BTC USD 62,374.1 Gold USD 4,473.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nuar Ayam direman enam hari

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

SLUG Nuar Sambung RemanBACHOK 9 Julai 2015 - Nuar Ayam atau nama sebenarnya Anuar Muhamad (kanan) yang terlibat dengan pelbagai kes rompakan di Kelantan dan Selangor, dibawa keluar dari mahkamah selepas mahkamah memerintahkan reman ke atasnya disambung selama enam hari, di Mahkamah Majistret Bachok, di sini, hari ini.Gambar : Wahidin SalimPemberita : Nor Afiqah Mat Nor (Kosmo!)​

BACHOK 9 Julai – Ketua kumpulan Nuar Ayam direman selama enam hari bagi membantu siasatan kes bunuh pemilik kedai peralatan binaan dalam kejadian samun bersenjata di Beris Lalang, di sini, Februari lalu.

Perintah reman itu yang bermula hari ini hingga Selasa ini dikeluarkan oleh Majistret Mohd. Firdaus Zainal Abidin di Mahkamah Majistret Bachok.

Suspek yang memakai baju lokap berwarna jingga dengan tangan bergari tiba di mahkamah pada pukul 10.40 pagi dan meninggalkan pekarangan mahkamah kira-kira pukul 11.30 pagi selepas perintah reman dikeluarkan.

Penjenayah paling dikehendaki polis Kelantan itu berjaya ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Bukit Mewah, Kajang, Selangor bulan lalu.

Suspek ditahan bagi membantu siasatan terhadap 23 kejadian jenayah di negeri ini yang terdiri daripada satu kes bunuh, 16 kes samun, empat kes pemerasan, satu kes rogol dan satu kes melepaskan tembakan.
 
Back
Top
Log in Register