh Pei Pei membuat laporan polis itu semalam.

"Kami akan mengambil keterangan wartawan-wartawan yang menulis berita tanpa pengesahan dan asas itu yang boleh mengganggu siasatan polis.

"Pegawai-pegawai kami telah mengenal pasti akhbar-akhbar berkenaan dan wartawan-wartawan terbabit dan mereka akan dihubungi secepat mungkin," katanya.

SAC Mazlan berkata akhbar-akhbar itu menerbitkan berita yang bercanggah dengan siasatan polis dan memetik sumber-sumber yang tidak berautoriti.

Katanya, laporan-laporan yang dianggap tidak bertanggungjawab seumpama itu menyukarkan polis menyiasat.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata media harus tidak menyebarkan spekulasi dan memetik sumber tanpa asas.

"Saya sudah maklumkan kepada media agar tidak membuat spekulasi kerana ia boleh mengganggu siasatan polis," katanya di akhir bengkel amalan kepolisan di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Musa bagaimanapun enggan mendedahkan nama media terlibat dan berkata ia masih dalam siasatan.

Katanya, polis tahu apa dan bila masa yang sesuai untuk mendedahkan sesuatu siasatan kepada media.

"Apabila sesuatu laporan palsu timbul, polis tiada pilihan kecuali menyiasatnya," tambahnya.
 
6 hari baru boleh 'berakkan' kad sim kes nurin

aku nak tergelak dengan kecanggihan teknologi perubatan dan kecanggihan kepolisan malaysia. lepas ni ppolis akan bagi alasan kad sim dah rosak sebab dah lama sangat bergaul ngan taik minah indon tu :eek: :eek: :eek: :eek:

inilah minah indon yang tak mahu berak 6 hari tu
mainpix.jpg


Mahkamah lanjutkan reman suspek warga Indonesia enam hari lagi

PETALING JAYA: Selepas enam hari, doktor semalam berjaya mengeluarkan kad SIM telefon bimbit yang ditelan suspek wanita Indonesia yang disiasat bagi membantu kes pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin, 8.

Sumber memberitahu Berita Harian, kad itu berjaya dikeluarkan pagi semalam, selepas doktor dan jururawat mengeluarkannya secara fizikal melalui duburnya, selepas dia enggan makan atau membuang air besar.

"Selepas pihak hospital berjaya mengeluarkan kad SIM, wanita itu dibenarkan keluar dari wad Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada jam 12.30 tengah hari dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya sebelum ke Mahkamah Majistret di sini, untuk menyambung reman," katanya.

Suspek dikatakan menelan kad SIM itu ketika dalam tahanan polis kerana dipercayai mengandungi maklumat yang dapat membantu siasatan kes pembunuhan Nurin Jazlin.

Wanita itu yang ditahan di wad PPUM sejak Sabtu lalu, dipercayai bertindak demikian kerana tidak mahu objek yang dikesan dalam perutnya, keluar apabila membuang air besar.

Suspek sebelum itu ditahan bersama dua telefon bimbit dan empat kad SIM di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan, Sabtu lalu, dan dia dikatakan menyorok satu lagi kad berkenaan di bawah lidah sebelum menelannya ketika dalam perjalanan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur untuk mendapatkan perintah tahanan reman terhadapnya.

Sementara itu, Mahkamah Majistret di sini, melanjutkan tempoh reman wanita itu enam hari lagi mulai semalam bagi membantu siasatan kes pembunuhan kejam kanak-kanak berusia 10 tahun, pada 17 September lalu.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Izralizam Sanusi pada jam 3.55 petang, selepas menerima permohonan Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Loh Pei Pei.

Izralizam membuat permohonan mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi membolehkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 kanun Keseksaan iaitu membunuh.

Suspek yang memakai baju kuning dengan seluar panjang coklat itu dilihat masih dalam keadaan yang lemah ketika dibawa ke mahkamah pada jam 3.05 petang dengan kereta polis dan memasuki kamar mahkamah lima minit kemudian diiringi dua anggota polis wanita.

Mengikut laporan akhbar sebelum ini, wanita warga Indonesia berusia 23 tahun itu disyaki mengurung Nurin Jazlin di sebuah pasar raya di Bandar Baru Nilai.

Dia juga dikatakan menjaga makan minum Nurin Jazlin sepanjang tempoh kehilangannya selama 27 hari, sebelum dibunuh dan mayatnya disumbat dalam beg sukan berhampiran sebuah pejabat di Petaling Jaya, 17 September lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, enggan mengulas lanjut dan hanya memberitahu suspek masih berada di PPUM.

"Perkara ini masih dalam siasatan dan saya tidak boleh komen," katanya ringkas selepas pelancaran Ops Sikap XIII 2007 dan Ikon Ops Sikap di Dataran Bentong, Pahang, semalam.

Ditanya mengenai Kedutaan Indonesia di sini yang dikatakan tidak dapat mengesahkan status kerakyatan suspek, Musa berkata: "Memang suspek warga Indonesia. Mereka boleh menemuinya tapi ia perlulah dilakukan dengan kehadiran polis," katanya.
 
Minah jiwa kacau ni...:eek: Polis ni...tak reti-reti ke:))
 
sanggup ker nk pegang sim tuh?
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register