MATROCKO
Fun Poster
- Messages
- 594
- Joined
- Mar 19, 2010
- Messages
- 594
- Reaction score
- 4
- Points
- 15
NORAMFAIZUL TIDAK PENTING KEPADA PAS!!!
Author: CUCU TOK WAN http://theflyingkick.blogspot.com/2011/09/noramfaizul-tidak-penting-kepada-pas.html
Jenazah Allahyarham Noramfaizul telah tiba di bumi Malaysia. Ribuan manusia berada di pekarangan Masjid TUDM untuk memberikan penghormatan terakhir Allahyarham. Bahkan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan kenamaan UMNO lain turut berada di sana.
Bagaimanapun, setelah diperiksa, ternyata tidak ada seorang pun pemimpin 'agung' PAS yang sebelum ini begitu RIANG GEMBIRA memberikan publisiti tentang kehadiran mereka di Keramat untuk memberikan penghormatan terakhir kepada orang mereka iaitu Burhanuddin Ahmad.
Ternyata, pendaftaran pemilih, penggunaan dakwat kekal dan sebagainya jauh lebih penting berbanding kehadiran mereka sebagai pemimpin politik untuk seseorang yang bukan ahli politik atau keahlian partinya tidak diketahui seperti Noramfaizul Mohd Nor yang terkorban akibat tembakan curi di Somalia.
Noramfaizul Mohd Nor terbunuh selepas selesai menjalankan tugasan terakhir sebelum dijangka berangkat pulang pada keesokan harinya. Misi bantuan kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI adalah untuk menyelamatkan sebahagian rakyat Somalia yang diancam kebuluran dan kematian tragis akibat peperangan.
Nilai penglibatan para pemimpin 'agung' PAS hanyalah apabila melibatkan kaum mereka dan ahli-ahli parti politik yang menentang kerajaan. Kalau tidak ada, bermakna, tidak adalah penglibatan puak yang sangat sibuk memperkatakan tentang Islam, tetapi gagal mengamalkan Islam seperti yang mereka ucapkan.
Tiada contoh amalan Islam yang ditunjukkan meskipun mereka tidak pernah henti menyatakan kepada rakyat Malaysia bahawa PAS adalah pejuang Islam dan berusaha memartabatkan al Quran dan As-Sunnah...
Peluang terbaik telah dilepaskan oleh para pemimpin PAS untuk membuktikan, Islam mereka jauh lebih baik berbanding Islam UMNO sebagaimana yang kerap dituturkan!
Perlu juga diberitahu, Badrol Amin Baharom yang ratingnya sangat tinggi sebagai 'pendakwah' di kalangan pencacai Pakatan Rakyat, khususnya PKR, langsung tidak kelihatan....
Kesimpulan mudah, apabila anda melaksanakan sesuatu berdasarkan ajaran Islam, puak-puak PAS dan Pakatan Rakyat, tidak akan pandang. Tetapi jikalau anda melaksanakan sesuatu sekalipun bertentangan dengan ajaran Islam, namun bersesuaian dengan selera Pakatan Rakyat, maka segala promosi akan diberikan dengan sebanyak-banyaknya. Bahkan liputan meluas akan dibuat untuk menggambarkan bahawa si mati seperti Burhanuddin Ahmad dan Ibrahim Libya adalah golongan syuhada!!!
Takat itu sajalah standard Islam puak-puak ini!!!