BTC USD 86,135.0 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

NPE, Besraya Ditutup Sementara Pagi Ahad Untuk Acara Larian

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,808
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,808
Reaction score
98
Points
80
773390e5cf5e1185ee150565f33ffed95f8839a267f1b


Lebuhraya Pantai Baru (NPE) dan Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) akan ditutup sementara bermula 1 pagi hingga 11 pagi, Ahad ini (3 Ogos) bagi memberi laluan kepada IJM Duo Highway Challenge Run 2025.

Bagi NPE, penutupan itu melibatkan dari kilometer (KM) 1.8 di Bulatan Kewajipan (Subang Jaya) ke KM 11 ke arah Bangsar serta dari Kuchai Lama Entrepreneurs Park ke Plaza Tol Pantai Dalam di kedua-dua arah.

Di Besraya pula di laluan persimpangan bertingkat Kuchai Lama hingga ke Jalan Pandan 1 di KM 21.9 menghala ke Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) bagi kedua-dua arah.

Ketua Pegawai Eksekutif bagi kedua-dua lebuh raya berkenaan Wan Salwani Wan Yusoff berkata pengguna diminta menggunakan laluan alternatif bagi mengelak kesulitan sepanjang penutupan itu dengan butiran berkaitan laluan alternatif boleh diperoleh melalui platform media sosial NPE dan Besraya.

Beliau berkata penutupan bagi acara tahunan itu mendapat kelulusan rasmi daripada Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan dan kelancaran lalu lintas sepanjang acara. Pasukan pengurusan trafik serta petugas teknikal juga akan ditempatkan di lokasi strategik bagi memastikan pelaksanaan acara berjalan lancar,” katanya dalam kenyataan.

Peserta, penyokong serta penonton juga dinasihatkan untuk merancang perjalanan dan tiba lebih awal pada hari acara larian berkenaan.

 
Back
Top
Log in Register