BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM
  • ⚠️ Warning: Do not post copyrighted, infringing, pirated, or illegal download links. Any user found posting such content may be permanently banned without further notice.

Drama Nur (2018)

Filem Nur tahun depan

D-s2IY3U8AA6XiB.jpg

KUALA LUMPUR: Pengarah dan penerbit, Shahrulezad Mohameddin, mengesahkan drama rantaian popular, Nur, bakal diangkat ke layar perak, tahun depan.

Katanya, filem terbabit akan diterbitkan oleh syarikat produksi miliknya, Radius One Sdn Bhd, dengan kerjasama Primeworks Studios.

“Selepas sekian lama mengarahkan drama untuk siaran televisyen, saya kini bersedia menyahut cabaran menduduki kerusi sutradara filem pula.

“Saya berasakan, inilah masa yang tepat untuk saya berbuat demikian, apatah lagi minat orang ramai terhadap drama yang menemui penonton TV3 selama dua tahun berturut-turut itu masih kuat,” katanya kepada BH Online.

Menurut Shahrulezad, penggambaran filem itu dijangka bermula pada Mac tahun depan berikutan pelakon utamanya, Amyra Rosli, baru sahaja mengumumkan dirinya hamil anak kedua.

“Jika boleh, kami memang ingin memulakan penggambarannya secepat mungkin. Namun, kami juga perlu mengambil kira keadaan Amyra kerana dia antara tunjang utama filem ini.

“Bagi versi layar perak, saya akan mengembangkan cerita daripada kesinambungan drama Nur musim kedua, yang menemui penonton baru-baru ini. Tentunya kami berdepan dilema, saat ini, memikirkan cara untuk menghidupkan semula watak Ustaz Hamadi yang mati dalam Nur 2.

“Selain Amyra dan Azhan Rani, kami juga akan mengekalkan barisan pelakon asal seperti Syafiq Kyle, Noorkhiriah dan Azar Azmi,” katanya sambil memaklumkan, penggambaran filem berkenaan akan dilakukan di dalam negara.

Kata pengarah itu juga, dia sekali lagi menyerahkan tanggungjawab menyempurnakan skor muzik untuk filem terbabit kepada Amylea Azizan dan Farouk Roman.

Sebelum ini, mereka menghasilkan beberapa lagu popular seperti Tak Pernah Hilang, Pudar, Tetap Kamu dan Bimbang untuk melatari drama berkenaan.

“Saya selesa bekerjasama dengan mereka dan saya yakin, kedua-duanya akan terus menghasilkan muzik yang mampu menghidupkan ‘mood’ dan emosi dalam Nur,” katanya.

Ditanya mengenai pelawaan Istana Budaya untuk mementaskan drama terbabit di gelanggang seni cukup berprestij itu, dia berkata, sehingga kini belum ada perkembangan terkini mengenai perkara berkenaan.

https://www.bharian.com.my/hiburan/wayang/2019/07/581545/nur-diangkat-ke-filem-tahun-depan
 
SHAHRULEZAD_MOHAMEDDIN___STUDIO_1575946811.jpg

Shahrulezad mengesahkan cadangan mengangkat drama Nur kepada layar perakdibatalkan. Foto NSTP Mahzir Mat Isa
Projek filem Nur batal

KUALA LUMPUR: Pengarah drama Nur, Shahrulezad Mohameddin mengesahkan cadangan mengangkat kisah kehidupan Ustaz Adam dan isteri yang dikenalinya di lorong gelap kepada filem, dibatalkan.

Shahrulezad berkata, keputusan dibuat selepas semua pihak iaitu penerbit, Radius One Sdn Bhd dan Primeworks Studios (PWS) menimbangkan banyak perkara termasuk plot cerita dan batasan masa.

“Pada mulanya, kita teruja hendak membawa drama Nur yang dihasilkan sebanyak dua musim, kepada layar perak.

“Namun, selepas berbincang dengan PWS, kita setuju jalan cerita filem Nur berhadapan isu batasan masa.

“Faham sahajalah, durasi untuk filem adalah antara 90 minit hingga 110 minit. Apa yang dicadangkan sebagai kandungan cerita untuk filem ini amat berat.

“Jadi, kita tidak boleh memasukkan semua elemen kerana dikhuatiri menjejaskan plot cerita,” katanya kepada BH Online.

Shahrulezad yang mengarahkan drama terbaru, Adellea Sofea siaran TV3, akur biarpun hampa kerana tidak dapat menerajui projek filem pertamanya.

“Kita lihat idea Nur 3 lebih sesuai untuk drama berbanding filem. Memang jauh di sudut hati, saya hampa dan terkilan tidak dapat mengarah filem.

“Namun, saya tidak boleh mementingkan diri sendiri. Saya tak boleh buat filem semata-mata hendak ikut aliran orang.

“Daripada menghasilkan filem Nur yang separuh ‘masak’ dan tangkap muat, lebih baik jangan. Nur sudah mencipta reputasi dan fenomena sendiri,” katanya.

Ditanya apakah drama Nur bagi musim ketiga akan diteruskan, Shahrulezad tidak dapat memberi kepastian.

“Semuanya masih samar kerana perlu mendapat persetujuan PWS dan barisan pelakon,” katanya.

biarlah menjadi dalam drama sahja. kalau buat ke filem. rasanya sambutan kurang.
 
Nur, Nur 2 temui penonton sepanjang Ramadan

1587324275840.jpeg

KUALA LUMPUR: Drama yang mencetuskan fenomena, Nur dan Nur 2 arahan Shahrulezad Mohameddin diulang siar di TV3 bermula Selasa ini.

Drama terbitan syarikat produksi, Radius One Sdn Bhd akan menghiasi slot Samarinda, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam sepanjang Ramadan dan Aidilfitri ini.

Shahrulezad yang juga penerbit drama berkata, dia terharu apabila stesen TV3 menghubungi untuk memaklumkan naskhah Nur dan Nur 2 akan disiarkan kembali.

“Kami terperanjat apabila wakil TV3 memberitahu hasrat mengulang siar drama ini. Apatah lagi, drama ini akan disiarkan menerusi slot Samarinda.

“Ini kali pertama TV3 menyiarkan drama ulangan dan bukan cerita baharu menerusi slot Samarinda.

“Tentunya, saya menerima berita ini dengan berlapang dada, malah barisan pelakon teruja selepas dimaklumkan berita gembira ini,” katanya kepada BH Online.

Katanya, dia yakin TV3 mempunyai alasan tersendiri untuk mengulang siar drama berkenaan kerana diyakini mampu menarik perhatian penonton.

Shahrulezad berkata, dua drama itu akan disiarkan hingga musim Aidilfitri ini.

“Selepas selesai tayangan drama Nur, diikuti Nur 2 pula.

“Saya berharap inisiatif TV3 dapat melepaskan kerinduan peminat yang meminati drama ini,” katanya.

Drama Nur mencetuskan fenomena disiarkan pada Ramadan, dua tahun lalu. Ia membariskan pelakon hebat seperti Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Atiq Azman, Fatimah Abu Bakar, Datuk Jalaluddin Hassan, Noorkhiriah dan Azhan Rani.

Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019 menyaksikan dominasi drama Nur meraih enam trofi utama termasuk Drama Pilihan, Pengarah, Penulis Skrip Pilihan, Aktor Pilihan, Antagonis Pilihan dan Pasangan Pilihan.

Pada Anugerah Skrin 2018, Nur diangkat Drama Rantaian Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian (Syafiq Kyle) dan Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian (Amyra Rosli).

Impak drama Nur mendorong Radius One menghasilkan Nur 2, tahun lalu. Ia menampilkan pelakon, Azar Azmi sebagai watak antagonis, selain mengekalkan pelakon sedia ada.

Boleh la mengubati kerinduan peminat Azar Azmi
 
Back
Top
Log in Register