BTC USD 82,979.3 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral NTF perlu dikekalkan

stealthmovic

Active+ Member
Messages
3,239
Joined
Oct 16, 2011
Messages
3,239
Reaction score
99
Points
40
1640315811733.png


KLANG: Terdapat keperluan penting mengekalkan Pasukan Petugas Khas (NTF) dalam usaha mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, ia penting selepas pasukan itu berjaya mewujudkan koordinasi dalam setiap operasi bersepadu melibatkan pelbagai agensi keselamatan.

Katanya, pengekalan NTF bagaimanapun ditentukan pada pertengahan tahun depan dengan kemungkinan melibatkan beberapa perubahan struktur organisasi.

“Sepertimana kita tahu NTF ditubuhkan secara adhoc ketika berlaku penularan Covid-19 terutama dalam kalangan PATI.

“Namun, buat masa ini ia masih dalam rancangan jika NTF hendak ditukar kepada struktur organisasi lain. Mungkin struktur diubah suai tapi secara asasnya konsep apa yang kita buat ini akan dikekalkan,” katanya di sini semalam.

Terdahulu, Affendi melakukan lawatan ke Kapal Diraja (KD) Lekiu sempena Operasi Benteng Khas siri 1/21 di Sektor Lima pesisir pantai Selangor.


Operasi ini bermula 19 sehingga 23 Disember dengan melibatkan 18 agensi antaranya Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). – UTUSAN ONLINE

 
Back
Top
Log in Register