BTC USD 81,457.9 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Drama Nur (2018)

Ustaz tau tak ustaz tu sape?
Ustaz tu golongan agamawan tau..
Satu Malaysia kenal ustaz tu sape..
Lainlah kitaorg ni haaaa
Nak bawak laki 10 dozen keluar masuk sekalipun takde sape yang kisah..
Tapi kalau ustaz buat macam tu, satu hari nanti satu Malaysia ni tahu..
Masuk surat khabar cina..
Washu washu washu ustaz edem
Washu washu washu kene tangkap basah
Washu washu washu dato haji
Kalau masa tu ustaz ketuk pintu rumah saya mintak tolong saya, tak hingin la saya nak tolong! Phuiiii...

https://www.youtube.com/watch?v=fwgXkj_rTI0

tak silap minah tu penulis skrip kan?
 
Dah hujung2 jadi bosan...pengakhiran yg kelam kabut..mematikan semua watak jahat dalam satu episod..
KErana PErcaya, Hilang Bahagia...Bahaya AYAT ni ...

betul patut boleh buat sehari lagi untuk selesaikan semua. kecuali mmg ada sambungan nur 3.
 
betul patut boleh buat sehari lagi untuk selesaikan semua. kecuali mmg ada sambungan nur 3.

drama dl biasenya buat mcm tu.. tp lately ni je drama buat ending sume tnjk kt episod terakhir.. konon nya, kate lah episod 14 aritu madi da mati, nnt episod terakhir orang da x ramai yg tgk..
 
Juita tak boleh didakwa rogol Ustaz Adam

AZAR_AZMI_1556278649.jpg

KUALA LUMPUR: There has not been a case in Malaysia where a woman has been charged for rape, except in the popular drama series Nur 2.

This is lawyer Nor Zabetha’s reaction to the last episode of Nur 2, where the antagonist Juita played by Azar Azmi gets charged with “raping” the protagonist Ustaz Adam, played by Syafiq Kyle.

In a Facebook post today, Nor Zabetha said: “It’s absurd for Juita to be charged with raping Ustaz Adam. Even though the characters are fictitious, the law of the land should be reasonably portrayed, lest viewers get misinformed about it.”

She added: “I’ve been a lawyer for a decade and never have I heard of women getting charged for raping men. Section 375 of the Penal Code says men commit rape against women, not vice-versa, so Juita could not be charged with raping Ustaz Adam.”

Nor Zabetha also said that the producers of Nur 2 should have made the police enlighten Ustaz Adam about the law when he made a report about “getting raped”.

“Juita spiked Ustaz Adam’s drink and made it look like he seduced her. That’s not rape, even though in the story, the police told her that they were arresting her for rape. That’s so misleading!”

Nor Zabetha also called on Malaysians, especially drama producers, filmmakers and actors to wisen up to the law in order to make their films and dramas credible.

Nur 2, with 15 episodes, is the sequel to the popular drama series Nur, screened on TV3 last year.

Produced by Radius One and directed by Shahrulezad Mohameddin, it continues the story of Ustaz Adam and his wife Nur (Amyra Rosli), who was formerly a prostitute.

The couple run a religious school for youngsters which is popular in their village, and Nur soon befriends the mysterious Juita, who is also a prostitute.

Juita is obssessed with Ustaz Adam and her friendship with Nur is actually a tactic to get close to him.

https://www.nst.com.my/lifestyle/gr...oman-cannot-be-charged-raping-man-says-lawyer
 
Azhan Rani minta watak Ustaz Hamadi dimatikan

WATAK Ustaz Hamadi yang dilakonkan oleh pelakon hebat, Azhan Rani menerusi drama Nur 2 betul-betul memberi kesan kepada penonton, apatah lagi apabila wataknya dimatikan.

Menurut pengarah drama popular itu, Shahrulezad Mohameddin, dalam satu temu bual bersama Hot FM pagi tadi, mendedahkan Azhan sendiri yang meminta agar watak tersebut dimatikan.

"Dia tak percaya pada sekuel. Malah, masa kami nak buat Nur 2, orang yang sangat susah nak pujuk ialah Azhan.

"Bagaimanapun, Azhan berjaya dipujuk. Dia menjanjikan lakonan sebagai Ustaz Hamadi pada Nur 2 adalah yang terakhir.

"Azhan memang payah, saya fikir kalau dia tak buat, saya pun takkan buat. Saya tak ada masalah kalau Azhan tak dapat buat, tetapi ia akan mengecewakan para pelakon lain.

"Pujuk-pujuk dan terangkan watak dia pada kali ini lebih garang dan terangkan lagi kenapa Madi macam itu, dia tertarik namun pada masa sama berjanji ini akan menjadi lakonannya yang terakhir sebagai Madi," ujar Shahrulezad yang juga dikenali dengan nama Budak Ijat.

Tambahnya, dalam produksi Nur terdapat dua orang yang skeptikal dengan naskhah pada kali ini iaitu Azhan dan dirinya sendiri.

'Sebab saya tak pernah terfikir ada sekuel yang perlu, kalau habis...habis lah. Tetapi, sebab drama ini diteruskan ialah kerana mendapat permintaan ramai orang.

"Oleh sebab itu, saya rasa ada cerita yang boleh dikembangkan lagi saya mencadangkan untuk ada kan Nur 2," katanya.

Selain Azhan, penolong pengarah, Uchee, yang turut menjadi pelakon tambahan dalam Nur 2, juga menjadi bualan di social media.

Barisan pelakon Nur 2 lain terdiri daripada Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Jalaluddin Hassan, Fatimah Abu Bakar, dan Raja Atiq.

285803.jpg

285802.jpg
 
Azhar rani mmg best
Cuba layan kl gengster underground
Lakonan mantap
 
Kes wanita rogol lelaki meningkat, undang-undang boleh dicabar, kata pengarah

PENGARAH dan penulis skrip drama sensasi Nur 2, Shahrulezad Mohameddin menerima teguran seorang peguam mengenai kecelaruan undang-undang yang dipaparkan dalam episod terakhir drama tersebut Khamis lalu.

Shahrulezad bagaimanapun berharap agar isu 'perogol wanita' yang disajikan dalam Nur 2 bakal membuka mata pihak berwajib tentang undang-undang yang dirasakannya kurang adil.

"Saya akui apa yang dikatakan peguam terbabit adalah benar dan ia termaktub dalam undang-undang yang terpakai dalam negara ini. Namun saya merasakan undang-undang mungkin boleh dicabar dan saya telah membaca klausa undang-undang berkaitan sebelum pengambaran Nur 2 bermula.

"Siapa tahu jika ada Nur 3 kelak saya mungkin menceritakan watak perogol wanita iaitu Juita dibebaskan tanpa hukuman dan watak Ustaz Adam pula mencabar hukuman mahkamah bagi mempertahankan dirinya.

“Saya tidak berniat untuk mempersoalkan undang-undang, namun kejadian wanita merogol lelaki sudah semakin meningkat di dunia nyata, mungkinkah Ustaz Adam bakal menjadi lelaki pertama dari Malaysia yang bakal mencabar undang-undang rogol tersebut?” kata Shahrulezad kepada mStar.

Pemenang trofi kategori Pengarah Pilihan dan Penulis Skrip Pilihan Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 (DFKL2019) bagaimanapun mengakui babak pihak polis menahan watak Juita sambil mengeluarkan dialog "Cik Juita, anda ditahan atas tuduhan merogol" adalah satu kesilapan yang tidak disengajakan dalam proses penghasilan skrip.

"Ya saya akui itu adalah kesilapan kecil, sepatutnya pihak polis hanya mengeluarkan dialog berbunyi " Cik Juita, anda ditahan" namun ia disajikan bagi menampakkan unsur dramatik dalam drama tersebut,” ujarnya.

Terdahulu, Isu kesalahan guna pakai undang-undang yang disajikan dalam Nur 2 menjadi bualan di media sosial apabila seorang peguam menerusi Facebook, Nor Zabetha, memberi pandangan tentang kecelaruan yang berlaku.

Individu itu mendakwa tidak pernah dalam sejarah Malaysia seorang wanita ditahan atau didakwa kerana merogol seorang lelaki.

“Sepanjang 10 tahun saya beramal sebagai peguam juga tidak pernah saya mendengar kes ini. Babak Juita ditahan kerana merogol seorang lelaki adalah salah sama sekali.

"Kenapa? Dalam Kanun Keseksaan memberi pendefinisian rogol dibawah Seksyen 375 iaitu seorang lelaki dikatakan merogol apabila melakukan hubungan seks dengan wanita tanpa kerelaaannya atau tanpa kebenarannya,” ujarnya.

Tambahnya, dalam kes itu Juita tidak memenuhi elemen pertama iaitu pelaku seorang lelaki.

Polis tidak akan mengambil tindakan kerana perbuatan Juita tidak jatuh kategori rogol berdasarkan Kanun Keseksaan. - MStar

wm%20ijad%20new.ashx
 
Tak ada Astro.Cuma ada HyppTV...

Jadi,tak terlibat isu ni...
 
madi dah jd cikgu baik
 
ada ulangan tv9

selasa-jumaat 830pm
 
Back
Top
Log in Register