BTC USD 83,033.1 Gold USD 4,191.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

NoveL RamLee Awang MursyiD

Novel gini pun leh pinjam yo kek library

yo ado jang novel2 yg baru kluar akan dibeli oleh library:D
tanyo ajo staf kaunter:p

den skg tgh baco novel aksi spy thriller 'Odessa Sea' penulis Clive Cussler; mantap gilossss buku baru ni den pinjam library

xLuUQyH.jpg
 
トンビルオ! 密林覇王伝説 (Tonbiruo! Mitsurin Haō Densetsu)



Showtime : 29 March 2019

Cinema : Tokyo Human Trust Cinema Shibuya.



adjhmr.jpg








 
perjumpaan antara watak dlm karya RAM. crossover


ado jang, buku ni crossover antara novel2 RAM kasi sumbat dlm 1 novel dgn jln cito baru. Best giller

novel anding ayangan yg latest haritu, den tertunggu2 bilo nk kluar sambungan novel tu... tunggu kluar kek library baru den pinjam ekekekeke
 
Kejayaan pada hari ini adalah berkat doa dan sokongan daripada peminat di luar sana terutama sekali terhadap karya yang meninggalkan kesan hebat seperti Laksamana Sunan dan Tombiruo.

 

Perempuan Busana Merah karya baharu Ramlee Awang Murshid​



03 April 2024 03:24pm


2601377.jpg

Ramlee menunjukkan karya terbaharu,Perempuan Busana Merah.


SHAH ALAM - Novelis terkenal tanah air, Ramlee Awang Murshid menghasilkan karya terbaharu, Perempuan Busana Merah yang bakal berada di pasaran April ini.

Novel berkonsep siri aku bercerita itu berkisarkan kisah seorang pengawal keselamatan dikenali Mukmin yang diupah menjaga sebuah rumah agam di pergunungan Kundasang, Sabah.

Seorang perempuan berbusana merah tidak dapat dilihat pada mata kasar orang kecuali Mukmin.

Wanita tersebut telah terperangkap di dalam rumah itu dan meminta Mukmin membantunya keluar dari rumah tersebut.

2601376.jpg

Ramlee menunjukkan karya terbaharu,Perempuan Busana Merah.


Menurut Ramlee, beliau mengambil masa selama dua bulan untuk menghasilkan karya genre misteri yang turut diselitkan babak 'dark' komedi untuk pembacaan lebih santai.

"Buku fiksyen ini tidak terlalu berat sesuai bagi pembaca yang baharu mahu mengikuti Ramlee Awang Murshid.

"Ia sesuai dibaca pelbagai lapisan umur dan turut memasukkan laras bahasa Brunei, Sabah dan Indonesia yang dirojakkan, namun dalam satu sistem yang teratur, tertib dan disiplinnya terjaga," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, buku itu sesuai dibaca dalam kalangan remaja berusia 17 tahun dan ke atas.

2601375.jpg

Ramlee menunjukkan karya terbaharu, Perempuan Busana Merah.


Ujarnya, buku tersebut merupakan karya ke-51 sepanjang 34 tahun berada dalam bidang penulisan novel dan diharap mampu menarik kembali pengikut novel.

"Sasaran saya dapat menjual sekurang-kurangnya 10,000 naskah dalam tempoh antara dua ke tiga bulan.

"Novel-novel sebelum ini jualan mencecah lebih daripada angka itu, namun kebelakangan ini agak perlahan kerana terkesan pandemik Covid-19 dan kita kini dalam fasa kebangkitan," katanya.

Perempuan Busana Merah diterbitkan Buku Prima bakal berada di pasaran dengan harga RM25.
 
bukankah kecurigaan itu telah terbunuh ketika kita bersapa
 
Back
Top
Log in Register