BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

NRES Pertimbang Cawangan JAS Tetap Di Pelabuhan Klang

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
d525bec304b059277b1963e3810f4460664716b72dd63

Datuk Arthur Joseph Kurup
--fotoBERNAMA


PUTRAJAYA, 10 Mac (Bernama) – Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) sedang meneliti cadangan penubuhan cawangan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di Pelabuhan Klang bagi memperkukuh kawalan serta mempercepatkan tindakan penguatkuasaan terhadap kes buangan terjadual dan sisa elektronik (e-waste) di pintu masuk utama negara.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata langkah itu dicadangkan susulan peningkatan kes penahanan kontena disyaki mengandungi e-waste di pelabuhan berkenaan.

Beliau berkata penempatan pegawai JAS secara tetap di pelabuhan dijangka dapat mempercepatkan proses pemeriksaan dan tindakan penahanan terhadap kontena mencurigakan, selain memastikan pengurusan kes dilaksanakan secara lebih cekap dan teratur.

“Langkah ini juga diyakini dapat membantu mengurangkan isu lambakan kontena serta memastikan operasi pelabuhan terus berjalan lancar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau JAS baru-baru ini melaksanakan 'Ops Bongkar' dari 3 hingga 9 Mac bagi memeriksa baki 213 kontena yang ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) kerana disyaki mengandungi e-waste di Pelabuhan Klang.

Operasi itu melibatkan pegawai penguat kuasa dari Ibu Pejabat JAS, JAS Selangor, JAS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta JAS Negeri Sembilan dengan kerjasama Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), JKDM, Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) dan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM), katanya.

Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati 148 daripada 213 kontena mengandungi buangan terjadual, termasuk 103 kontena disahkan mengandungi e-waste.

Daripada jumlah itu, 24 kontena mengandungi buangan bateri asid plumbum, tiga kontena buangan bateri lithium dan 18 kontena campuran buangan terjadual serta bukan buangan terjadual.

"Sebanyak 65 kontena lagi didapati mengandungi sisa plastik dan skrap logam yang diklasifikasikan sebagai bukan buangan terjadual," katanya.

 
Back
Top
Log in Register